Sushi Tei & Violent Night

 

Salam.

Ni cerita sabtu lepas. Pagi tu aku kerja juga 'passive', sampai pukul 1 petang macam tu. Lepas habis round ward dan settle keja, aku pon balik.

Malam tu dah ada plan dengan kawan aku untuk tengok movie - Violent Night. Tengok trailer dia macam menarik.

Kawan aku ajak makan sushi dulu sebelum movie time. So kami gerak awal sikit la. Lepas maghrib di rumah dalam 6 petang macam tu, terus gerak ke Suria Sabah.

Ramai juga orang masa tu di Sushi Tei, menunggu hampir 15 minit baru dapat duduk meja makan.

Ni first time aku ke Sushi Tei. Pini cakap ramen dia sedap, tapi tak rasa nak makan ramen la pula sebab baru makan minggu sebelum tu di Ichiban Ramen.

Jadi aku pilih menu nasi la. Dan kami beli 2 set sushi juga untuk kongsi makan sekali.


2 Sushi set - tak ingat nama menu haha



Oyako Katsudon


Sebelum tengok movie singgah beli pudding milk tea di Yoyo dulu.

Lama tak minum pudding milk tea dia.

Lepas tu baru masuk cinema tengok movie.





Bagi aku not bad la jalan cerita dia, tapi sangat ganas la.

Kena tutup mata few times juga sebab tak tahan dengan scene yang sangat ganas tu. darah terpercik sana sini..




You Might Also Like

3 comments

  1. Tak pernah try lagi sushi tei ni... Dia punya speciality sushi ke set set dia?

    BalasPadam
  2. Tak pandai saya makan sushi. Dulu-dulu pernah bekerja di sushi king tapi tak pernah merasa sushi melainkan yang goreng² tu. Haha

    BalasPadam
  3. Belum pernah lagi masuk Sushi Tei. Ada rezeki nanti nak cuba juga. Setakat ini hanya masuk Sushi King saja.

    BalasPadam