Salam korang.
Weekend ni aku tak oncall. Jadi ada banyak masa untuk rehatkan diri dan layan drama/movie.
Weekday biasanya dapat tengok drama kejap je biasanya time makan. Weekend ni la masa untuk marathon drama/movie yang best.
Masa scroll Netflix tadi, ternampak movie ni. Tengok trailer, eh ada Song Joong Ki. Ok, terus rasa nak tengok.
Space Sweepers
Berkisar pada tahun 2092, di mana bumi semakin tenat dan ramai manusia yang berpindah ke tempat lain yang bernama MARS.
3 orang krew kapal pengutip sampah di angkasa (space sweepers) bersama se'orang' robot berkerjasama di dalam sebuah kapal space sweepers yang diberi nama Victory. Kim Tae Ho (Song Joong Ki), Captain Jang (Kim Tae Ri), Tiger Park (Jin Seon Kyu) bersama robot - Bubs. Ketiga-tiga mereka mempunyai sejarah hidup yang sendiri.
Kim Tae Ho merupakan seorang space guard genius sebelum ini tetapi dicampak ke bumi disebabkan satu insiden.
Matlamat utama dia adalah mengumpul duit untuk mencari anak angkatnya (Su Ni) yang terpisah ketika dalam satu kejadian.
Kehidupan mereka berubah apabila mereka terjumpa Dorothy, sejenis robot letupan. Mulanya, mereka ingin memulangkan kembali robot tersebut untuk mendapatkan duit. Rupa-rupanya Dorothy bukanlah sebuah robot tapi dia adalah anak kepada Kang Hyeon U, yang telah memasukkan nanorobot ke dalam badan anaknya untuk menyelamatkannya daripada penyakit saraf yang tiada penawar.
Namun, Dorothy menjadi separuh robot apabila selnya sembuh dengan nanorobot tersebut dan sebenarnya boleh menyelamatkan bumi yang tenat. Jadi, pengasas MARS ingin menculik Dorothy dan membunuhnya dalam masa yang sama memusnahkan bumi supaya ramai manusia akan berpindah ke MARS.
Jadi, team Victory ni cuba untuk selamatkan Dorothy daripada jatuh ke tangan orang jahat.
Jadi, adakah mereka berjaya menyelamatkan Dorothy dan bumi?
..
Aha, jawapannya mestilah berjaya kan. #spoiler
Tapi kena lah tengok sendiri, baru best.
Overall, aku enjoy tengok movie ni.
Tak bosan dan suspense.
K bye!
Salam Korang!
Azam 2021 tercapai - Relex Smile Part 1
Tujuan utama aku balik ke Penang kali ni adalah untuk membuat prosedur/ minor operation yang dikenali sebagai Relex SMILE. Ini adalah salah satu rawatan laser mata untuk masalah rabun jauh.
Dah lama sebenarnya aku berniat nak buat rawatan ni, tapi sebab tak ada masa, jadi aku bertangguh sampai lah sekarang. Mulanya aku ingat nak buat rawatan ni dengan Prof Muhaya, tapi sebab ianya di KL, agak susah untuk aku ke sana.
Jadi bila mak aku ada buat rawatan mata untuk masalah katarak di Pusat Pakar Mata dan Lasik Utara di Sg Petani, Kedah, aku cuba la google pasal tempat ni. Bila tengok dekat facebook dia, baru aku tau di sini pon ada rawatan Smile juga. Yeay!
Terus aku book untuk buat appt di sini, alang-alang aku plan untuk balik ke kampung bulan Jan 2021. Pada 16 Dec 2020, aku pon whatsapp Pn Zahirah (optometrist) di sana & set appt ngam-ngam timing aku balik ke Penang.
Appt yang di buat ialah :-
10 Jan 2021 - screening/ pre op
11 Jan 2021 - op day
12 Jan 2021 - follow up day 1
10 Jan 2021
-buat eye screening & dan pre-op
Dalam jam 7.30pagi kami dah keluar rumah untuk ke sana. Singgah makan breakfast dulu.
Roti canai menjadi pilihan aku. Susah nak cari roti canai yang sedap di KK haha. |
Jam 8.30pagi appt. Ramai orang tengah beratur, tapi yang ada appt je boleh masuk. Yang takde appt kena balik.
Ramai yang beratur time ni, klinik belum buka lagi. Jam 8.30pagi baru buka. |
Naisb baik aku dah book appt sebulan yang lepas lagi. Lepas dah masuk, tunggu sekejap dalam klinik.Dalam jam 9pagi jumpa pn zahirah. Buat eye screening. Check power, ketebalan kornea etc. Pn zahirah cakap power stable. Cuma yang kanan je naik 0.25 jika dibandingkan dengan power spec sekarang. Kalau power tak stable, tak boleh buat lasik.
Selepas tu. diterangkan pasal 3 jenis rawatan laser mata. Aku dah baca ketiga-tiga jenis rawatan ni dan aku memang dah aim nak buat SMILE. Sebab less complication mcm dry eye etc.
Oh ya, lagi satu sebab ada promosi untuk frontliners/ healthcare worker, diskaun sebanyak RM1500 untuk rawatan SMILE weh. So sangat berbaloi aku rasa. Tapi, kalau tak ada promosi ni, aku memang akan pilih SMILE juga.
Promosi sehingga 28 Feb 2021 |
Lepas tu kena titik ubat, untuk nak dilate (besarkan) kan pupil mata. 3 jenis ubat, aku tak tau nama apa. Tak sampai 5 minit mata aku rasa kembang semacam dan dah tak boleh tengok phone/ benda dekat. Jadi kabur. Blurring/double vision. 15 minit lepas tu Pn zahirah datang untuk check mata sama ada dah betul-betul kembang ke tak.
Kemudian, kena masuk 1 bilik lain lagi untuk check tekanan mata pula. Ni first time rasa. 3 kali mata kena tiup angin unutk sebelah mata. So total 6 kali la. Setiap kali tu jugak la mata aku akan berkelip sebab terkejut. Haha
Dah siap check tekanan mata, kena tunggu sekejap sebelum dipanggil masuk untuk jumpa dengan Dr Razak di bilik 1. Di situ akan check retina, saraf mata dan lain-lain. Alhamdulillah, semuanya okay. Boleh proceed esok untuk op.
Last sekali, kena ambil ubat dan bayar bil. Dapat 2 jenis ubat. Ubat titis utk hydration mata. Mcm eye mo (artificial tears). 1 titik tiap sebelah mata 2 jam sekali. Dapat celebrex (ubat tahan sakit) untuk makan pagi besok lepas breakfast. Bil RM 300 utk pre-op.
Oh ya, lepas dah bayar bil dan ambil ubat, ada sesi kaunseling dan sign consent oleh Pn zahirah pula sebab dia cuti besoknya, so kena ambil siap-siap. Biasanya, consent akan diambil hari yang sama dengan operation.
Esoknya tu ada banyak case, kalau aku tak salah dengar macam 12 case. Case refraction akan buat di sebelah petang. Dalam jam 12 tengahari ke atas. Jadi besok jam 11.30pagi aku dah kena ada di sana.
sekitar klinik |
Ni lah ubat yang aku dapat. Di situ ada appt card sekali. BE SMILE (Bilateral Eye SMILE). SMILE tu singkatan untuk Small Incision Lenticule Extraction. |
Nanti aku buat 1 entri tentang jenis rawatan laser yang terdapat di sini.
Ubat titis mata. 2 jam sekali. 1 tu boleh guna banyak kali. Tapi lepas dah buka, kena simpan dalam peti sejuk. |
Celebrex 400mg. Ubat tahan sakit. Makan selepas breakfast pada hari operation. |
Appt card |
Deposit RM1000. Baki RM8300 kena bayar sebelum operation nanti (besoknya). Boleh bayar secara tunai, online banking, credit card. |
Dalam jam 10.30pagi macam tu dah siap appt hari pertama. Alhamdulillah, mata sesuai untuk buat rawatan laser.
--------
Dari Sg Petani, kami singgah makan tengahari di Jarak Ikan Bawal. Lepas makan, singgah area Mengkuang kejap, tengok progress rumah undercon. Ada tapak je so far. Tak tau la bila akan siap.
K bye!
Salam korang!
Aku nak tempek jadual pembayaran gaji untuk kakitangan awam bagi tahun 2021 di sini.
Untuk rujukan aku setiap bulan, hehe.
Untuk tahun ni, banyak kali juga gaji masuk awal.
Feb 2021 - 9hb
Mac 2021 - 18hb
Mei 2021 - 6hb
June 2021 - 14hb
July 2021 - 14hb
August 2021 - 19hb
6 kali jugak la gaji masuk awal kali ni terutamanya pada bulan Feb dan Mei 2021.
Aku harap dapat manage duit dengan baik tahun ni. InsyaAllah.
K bye!
Salam korang!
Saja nak share dekat sini. Untuk dibaca pada masa akan datang. Hihi
First time aku rasa susah betul nak cari MDI Budesonide ni. Sebelum ni, aku pandang sebelah mata je. Bila teringat nak guna, baru guna. (Non compliance). Kalau tak..... tak terguna lah.
MDI BUDESONIDE |
Oh ya. Ianya sejenis ubat - pam. Yang biasa digunakan oleh pesakit asthma.
Ya, aku lah salah seorang yang menghidap penyakit asma. Dari bila? Yang aku tau, masa kecik aku sihat walafiat je. Tapi akak aku yang ada childhood asthma.
Aku mula kena serangan asma masa final year medical student. One of the triggering factor, aku rasa stress lah salah satu dia.
Ada banyak lagi triggering factor untuk aku contohnya macam sejuk, exercise dan lain-2. Setiap orang berbeza dia punya triggering factor tu ya.
Nak dijadikan cerita, aku terlupa bawak balik ubat ni ke Penang. Sebab packing last minute gara-gara flight kena cancel oleh AirAsia. So, aku ambil je earliest available flight sebab takut flight seterusnya pon kena postpone/ cancel lagi. (dah lama tak balik kampung kot, dan aku ada hal penting juga nak dibuat, hehe).
Tapi sebab cuti terpaksa dipanjangkan, kena la aku beli ubat ni di farmasi.
Farmasi ke 5 yang aku pergi, baru aku dapat beli MDI ni. Tak sangka susah juga nak cari ubat ni. Out of stock di 4 farmasi yang aku cari sebelum tu. Nasib baik la area sini banyak farmasi. Aku pergi cari area Juru dan area Aeon Big Bukit Minyak.
Alang-alang akak aku pergi renew roadtax tadi dekat pejabat pos, aku follow la sekali.
Tapi aku tak masuk pejabat pos pon, duduk dalam kereta je. Tak nak pergi banyak tempat sangat kalau tak perlu.
bukti haha. Aku masuk setiap farmasi ni sekejap je, tak sampai 5 minit pon. Masuk tanya ada ke tak, tak ada terus keluar. #SOPjangandilupa |
Tadi kalau ubat ni tak ada kat farmasi ke 5 tu, aku fikir nak beli online je dekat DoctorOncall. Dalam 2-3 hari sampai la biasanya.
Aku biasa beli ubat kencing manis untuk mak aku dekat situ. Senang sangat aku rasa. Tak perlu pon pergi farmasi. Order je online, dapat free consultation (doctor dia akan call kita) dan tak lama lepas tu sampai lah ubat tu depan pintu rumah. Mudah kan? #eh ter'promote' pulak. Haha.
Harga ubat ni RM42. Biasa aku ambil di farmasi hospital, free je of course! Haha
Ok lah. Tu je yang nak diceritakan hari ni. Kesimpulannya, aku kena sentiasa ingat untuk bawak ubat yang biasa digunakan hari-2. Kalau tak, jadi macam ni lah.
K bye!
K bye!
lama tak update blog. sebab tak ada mood dan masa. Haha.
sekarang aku ada banyak masa sebab stuck di Penang sebab PKP 2.0. Tak sempat nak ambil flight balik sebelum PKP 2.0 sebab tak ada flight direct dari Penang ke KK, Sabah.
So, aku harap ada la mood aku nak update blog kali ni.
akak aku berjalan masuk untuk pick up makanan. Aku tunggu dalam kereta je |
B'BiQ Bukit Minyak
Aku tau pasal B'BiQ Chicken ni masa scroll facebook bulan lepas. Nampak di facebook Penang Foodie. Aku kalau bosan memang akan scroll facebook, tengok short videos. Lepas tengok video tu, terus screenshot bagi dekat akak aku. Wishlist untuk makan time aku balik Penang nanti. Hihi.
So far, semua wishlist dah tercapai termasuk lah nasi kandar. Hari esoknya aku sampai di Penang, terus aku pergi beli. Haha. Dah 3-4 bulan tak makan nasi kandar weh. Last makan time aku balik Penang masa bulan Sept 2020 yang lepas.
Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Aku dan akak aku pon cuba la makanan di sini. Masa tu sehari sebelum PKP 2.0, so boleh dine in lagi. Tapi kitorang malas nak dine-in. Order melalui food panda je, self pick up. Dapat la 20% diskaun. Jimat tak jimat tu?
Jadi di bawah ni lah antara yang kami order.
ni lah yang kami order. Bukan makan berdua je. Makan sekali dengan mak & adik aku. 3 jenis ayam goreng korea. Di bawah ada gambar ya. Aku susun ikut kegemaran aku. |
Favourite aku. Yang ni paling sedap antara 3 jenis ayam goreng aku order. |
hot chicken pon sedap jugak. Pedas dia not bad. Boleh cuba kalau korang jenis yang suka makan pedas. |