Salam.
Hari selasa yang lepas (6 June 2023), kawan baik aku Inah datang ke rumah aku.
Dia datang untuk melawat mak aku yang baru keluar daripada hospital dan juga mesti lah berjumpa dengan aku.
Plan kami pada malam tu nak cari durian di Balik Pulau alang-alang tengah musim durian kan sekarang.
lepas tu macam biasa la, pergi makan nasi kandar pula.
Lepas dah solat Maghrib di rumah aku, kami terus ke Balik Pulau. Jalan agak jem sikit la masa ni, sebab masih ramai yang balik kerja kan.
Sampai di Balik Pulau dalam 8 malam lebih, nasib baik ada beberapa kedai durian yang masih dibuka. ada banyak kedai lain sebenarnya, tapi dah tutup sebab malam kan.
Kami singgah makan durian di 1 kedai ni, sebab nampak ada tempat boleh makan di situ.
Mulanya nak ambil sebiji durian je, tapi bila dah makan macam tak cukup pula 1.
Aku makan beberapa ulas durian je, sebab tak boleh makan banyak sangat, nanti kenyang betul.
Durian 1
Durian 2
1 biji Rm25 dan 1 biji lagi Rm35. So total 2 biji durian kami makan hari tu RM60.

Inah yang belanja, Alhamdulillah. semoga murah rezeki kawan aku.
Lepas makan durian, kami bergerak ke Georgetown pula untuk makan nasi kandar. Macam biasa, kami makan di Nasi Kandar Beratur.
Yang bestnye kali ni, tak perlu beratur panjang. Ada 2-3 orang je pelanggan depan kami. Kalau tak, dulu kena beratur sekurang-kurangnya 30 minit baru dapat makan.
Dah siap makan, balik semula ke rumah. Aku bungkus 1 nasi kandar untuk family. Dah lewat malam kan, semua nak rasa-rasa je, tak nak makan banyak.
Salam.
Lepas makan di Sukiya ahad lepas, aku dan akak aku singgah di Gigi Coffee untuk beli kopi sebelum balik.
Aku pernah minum sekali dua je Gigi Coffee ni, jadi teringin nak minum lagi.
Alang-alang dah ada di situ kan, beli je lah.
Kalau nak food delivery, macam mahal sangat delivery fee dia sekarang. So better beli siap-siap.
lagipon tak minum kopi lagi hari tu. Kalau balik Penang ni, memang hari-hari la aku minum kopi especially Zus Coffee. Mesti akan beli punya.
Balik KK nanti minum air masak je hari-hari ye.
Masa kami nak beli ni, ramai juga orang. Memang ramai betul orang di Sunway Carnivall Mall masa ni.
Ada artis pula kan datang hari tu. Lagi la ramai orang.
Lebih kurang 10minit beratur, baru sampai turn kami untuk order.
Aku order Buttercream Latte, akak aku pula macam biasa, dia order Caramel Machiatto.
Next time boleh cuba yang lain pula.
Salam.
Ahad yang lepas aku dan akak aku ke Sunway Carnival Mall, untuk makan makanan jepun.
Dari rumah aku untuk ke Sunway Carnival Mall ni lebih kurang dalam 30-45 minit perjalanan. Tak la jauh sangat kan.
Akak aku teringin nak makan don. Aku pon ok je, sebab dah lama tak makan makanan jepun juga.
Sukiya ni terletak di Lower Ground Floor Sunway Carnival Mall.
Dekat bawah ni banyak betul makanan yang dijual. Rambang mata juga la aku, macam nak beli je semua makanan. Nasib baik tak beli dulu sebelum makan di Sukiya sebab lepas dah makan rasa kenyang betul, jadi tak beli pon akhirnya. Cuma singgah beli kopi di Gigi Coffee je sebelum balik.
Sukiya, Sunway Carnival Mall
Ramai juga orang masa ni.
Order macam biasa, kena scan qrpay dan order online, then tunggu makanan sampai.
Orang agak ramai jadi makanan sampai lambat sikit. Nasib baik perut tak lapar sangat, sebelum keluar makan durian dulu.
Penang kan musim durian sekarang, jadi banyak betul orang yang menjual tepi jalan. Dapat la aku merasa makan durian tahun ni, Alhamdulillah.
Antara menu yang ada
Ok, ni lah makanan yang kami order.
Akak aku makan Chicken Katsu Curry set (chicken karaage) & mini Gyudon, aku pula ambil Yakiniku Don set (gyoza) & mini ramen.
Antara semua makanan ni, aku rasa ramen dia juga paling sedap.
Gyoza ni kalau ikut tekak aku rasa dia tak sedap sangat, karaage pula sedap tapi kalau garing sikit & masih panas confirm sedap.
Teringat chicken karaage yang makan di Jepun 5 tahun lepas. Bila la dapat ke sana lagi ni. Rindu chicken curry rice dia juga. Huwaaa
Salam.
Hari ni hari ketiga aku di Penang. Aku sampai di Penang pada sabtu awal pagi (3 June 2023) hari tu.
Aku ambil cuti tahunan 2 hari, jadi dapat la cuti di rumah selama 5 hari. 1 hari cuti umum.
Cuti tahunan dah tak banyak sebab dah ambil banyak masa raya hari tu + travel ke Qatar & Turki baru baru ni. Jadi kena jimat sikit cuti kali ni.
Sebab nanti nak balik Penang lagi kan, maybe akan ambil time cuti umum macam ni la, dapat la cuti lebih.
Pagi sabtu tu ingatkan nak makan nasi campur lauk gulai ikan pari di kedai kegemaran aku, tapi tak buka pula kedai tu.
Aku keluar berdua dengan ayah aku je, ingat nak makan sekejap dekat kedai makan tu, tapi tu la tutup pula. Tak ada rezeki aku.
Ayah aku cadangkan makan nasi kandar di Simpang Ampat. Aku pon ok je, sebab aim nak makan nasi kandar juga balik kali ni.
Kedai nasi kandar yang biasa aku beli tak buka lagi (dalam 11 pagi baru buka), jadi kami ke nasi kandar berhampiran yang dah buka - Nasi Kandar Ahmad.
Walaupun masih pagi, dah ramai yang beratur untuk makan nasi kandar.
Lebih kurang 20 minit juga la kami beratur, baru la sampai turn kami. Mula-mula ingat nak makan di sana je, tapi sebab aku sorang-sorang di rumah & tak berapa sihat lagi, jadi kami beli bungkus je untuk makan di rumah.
Kami beli 3 bungkus, 2 bungkus nasi dengan lauk ayam goreng dan telur, 1 lagi lauk daging hitam & gulai bawal. Total untuk 3 bungkus nasi kandar RM25.70.
Aku rasa murah juga la sebab 1 bungkus tak sampai RM10.
Dah siap bungkus, kami pon bergerak balik ke rumah untuk makan.
Ni la nasi kandar aku beli. Jemput makan.
Bye!
Salam.
Selamat Hari Kaamatan buat penduduk di Sabah.
Hari Kaamatan atau Pesta Kaamatan
Perayaan menuai yang dikenali sebagai Kaamatan disambut pada setiap tahun oleh kebanyakan kumpulan etnik di Sabah, terutamanya Kadazandusun (kumpulan etnik peribumi terbesar di Sabah), Murut dan Rungus. Ia lebih dikenali sebagai Tadau Kaamatan oleh masyarakat setempat atau Pesta Kaamatan (Hari Kaamatan) bagi kebanyakan penduduk Malaysia. Perayaan kesyukuran ini diadakan oleh petani untuk berterima kasih kepada semangat padi yang dikenali sebagai Bambaazon, dan Kinoingan (Tuhan) atas hasil tuaian yang melimpah ruah.
Alhamdulillah, dapat juga cuti 2 hari ni. Ni lah weekend aku. Sebab weekend yang lepas kerja je, so aku anggap ni lah weekend untuk aku rehat hehe.
Tadi masa ke ward sekejap, nurse aku tanya tak pergi KDCA ke. Teringin juga nak pergi sebenarnya, sebab sepanjang 9 tahun di Sabah ni tak pernah lagi ke sana semasa Hari Kaamatan.
Tapi tu lah, malas nak keluar. Orang pula ramai kan, takut bersesak pula. Dah la kes Covid-19 pon semakin meningkat sekarang. Risau..
Alhamdulillah, mak aku pon dah keluar ward hari rabu minggu lepas. Setakat ni tak berapa sembuh sepenuhnya lagi dan perlu cuci luka di kaki hari-hari. Nasib baik ada ayah aku yang boleh tolong jaga mak di rumah. Adik beradik yang lain bekerja kan, dan ayah aku dah berhenti kerja sekarang.
Bila mak tak sihat ni, dok terfikir patut ke balik kerja di Semenanjung je. huhu. Tapi tu la, aku suka betul duduk di KK, Sabah ni. Memang rasa nak settle down sini je buat masa sekarang ni. Dilemaaa.
Ok lah, dah selesai membebel di sini.
Nak layan marathon drama korea pula.
Bye!
Salam.
Lebih sebulan aku tak tulis entri. Macam biasa, agak sibuk. Blog pon dah terabai. Mood nak update blog pon tak tau ke mana.
Baru-baru ni aku cuti hampir sebulan, cuti raya, sambung dengan cuti travel. Lepas balik travel, aku extend lagi cuti di Penang sebab mak aku tak sihat. Kena masuk ward.
Isnin hari tu dah balik ke KK, sebab dah cuti lama. Mak aku masih di hospital, doakan mak aku cepat sembuh ya.
Lepas Kaamatan aku akan balik ke Penang lagi, harap-harap mak aku dah keluar ward masa tu. InsyaAllah. Sejak mula bekerja, hari-hari aku oncall/passive untuk cover balik cuti yang lama hari tu. Ingatkan nak balik weekend ni, tapi mak aku cakap balik nanti je bila mak aku dah keluar ward. Aku pon ok juga lah. Jadi hari ni baru la dapat full day sehari rehat.
Esok akan kembali bekerja macam biasa. Oncall dan passive juga. Counting days untuk balik Penang tengok mak aku sekarang ni.
Flight direct KK-Penang cuma ada dari satu airlines je iaitu Firefly, timing pun 2 kali sehari. Nasib baik la, daripada tak ada langsung kan. Penat la nak transit ke KL pula.
Hari ni di KK ada Borneo International Marathon 2023. Aku dah daftar untuk event ni dari tahun lepas lagi. Tapi sebab aku jatuh masa travel hari tu, kaki aku masih sakit lagi. Aku tak berani nak join, sebab satunya dah lama tak aktif, lepas tu risau kaki aku akan lagi teruk lepas ni.
So rehat aje lah di rumah hari ni. Aku makan dan tidur je, cover boleh tak cukup tidur 5 hari lepas.
Sambil marathon drama Dr Cha. Layan movie lain di Netflix juga The Mother. Best movie tu.
sekarang tengah layan Black Night pula.
Esok kerja macam biasa.
Bye!


















