Salam.
Cerita hari kedua di Jakarta.
Sebenarnya, pagi ni bangun lambat sikit. Selepas solat subuh, sambung tidur balik. Tak tahu la penat apa, padahal baru je sampai di Jakarta malam tadi.
Kami check out Gold Coast Apartment pun dah nak dekat tengahari juga. Selepas check out bilik, kami terus ambil grab untuk breakfast di Pagi Sore dulu. Mulanya ingat nak tinggalkan luggage di situ dulu, tapi tak boleh pula.
Jadi bawak la luggage sekali ke Pagi Sore dan tempat seterusnya selepas tu.
Nasib baik di Pagi Sore ni ada ruang untuk letak luggage sementara kita makan.
Pagi Sore, Jakarta
Kali ni tak banyak pula gambar yang diambil di sini. Macam biasa, orang sentiasa ramai. Tapi jangan risau, sebab servis di sini sangat efficient.
Dia memang akan hidangkan siap-siap lauk di situ. Pilih je yang mana nak makan, kalau tak ada makanan yang kita nak dekat situ, kita boleh mintak dengan staff situ.
Nanti bayar yang mana kita makan je.
Ni antara makanan yang aku suka makan di sini,
Gulai tunjang
Udang tofu
Ayam cabe hijau, ayam pop (warna putih)
Jangek siram tak ambil pula kali ni
jom makan
Total bil kami berdua makan 499,400 rupiah
RM118.63 (harga selepas convert ke RM, bayar guna credit card)
Tak banyak sangat berbanding tahun lepas, sebab tahun lepas kami datang sini tiga orang.
Banyak lagi lauk yang diambil sebab first time juga makan di sini masa tu.
Yang penting, setiap kali makan sini aku mesti akan ambil ayam cabe ijo. Sedap sambal ijo dia.






