Jalan - jalan cari makan di TRX
Salam.
Sambungan entri di KL lagi. Selagi masih ada mood untuk menulis blog haha.
Selepas makan nasi padang di food court TRX, misi mencari matcha pula.
Mula-mula kami try matcha di Chabashira dulu.
Saja nak try strawberry matcha latte dia.
antara menu lain yang ada
jom order
RM18
Rasanya dia ok-ok je untuk aku. Aku tak minat sangat rasa matcha (rumput) yang kuat sangat. Tapi not bad lah. Kawan aku suka je rasa matcha macam ni.
Kami singgah beli roti daging di Mon Chinese Beef Roti pula, sebab nampak sedap.
Harga dia lagi murah sikit daripada yang di KK (Bingchun). Tapi personally aku lagi suka Bingchun lagi. Sebab roti dia tak tebal sangat.
Lepas tu kami jalan-jalan lagi sebab masih awal, dan belum kena call lagi cakap bateri iphone dah siap.
Sebab dah penat berjalan, kami singgah duduk di Venchi pula. Sebab ada kerusi di situ, tapi kena beli something la di kedai dia. Pini beli aiskrim, tak ingat berapa harga dia, tapi sedap betul.
Sebab dah try aiskrim Pini yang sedap tu, aku pon masuklah kedai dia juga untuk tengok coklat yang dijual.
Boleh tahan juga harga dia. Disebabkan aku dah berkenan dengan satu coklat bar ni, jadi aku ajak kawan yang lain join juga, sebab ada yang beli 3 dapat 1 percuma.
yang aku beli
Masih awal lagi juga, jadi kami decide untuk cari kedai matcha lagi. Ada kawan cakap aiskrim matcha dia sedap.
Jadi kami ke Matcha Eight pula.
Mula-mula aku beli iced matcha latte je. Tapi lepas tu aku cuba dia punya aiskrim pula. Alamak, sedap. Jadi terpaksa beli aiskrim juga.
menu yang ada
Memang kekenyangan betul hari tu.
Tak lama lepas tu, iphone pon dah siap. Habis RM449.
Tapi kena cari kedai phone pula untuk letak screen protector semula.
Sebab masa tukar bateri tu, screen protector phone kena buang dulu. Tukar la screen protector yang berharga RM49.











0 comments