Money Heist: Korea – Joint Economic Area

 Salam.

Aku baru je habis tengok korean drama Money Heist: Korea – Joint Economic Area.

Setakat ni baru season 1, ada 2 part. Part 1 ni ditayangkan pada bulan Jun yang lepas, dan part 2 pula baru je habis ditayangkan pada bulan Disember ni.

Masa tengah scroll cari drama korea yang nak di-tengok hari tu, ternampak la drama ni. Macam menarik je, so aku pon tengok la.

Drama ni remake daripada "Money Heist" (La Casa de Papel) -Spanish. 

Ramai yang cakap kena tengok yang original punya, sebab lagi best. Ok la, nanti aku tengok yang spanish punya haha.




Money Heist: Korea – Joint Economic Area


Drama ni mengisahkan sekumpulan pencuri yang cuba merompak duit di 'Mint'. Mint ni gabungan antara North and South Korean.

Sebenarnya tujuan utama bukan untuk mencuri duit tu je, ada agenda lain sebenarnya.


Setiap episod tu sangat mendebarkan. Sampai aku sendiri merasa palpitation (berdebar-debar).

Kalau ada part sedih tu, mengalir juga la air mata. memang sedih betul.


Dah la aku marathon beberapa episode sekali tengok. Weekend lepas aku kerja passive (sampai tengah hari) je, jadi ada la banyak masa untuk rehat-rehat sampai layan drama korea.



You Might Also Like

2 comments

  1. Best pula baca entri ini. Ada masa nanti, sementara cuti sekolah bolehlah curi-curi tonton hehehehee.

    BalasPadam