Salam.
Ni antara drama korea yang aku tengah tengok sekarang. Masih ongoing lagi semua drama ni, dalam bulan/ bulan depan baru akan habis.
Blue Birthday
Mengisahkan Oh Ha Rin yang boleh kembali ke masa dahulu untuk mengetahui punca kematian kawan baiknya 10 tahun lepas ketika birthday dia.
Hospital Playlist 2
Kisah 5 orang doktor pakar yang merupakan kawan baik dari zaman universiti. Setiap hujung minggu mereka akan berkumpul dan menyanyikan sebuah lagu. Band mereka dari zaman universiti lagi. Best juga lagu-lagu yang dinyanyikan mereka.
The Devil Judge
Mengisahkan Kang Yo Han (Ji Sung) yang merupakan seorang hakim untuk 'live court show'. Dia mempunyai cara yang tersendiri untuk menghukum penjenayah.
Aku tengok drama ni sebab Ji Sung, dan jalan cerita dia boleh tahan juga la.
The Witch's Diner
Mengisahkan Jo Hee Ra (Song Ji Hyo) yang merupakan seorang 'witch'. Orang yang terdesak/ dalam kesusahan akan datang ke restoran dia dan makan makanan yang dimasak oleh dia. Selepas makan, 'wish' diorang akan dimakbulkan, tetapi ada bayaran yang dikenakan.
Drama ni aku tengok sebab Song Ji Hyo je. Jalan cerita dia unik la.
Selamat menonton..
Salam.
Selamat hujung minggu semua..
Hari sabtu semalam ingat nak bangun lambat sikit, tapi terbangun awal juga. sebab dah terbiasa bangun awal pergi kerja kan.
Kawan ajak pergi breakfast, so onz je la kan.
Breakfast - Kwong Sup Ikan
Pagi tu, kami makan di Kwong Sup Ikan di area Plaza 333.
Kami order tomyam ikan fresh + udang, makan dengan mee konlou.
Lepas tu order fucuk goreng, wantan goreng dan juga vietnam roll.
Vietnam roll tu aku suka, first time cuba. Ubi keledek manis yang digoreng. Next time, aku akan order lagi kalau makan di sini.
Dinner - Warung Bandung
Malam pula, makan di luar juga.
Kami makan di Warung Bandung, area Kepayan. Dulu time aku stay di area Kepayan, memang selalu juga makan di sini.
Rasanya dah 2 tahun tak makan di sini. Kali terakhir sebelum housemate aku Kak AJ,sebelum dia balik for good ke Semenanjung 2 tahun lepas.
Aku makan nasi putih dan ayam goreng balado.
Sedap, sama rasa dia macam sebelum ni.
Bye!