Salam.
Ni cerita Jumaat 2 minggu lepas. Nak update lama dah, tapi asyik tertangguh. haha.
Tengahari jumaat rehat lama sikit.
Jadi kami ke Suria Sabah untuk makan tengahari, sebab ada kawan nak beli sandal hiking di Sports Direct Suria Sabah.
Kami pilih untuk lunch di Seoul Garden Hotpot terlebih dahulu, lepas tu baru lah shopping dan cari dessert.
Macam biasa, aku akan order Beef hot plate (spicy) + nasi + telur mata.
Lepas dah makan, kami singgah makan yogurt pula.
Ni first time aku mencuba yogurt WHY Froyo.
Aku ambil saiz medium (free 3 topping). Aku letak hazelnut chocolate sauce, mango & peach.
Harga RM14.90 kalau tak salah ingat.
Not bad juga la rasa dia, sedap. Jarang - jarang juga aku beli yogurt ice cream, biasanya makan yang llao llao punya je.