Salam.
Tak habis-habis lagi aku dengan minuman Majeztea ni.
Kalau dah suka, memang akan repeat selalu. Dah muak nanti, tak beli dah la. haha.
Macam aku cerita dalam entri yang lepas, 2 kali aku minum Majeztea.
Minuman yang sama juga iaitu Milk Tea with Cheese.
Minum sejuk-sejuk, memang sedap..
Ni beli hari selasa lepas, Milk Tea with Cheese half sugar
Time ni dekat klinik, ada waktu rehat. Sambil makan tu, layan la kejap drama korea All of Us Are Dead.
Ni pula hari jumaat lepas, Milk Tea with Cheese normal sugar
Harap-harap minggu ni tak terbeli lah ya.
Semalam buat blood test, risau asyik minum air manis je. Nasib baik okay. haha.
Aku memang selalu buat blood test check kadar gula, kadar kolesterol dalam darah at least 6 bulan sekali.
Nasib baik normal setakat ni (risau sebab ada strong family history kencing manis).
ok, bye!