Monocolo Boutique Hotel

  Salam.

Pada 23-25 Disember 2022 yang lepas, aku staycation di sini selama 3 hari 2 malam sempena birthday aku.

Aku check in pada malam 23 Disember (Jumaat). Balik je dari kerja pukul 9 malam tu, aku terus check in ke sini.

Kawan aku Pini dah check in awal lagi. Nasib baik dia ada ambil gambar bilik hotel sebelum aku sampai. Dia tau aku selalu ambil gambar untuk buat entri blog. 


Monocolo Boutique Hotel


Harga aku tak sure berapa per night tapi rasanya tak sampai RM200. Sesuai la untuk siapa-siapa yang datang KK tapi nak cari hotel cantik dan harga yang murah boleh la stay di sini.

Bilik dia tak kecil sangat, toilet dia pun besar. Selesa juga la.



 siap ada bunga lagi atas katil ye


Katil queen


Ada TV di hujung katil


Ada fridge kecil juga dalam kabinet tu


shower yang luas


Basic toileteries set ada


Bagi aku, aku suka hotel ni. Sebab bersih dan selesa. 

Nak makan pon senang, boleh pergi cafe dia dekat bawah je.


hotel ni tak ada sediakan breakfast ya.



You Might Also Like

2 comments

  1. nampak selesa n luas juga biliknya. berbaloi dgn harganya. Seronoknya stay di hotel....

    BalasPadam
  2. suka hotel bersih camnie.. sweet sangat siap ada bunga..

    BalasPadam