Salam korang.
Aku nak share dengan korang tempat nak buat Covid-19 test di Penang.
Aku jumpa website ni masa aku google cari tempat/ klinik berdekatan rumah aku yang boleh check Covid-19 test ni.
Kat mana nak check Covid-19 test di Penang?
boleh tekan link di atas ya.
Boleh check di website ni ya. Antara senarai klinik panel. |
Tapi, kebanyakan klinik di sini menawarkan test RTK Antigen je, bukan PCR test.
Nasib baik lah kalau syarat nak naik flight, RTK Antigen (RTK Ag) test diterima. Lagi satu, RTK Ag test ni lagi murah berbanding dengan PCR test tau.
Kalau RTK Ag biasanya dalam RM150-RM200, PCR lebih kurang RM250 ke atas.
Masa buka website tu, aku jumpa beberapa klinik berhampiran dengan rumah aku. Risau juga takde dekat area rumah aku, sebab time PKP ni boleh gerak dalam 10KM je kan.
Alhamdulillah. Test ni ada dibuat di klinik berhampiran rumah aku.
Oh ya, aku tinggal di Bukit Minyak. Jadi aku masukkan details tempat di dalam website tu.
Aku buat RTK Ag test ni sehari sebelum balik ke Sabah. Result dia valid 3 hari je tau untuk masuk ke Sabah. Aku redha je la masa ni, walaupun risau ada kemungkinan flight aku dari Penang ke KK kena cancel.
Mulanya, aku ke Klinik Joe Fernandez di Juru, test ada tapi pukul 3 petang baru boleh buat test. Tak payah buat appt, boleh walk in. Aku lupa tanya harga berapa.
Tapi aku nak buat pagi tu. So, cuba cari klinik lain pula. Jadi aku ke Poliklinik HL, di situ ada RTK Ag test, tapi boleh buat pukul 3.30 petang, dan klinik ni kena buat appt terlebih dahulu.
Dekat sini baru aku teringat nak tanya berapa harga test RTK Ag tu. Staff dia cakap RM150. So, aku terus buat appt. Aku rasa harga ni murah jugak lah. Biasa dekat KK dalam RM170 macam tu.
QRPay Cashback Rewards. Alhamdulillah, jimat RM88 untuk test ni. Rezeki. |
Salam korang!
Bersambung daripada part ni -> Azam 2021 tercapai - Relex Smile Part 1
Azam 2021 tercapai - Relex Smile Part 2
Day 2 (11/1/2021) - Isnin
Hari yang ditunggu-tunggu pon tiba. Pagi ni bangun awal macam biasa. Hari ni kami berdua je yang akan pergi ke klinik (aku & akak aku je). Mak aku tak join sekali sebab nanti kena tunggu lama, mak aku tak larat nak menunggu.
Dalam jam 7 pagi macam tu aku dan akak aku keluar untuk beli breafkast dulu. Aku dekat Penang ni hari-hari kalau boleh nak cari nasi lemak, sebab dekat Sabah nanti susah benar nak dapat nasi lemak sedap. Ada tu ada, tapi tak banyak.
Kami beli nasi lemak dengan kuih muih di kedai berhampiran rumah. Bungkus je dan makan di rumah. Lepas tu telan ubat tahan sakit (celebrex)yang diberikan semalam.
Siap breakfast, dalam jam 8.30 pagi macam tu baru la kami gerak untuk ke Sg Petani -> Pusat Pakar Mata dan Lasik Utara. Tempat yang akan mengubah penglihatan mata aku nanti. Hihi
Tapi kami tak terus ke sana, kena singgah di Hospital Metro Sg Petani untuk buat Covid Test (RTK Antigen) terlebih dahulu. Dr Razak sarankan aku ambil test ni pagi sebab rest result ni valid dalam masa 24 jam je.
Nasib kurang baik...
Time kami sampai di Hospital Metro Sg Petani ni, banyak betul kereta yang tengah beratur untuk mengambil Covid Test ni. Di sini ambil turn dengan kereta kerana ianya dibuat secara drive thru. Aku tak tau ape yang jadi hari tu, tapi banyak betul kereta/orang yang menunggu untuk mengambil swab test ni.
Hampir 3 jam aku menunggu di dalam kereta untuk sampai giliran aku. Aku sepatutnya sampai di klinik dalam pukul 11 pagi. Tapi masa tu aku masih lagi di dalam kereta menunggu giliran. Jadi, aku dah call siap-siap klinik untuk bagitahu yang aku datang lewat. Nasib baik mereka okay je, cuma katanya dah otw nak ke sana nanti kena inform mereka balik.
Hampir pukul 12 tengahari barulah sampai giliran aku untuk mengambil swab Covid -19 RTK Antigen. Bayaran perlu dibuat semasa staff mereka datang di kereta kita untuk mengambil details. Kena bayar secara cash, nasib baik akak aku ada. Aku ni jenis jarang pegang cash.
Bayaran sebanyak RM162 untuk RTK Antigen test.
Tak lama pon nak buat test tu, nak menunggu je lama. Sampai giliran aku, turun dari kereta pergi ke khemah mereka. Duduk dan swab terus diambil. Tak sampai 2 minit pon. Lepas tu, kena tunggu keputusan yang akan keluar lebih kurang dalam masa 1 jam.
Khemah Covid-19 test |
Jadi, masa tu akak aku parking dulu di dalam hospital tu. Nak dekat sejam, aku pon pergilah ke khemah tadi semula untuk check keputusan RTK Antigen aku. Rasa restless jugak la sebab dah lambat kan. Risau je lambat betul nanti prosedur kena tunda....
Dah la hari tu akan ada pengumuman dari PM pasal PKP. Takut aku balik kali ni tak dapat buat Relex Smile dan kena tunggu cuti lain kali pula. Stress.
Kali pertama aku bertanya, result aku belum keluar lagi, kali kedua pon belum juga. Tapi sebab aku dah restless sangat, aku cakap dekat staff dia yang aku tunggu berdekatan situ. Kalau ada result aku, tolong panggil terus. Staff dia pon paham sebab aku ada cakap yang aku ada operation di klinik nanti.
Lebih kurang 10minit menunggu, akhirnya dapat jugak result RTK Ag aku. Terasa lama betul penantian kali ni. Terus aku call staff klinik dah bagitau aku dah otw ke sana.
Akhirnyaaaa.. setelah hampir 3 jam |
Aku sampai di klinik dalam pukul 1pm macam tu. Masa ni klinik tutup sebab rehat, tapi staff dia dah standby buka untuk tunggu aku. Sampai di kaunter, kena bagi ubat titik yang diberikan semalam dan aku buat baki bayaran sebanyak RM8300 menggunakan credit card.
Resit untuk bayaran pada hari tersebut |
Biasanya, pembayaran dibuat di tingkat 1, tapi sebab aku guna credit card, aku terus buat di bawah aje. Selesai pembanyaran, kena tunggu di bawah dulu sebelum dipanggil naik ke atas -tingkat 1.
Sambil menunggu, kena titiskan ubat mata ya. Dalam 40-50 minit macam tu, baru lah aku dipanggil naik ke tingkat atas. Di tingkat atas, kita akan jumpa dengan nurse dia dulu. Nurse akan terangkan proses operation tu nanti. Kemudian, dibawa masuk ke bilik lain untuk prosedur eye dressing.
Kat dalam bilik ni, kita akan sarung baju OT, dan buka tudung untuk eye dressing. Staff dia dah pesan untuk bawak inner neck siap-siap sebab nanti boleh sarung je OT cap, senang.
Lepas tu mata dicuci sikit menggunakan povidone. Seterusnya, dipakaikan juga mask dan telinga ditutup menggunakan cotton (nanti takut telinga masuk air masa mata dicuci ketika prosedur dibuat).
Dah siap, kena tunggu lagi. Aku rasa maybe dalam setengah jam macam tu lah. Sebab ada sorang dua lagi sebelum aku. Case aku adalah case terakhir pada hari tu (sebab datang lewat kan). Huhu.
Masa ni perut dah start lapar, sebab tak makan lunch pon, cuma ambil breakfast je. Tapi aku cuba tahan kan je. Malas nak fikir dulu.
Nervous tu ada sikit lah masa ni. Sebab minor operation je kan, jadi tak rasa nervous sangat. or maybe sebab dah penat restless gara-gara covid test tu, dah tak ada tenaga nak nervous lagi. Haha.
Sampai giliran aku, aku dipanggil masuk ke dalam bilik pembedahan. Masa ni tak pakai spec dah, jadi pandangan blur-blur sikit.
Dr Razak pon terangkan la macam mana prosedur ni (kena focus dekat titik hijau masa laser dibuat, dan lama-lama titik hijau tu akan hilang sekejap, tapi jangan panik & teruskan je tengok dekat tempat yang sama).
Dalam bilik pembedahan tu, ada 2 jenis mesin. Tapi prosedur aku akan guna 1 mesin je. Laser sahaja. Sebelum duduk di mesin tu, Dr Razak suruh aku baca tulisan di dinding. Nampak, tapi tak clear je. Dia cakap takpe, nanti habis prosedur baca semula.
Aku pon berbaring di atas mesin. Dr Razak terangkan each step, apa yang dibuat. Mata kanan buat dulu, kemudian baru mata kiri. Sebelah mata lebih kurang 2-3minit kot. Aku tak berapa ingat, agak-agak je.
Masa tu nampak tangan dok gerak-gerak. Pastu terasa mata dicuci. Time ni aku agak panik, so anak mata gerak sana sini. Tak boleh focus sangat. Kesian Dr Razak. Kena cakap focus dekat cahaya kuning 2 kali. Lols.
Nasib baik masa proses laser, aku boleh focus dengan baik. Aku rasa part kornea dipotong sedikit untuk buang lenticule tu yang aku tak boleh nak focus. Aku rasa lah. Huhu.
Tak sampai 10 minit, siap kedua-dua belah mata. Bila mata dibuka, rasa kabur. Tak boleh nampak dengan jelas lagi. Tapi Alhamdulillah, boleh baca tulisan - TAHNIAH ANDA TELAH BERJAYA.
Selepas tu, masuk ke bilik pertama tadi untuk buka baju OT dan cuci mata sedikit.
Kemudian, nurse bagitau ubat mana yang kena amik. Ada 3 jenis ubat kena titis untuk 1 minggu pertama (4x sehari) dan ubat makan (celebrex - ubat tahan sakit, makan bila perlu) dan juga Vit C.
Kiri - Vigamox (antibiotic), kanan -maxidex (steroid) dan 1 lagi ubat titis (artificial tears). |
Vitamin C - 1g setiap hari |
Dah siap bagi ubat, boleh balik. Masa tu aku tengok jam dalam pukul 4pm. Lebih kurang 3 jam juga aku di situ.
Keluar dari klinik dan berjalan ke kereta sambil pakai sunglass. Akak aku tunggu dalam kereta je masa ni. Dalam klinik tak boleh tunggu, untuk pesakit sahaja.
saja nak tunjuk sunglass baru 😆 |
Otw balik ke rumah, mata aku rasa sangat pedih dan berair. Nak buka mata je, pedih. Maybe sebab dalam kereta kot, dengan aircond depan mata & cahaya matahari.
Masa akak aku pergi bungkus makanan, aku terpaksa telan celebrex sebab tak tahan rasa pedih tu. Huhu. Maybe sebab aku dah makan celebrex awal pagi kan, dan aku punya operation lambat.
Sampai di rumah, aku makan dan tidur. Aku tidur dalam 2-3 jam macam tu. Alhamdulillah, bangun tu rasa macam biasa dah. Mata tak lagi pedih dan sakit.
Alhamdulillah, Syukur sangat-sangat.
Salam korang.
Weekend ni aku tak oncall. Jadi ada banyak masa untuk rehatkan diri dan layan drama/movie.
Weekday biasanya dapat tengok drama kejap je biasanya time makan. Weekend ni la masa untuk marathon drama/movie yang best.
Masa scroll Netflix tadi, ternampak movie ni. Tengok trailer, eh ada Song Joong Ki. Ok, terus rasa nak tengok.
Space Sweepers
Berkisar pada tahun 2092, di mana bumi semakin tenat dan ramai manusia yang berpindah ke tempat lain yang bernama MARS.
3 orang krew kapal pengutip sampah di angkasa (space sweepers) bersama se'orang' robot berkerjasama di dalam sebuah kapal space sweepers yang diberi nama Victory. Kim Tae Ho (Song Joong Ki), Captain Jang (Kim Tae Ri), Tiger Park (Jin Seon Kyu) bersama robot - Bubs. Ketiga-tiga mereka mempunyai sejarah hidup yang sendiri.
Kim Tae Ho merupakan seorang space guard genius sebelum ini tetapi dicampak ke bumi disebabkan satu insiden.
Matlamat utama dia adalah mengumpul duit untuk mencari anak angkatnya (Su Ni) yang terpisah ketika dalam satu kejadian.
Kehidupan mereka berubah apabila mereka terjumpa Dorothy, sejenis robot letupan. Mulanya, mereka ingin memulangkan kembali robot tersebut untuk mendapatkan duit. Rupa-rupanya Dorothy bukanlah sebuah robot tapi dia adalah anak kepada Kang Hyeon U, yang telah memasukkan nanorobot ke dalam badan anaknya untuk menyelamatkannya daripada penyakit saraf yang tiada penawar.
Namun, Dorothy menjadi separuh robot apabila selnya sembuh dengan nanorobot tersebut dan sebenarnya boleh menyelamatkan bumi yang tenat. Jadi, pengasas MARS ingin menculik Dorothy dan membunuhnya dalam masa yang sama memusnahkan bumi supaya ramai manusia akan berpindah ke MARS.
Jadi, team Victory ni cuba untuk selamatkan Dorothy daripada jatuh ke tangan orang jahat.
Jadi, adakah mereka berjaya menyelamatkan Dorothy dan bumi?
..
Aha, jawapannya mestilah berjaya kan. #spoiler
Tapi kena lah tengok sendiri, baru best.
Overall, aku enjoy tengok movie ni.
Tak bosan dan suspense.
K bye!
Salam Korang!
Azam 2021 tercapai - Relex Smile Part 1
Tujuan utama aku balik ke Penang kali ni adalah untuk membuat prosedur/ minor operation yang dikenali sebagai Relex SMILE. Ini adalah salah satu rawatan laser mata untuk masalah rabun jauh.
Dah lama sebenarnya aku berniat nak buat rawatan ni, tapi sebab tak ada masa, jadi aku bertangguh sampai lah sekarang. Mulanya aku ingat nak buat rawatan ni dengan Prof Muhaya, tapi sebab ianya di KL, agak susah untuk aku ke sana.
Jadi bila mak aku ada buat rawatan mata untuk masalah katarak di Pusat Pakar Mata dan Lasik Utara di Sg Petani, Kedah, aku cuba la google pasal tempat ni. Bila tengok dekat facebook dia, baru aku tau di sini pon ada rawatan Smile juga. Yeay!
Terus aku book untuk buat appt di sini, alang-alang aku plan untuk balik ke kampung bulan Jan 2021. Pada 16 Dec 2020, aku pon whatsapp Pn Zahirah (optometrist) di sana & set appt ngam-ngam timing aku balik ke Penang.
Appt yang di buat ialah :-
10 Jan 2021 - screening/ pre op
11 Jan 2021 - op day
12 Jan 2021 - follow up day 1
10 Jan 2021
-buat eye screening & dan pre-op
Dalam jam 7.30pagi kami dah keluar rumah untuk ke sana. Singgah makan breakfast dulu.
Roti canai menjadi pilihan aku. Susah nak cari roti canai yang sedap di KK haha. |
Jam 8.30pagi appt. Ramai orang tengah beratur, tapi yang ada appt je boleh masuk. Yang takde appt kena balik.
Ramai yang beratur time ni, klinik belum buka lagi. Jam 8.30pagi baru buka. |
Naisb baik aku dah book appt sebulan yang lepas lagi. Lepas dah masuk, tunggu sekejap dalam klinik.Dalam jam 9pagi jumpa pn zahirah. Buat eye screening. Check power, ketebalan kornea etc. Pn zahirah cakap power stable. Cuma yang kanan je naik 0.25 jika dibandingkan dengan power spec sekarang. Kalau power tak stable, tak boleh buat lasik.
Selepas tu. diterangkan pasal 3 jenis rawatan laser mata. Aku dah baca ketiga-tiga jenis rawatan ni dan aku memang dah aim nak buat SMILE. Sebab less complication mcm dry eye etc.
Oh ya, lagi satu sebab ada promosi untuk frontliners/ healthcare worker, diskaun sebanyak RM1500 untuk rawatan SMILE weh. So sangat berbaloi aku rasa. Tapi, kalau tak ada promosi ni, aku memang akan pilih SMILE juga.
Promosi sehingga 28 Feb 2021 |
Lepas tu kena titik ubat, untuk nak dilate (besarkan) kan pupil mata. 3 jenis ubat, aku tak tau nama apa. Tak sampai 5 minit mata aku rasa kembang semacam dan dah tak boleh tengok phone/ benda dekat. Jadi kabur. Blurring/double vision. 15 minit lepas tu Pn zahirah datang untuk check mata sama ada dah betul-betul kembang ke tak.
Kemudian, kena masuk 1 bilik lain lagi untuk check tekanan mata pula. Ni first time rasa. 3 kali mata kena tiup angin unutk sebelah mata. So total 6 kali la. Setiap kali tu jugak la mata aku akan berkelip sebab terkejut. Haha
Dah siap check tekanan mata, kena tunggu sekejap sebelum dipanggil masuk untuk jumpa dengan Dr Razak di bilik 1. Di situ akan check retina, saraf mata dan lain-lain. Alhamdulillah, semuanya okay. Boleh proceed esok untuk op.
Last sekali, kena ambil ubat dan bayar bil. Dapat 2 jenis ubat. Ubat titis utk hydration mata. Mcm eye mo (artificial tears). 1 titik tiap sebelah mata 2 jam sekali. Dapat celebrex (ubat tahan sakit) untuk makan pagi besok lepas breakfast. Bil RM 300 utk pre-op.
Oh ya, lepas dah bayar bil dan ambil ubat, ada sesi kaunseling dan sign consent oleh Pn zahirah pula sebab dia cuti besoknya, so kena ambil siap-siap. Biasanya, consent akan diambil hari yang sama dengan operation.
Esoknya tu ada banyak case, kalau aku tak salah dengar macam 12 case. Case refraction akan buat di sebelah petang. Dalam jam 12 tengahari ke atas. Jadi besok jam 11.30pagi aku dah kena ada di sana.
sekitar klinik |
Ni lah ubat yang aku dapat. Di situ ada appt card sekali. BE SMILE (Bilateral Eye SMILE). SMILE tu singkatan untuk Small Incision Lenticule Extraction. |
Nanti aku buat 1 entri tentang jenis rawatan laser yang terdapat di sini.
Ubat titis mata. 2 jam sekali. 1 tu boleh guna banyak kali. Tapi lepas dah buka, kena simpan dalam peti sejuk. |
Celebrex 400mg. Ubat tahan sakit. Makan selepas breakfast pada hari operation. |
Appt card |
Deposit RM1000. Baki RM8300 kena bayar sebelum operation nanti (besoknya). Boleh bayar secara tunai, online banking, credit card. |
Dalam jam 10.30pagi macam tu dah siap appt hari pertama. Alhamdulillah, mata sesuai untuk buat rawatan laser.
--------
Dari Sg Petani, kami singgah makan tengahari di Jarak Ikan Bawal. Lepas makan, singgah area Mengkuang kejap, tengok progress rumah undercon. Ada tapak je so far. Tak tau la bila akan siap.
K bye!