Salam.
Maragang Hill 17 Aug 2023
Dapat juga hiking di Maragang Hill minggu lepas.
Ni work trip la. Kami gerak ke Kundasang sehari sebelum tu. Gerak ke sana dalam 3 petang macam tu dan sampai di pekan Kundasang dalam pukul 5 lebih sikit.
Awal nya jem dekat area Tuaran. Lepas tu smooth je perjalanan.
Sampai di Kundasang, kami dinner di Hooga Cafe dulu.
Kemudian check in di homestay Lamin Kopio. Kami book 1 rumah je untuk 10 orang. Agak sempit juga la sebenarnya untuk 10 orang. Tapi ada 2 bilik di bahagian, dan 1 bahagian atas (attic).
2 bilik di bawah untuk perempuan. 1 bilik 2 orang, aku share dengan kawan aku. 1 bilik lagi 3 orang dari Korea tu.
Bahagian atas, untuk orang lelaki. Ada 2 katil queen bed kat situ. Add on 1 single bed lagi. Di atas ruang besar sikit, ada TV dengan sofa juga di sana.
Malam tu kami semua tidur awal sebab esok pagi kena bangun awal untuk hiking Maragang Hill (sunrise).
Semua bangun dalam 3 pagi, take turn masuk toilet.
Pukul 3.45 pagi kami jalan kaki ke Maragang Hill registration center.
Dah siap isi borang, kami naik 4 wheel drive untuk ke Maragang hill.
Masa ni memang gelap, tak nampak kiri kanan. Masa naik 4 wd ni, boleh nampak banyak bintang di langit. Memang sangat cantik tanpa pencemaran cahaya.
Kami start hiking dalam 4.40 pagi macam tu.
Sampai di puncak Maragang Hill dalam pukul 5.40 pagi. Lebih kurang sejam jugak la pendakian kami.
Memang semput juga la nak naik situ sebenarnya. Nasib baik la ada hiking juga baru-baru ni walaupun di Bukit Padang je.
Memang cantik view dari sini, nampak dengan jelas Gunung Kinabalu.
Kami di sini agak lama, dalam 2-3 jam juga. Bergambar dan menikmati udara segar di sini.
Lepas turun dari Maragang Hill, kami singgah makan di Mesilou. Lepas tu balik mandi di homestay, dan check out.
gambar semasa turun
Kami singgah di Desa Dairy Farm dulu sebelum balik.
Sempat la makan gelato dia yang sedap tu.
Kemudian kami terus balik ke KK dan berehat.