Singapore Trip 2022

 Salam..

Baru perasan bulan ni tak ada entri lagi. Busy betul ya..

31 Oktober 2022: oncall last minute - ganti kawan, sebab dia tak sihat.

1 Nov 2022: Postcall. Time ni ingat nak makan dan qada tidur je. Memang penat nya tak boleh nak cakap la. Memang nak baring atas katil je rasa.

2 Nov 2022: Oncall lagi. Ni memang oncall aku pon. Masih terasa kepenatan postcall semalam yang tak hilang lagi. Ramai juga pesakit yang dirujuk dekat aku positif covid bila check. Datang ke kecemasan sebab masalah jantung, masa nak masuk ke ward, kena check covid test dulu, tup-tup positif pula. Dalam 2-3 orang la pesakit yang dirujuk kepada aku yang positif masa tu. Tapi masa aku tengah review pesakit di bahagian kecemasan, ada pesakit lain yang positif covid juga. Makin bertambah dah kes covid sekarang.

3 Nov 2022: Postcall. Shopping last minute sebelum trip ke Singapore besoknya hihi.

4 Nov 2022: Flight ke Singapore. Trip oversea pertama sejak Pandemik Covid-19 dari tahun 2020. Rindunya nak travel, dah 3 tahun tak dapat ke mana-mana gara-gara Covid-19.

Trip 2020 yang sepatutnya ke Bali pon terpaksa dibatalkan gara-gara Covid-19. Padahal masa tu Covid-19 belum di Malaysia lagi, tapi boss aku yang pujuk/paksa kami untuk cancel trip ke Bali tu. Terpaksalah.. Nasib baik dapat refund juga.

5 - 7 Nov 2022: Di Singapore!

8 Nov 2022: Balik kerja je terus oncall lagi. Ni oncall ganti kawan juga lah, dia Covid-19 positif, tak ada orang dapat ganti. Aku pon ok je lah, nak kena cari duit lebih, banyak dah berhabis di Singapore haha.

9 Nov 2022: Postcall. Ada masa kejap, buka laptop dan blogwalking. Lama tak tengok blog & blogwalking ke blog korang semua.





Singapore Trip 2022


Eh berbalik kepada Singapore Trip baru-baru ni..

Tujuan utama aku ke Singapore adalah untuk ke USS (Universal Studios Singapore).

First step sebelum ke sini, survey flight ticket dulu.

Harga boleh tahan juga, RM292 return KK- Singapore- KK. (Aku guna AirAsia SUPER+ subscription).

Kawan aku beli tak guna pass ni, flight dia RM300+ je. Kira murah la.

Sebelum fly ke sana, tambah luggage 25kg ke Singapore & 30kg balik dan bahagi 2. Total sorang untuk luggage return dalam RM157.

Ambil luggage siap-siap sebab takut nanti terlebih kg susah pula. Kena beli on the spot dekat aiport berdouble triple mahal nya. 

Kami guna public transport je di sana, sampai je di airport beli Singapore Tourist Pass dengan harga 38 SGD - unlimited use untuk MRT & bas selama 3 hari. Beli pass ni senang, kalau tersesat pon, naik turun bas je, tak payah fikir bayar extra.

Exchange rate?

Tukar duit sehari sebelum pergi, aku dengan kawan aku tukar di Suria Sabah Mall - rate masa tu 1SGD = RM3.36.

Mahal kan sekarang? 



Aku tukar tak banyak, 200 SGD je = RM672.  Yang lain aku topup dalam Bigpay je. Senang sikit. Kira sebagai back up lah.


OKlah sampai sini je entri kali ni. Aku harap aku akan komited habiskan entri ke Singapore kali ni.

Bye!








You Might Also Like

3 comments

  1. Alhamdulillah. Dapat juga travel ke Singapore. Sekarang ni nak travel pun kena fikir banyak kali, sebab dengarnya si covid menyerang kembali.

    BalasPadam
  2. Lama jgk x masuk spore ni.. USS ada game baru tak? Hahaa suka lepak uss.. Mmg ada plan jgk nak bw bdk2 ni gi uss tp currncy skrg tgh naik mendadak sgt haaha.. Nk bw bdk2. Ni kena menabu g lebih sket ni

    BalasPadam
  3. best bestπŸ‘πŸ‘πŸ‘sy x msk uss. tgk kat luar je. nnt share lg tau

    BalasPadam