Spring in Europe April 2019

Spring in Europe April 2019 


Salam korang. Ni entri pertama aku di blog ni. Sebelum ni aku guna wordpress --> http://www.syuhadasalleh.com/ .Tapi ada masalah sikit nak upload gambar, jadi aku buat je la blog baru. Alang-alang boleh tulis entri travel aku di sini.


Kalau korang buka blog dekat atas tu, korang tau la last entri aku bila. Awal bulan 4. Lepas tu sampai sekarang baru nak up entri baru.

Bukannya apa, mood nak menulis tu tak ada dan bulan 4 tu 3 minggu aku tak ada kat Malaysia.
Habis tu pergi mana?


Cuba baca tajuk entri ni balik. Spring in Europe April 2019.
Aku ke Europe la. hehe.


Aku ke sana dari 12 April 2019 sehingga 4 May 2019. Jumlah hari termasuk perjalanan pergi dan balik adalah selama 22 hari. Trip paling jauh dan paling lama yang aku pernah pergi setakat ni. Alhamdulillah, balik dengan selamat dan sepanjang perjalanan di sana pun selamat. (tak jadi mangsa scam/pickpocket, tu yang penting). Alhamdulillah.


So, dalam entri ni aku nak share negara mana yang aku pergi sepanjang Europe Trip 2019 ni.
Full itinerary kalau rajin aku akan share sini. Tak update lagi itinerari sejak balik haritu.
Tapi, aku akan share rough itinerari dan bajet aku ke sana dalam entri seterusnya. Doakan aku rajin/ ada mood nak menulis. hehe.


So, di bawah ni adalah senarai negara yang aku pergi haritu. Aci tak nak masuk Doha sekali? Sebab aku transit di sana selama 13-14 jam dan dapat free complimentary hotel di Doha.

Spring in Europe April 2019

-DOHA (transit 13-14 jam)
-LONDON, UK
-NETHERLANDS
-BELGIUM
-PARIS, FRANCE
-SWITZERLAND
-MUNICH, GERMANY
-PRAGUE, R. CZECH
-AUSTRIA
-ITALY
-SANTORINI, GREECE



Aku pergi 10 negara di Eropah dalam masa 22 hari. Ada negara yang aku tak bermalam di sana contohnya Prague. Prague buat day trip je.
Ada negara yang aku spend 1-2 hari, dan ada yang lama juga dalam 3-4 hari. Semua ni bergantung kepada korang sendiri. Korang boleh pilih nak stay lama di negara mana yang korang nak.


Ok, kat bawah ni aku share beberapa gambar yang diambil sepanjang di sana.


Tower Bridge, London





Keukonhof Tulip Garden, Netherland




Grand Palace, Brussels, Belgium



Eiffel Tower, Paris



Lauterbrunnen, Switzerland



Marienplatz, Munich, Germany




Charles Bridge, Prague


 Hallstat, Austria



Rialto Bridge, Venice, Italy



Oia, Santorini






K bye!








You Might Also Like

1 ulasan