Kali kedua kena Covid-19

 

Salam.

Minggu lepas merupakan kali kedua aku kena jangkitan Covid-19. 

Kali pertama pada tahun lepas, 21 Nov 2022. Aku antara orang yang paling lambat kena masa ni. Hampir semua orang dah kena, aku baru kena. sedih juga la masa ni.


Kali kedua kena Covid-19

Hari isnin petang (4/12/23) tiba-tiba aku start batuk. Tapi aku rasa macam normal je untuk aku sebab seminggu yang lepas aku baru je baik batuk chronic yang agak teruk selama sebulan, siap buat CXR lagi tapi Alhamdulillah, dah okay lepas aku ambil antibiotics.

Isnin malam pula aku dah start rasa macam tak sedap badan, demam. Bangun hari selasa tu aku pergi kerja macam biasa, tapi masa ni memang rasa tak sedap badan macam demam tu, dah memang ready pakai sweater (sebab kena pergi auditorium sebab ada kursus hari tu). Tapi masa dalam kursus tu tak dapat focus, sebab dah pening kepala. Waktu rehat tu aku balik jabatan aku kejap lepas tu aku cuba untuk rehat kejap. Bila bangun tu rasa macam tak boleh tahan dah, macam kena MC juga hari tu. 

Tapi sebab kes Covid-19 banyak kan sekarang, aku pon mintak Pini tolong check Covid-19 (nasal swab), dan negatif. Oh ya hari isnin tu pun aku ada check Covid-19 juga, dan ianya negatif. 

Jadi aku pon ke staff clinic dan dapatkan MC. Aku dapat MC selama 2 hari sampai hari rabu. Balik rumah je, aku terus makan ubat (PCM, batuk, selesema) dan tidur. Bangun sekejap untuk makan dan solat je. Tapi memang rasa badan sangat-sangat lah penat.

Sambung tidur lagi lepas tu, tapi asyik terjaga sebab terbatuk dan sakit-sakit badan, demam panas. Memang tak dapat tidur sangat pun. 

Hari rabu aku sambung tidur lagi, sebab badan masih letih. Tapi tak suspek Covid-19 lagi, sebab dah 2 kali check kan, tapi negatif. Rabu petang tu baru la rasa macam okay sikit, demam dah kurang, batuk masih ada tapi makin bagus.

Hari khamis aku pergi kerja macam biasa, sebab aku oncall (sepatutnya oncall hari rabu, tapi sebab MC jadi tukar dengan kawan oncall hari khamis). Masa ni rasa macam nak demam lagi, batuk pon masih ada. Tapi sebab ambil ubat sentiasa kan, jadi badan macam boleh tahan lagi.

Lepas tu aku terfikir untuk check Covid-19 lagi, sebab bila fikir balik macam symptoms Covid-19 hari tu je, tapi tak seteruk hari tu. Sepanjang kerja hari khamis tu memang aku tak bergaul sangat dengan orang, memang menjarakkan diri sebab tak sihat kan.

Tengok-tengok positif pula ujian Covid-19 kali ni. Tapi sebab aku check time nak balik kerja dah, jadi tak affect sangat la kerja aku. Aku sambung passive oncall di rumah je malam tu.



Lepas tu isi details di apps Mysejahtera. Kena HSO dari 7-11/12/2023 (5 hari).

Memang rehat je la sepanjang di rumah sebab masih tak sembuh sepenuhnya lagi. Bila bagitau parents aku, mereka risau pula. Makin banyak kan case Covid-19 sekarang. Rakan sekerja aku pon ramai yang kena. Jadi berhati-hati lah semua yaa.


Alhamdulillah, hari selasa dah balik kerja, dan makin sembuh. Cuma batuk ni je susah nak hilang sepenuhnya.


You Might Also Like

9 comments

  1. Semoga cepat sembuh,...Cuya pon dah batuk2 lama

    BalasPadam
  2. alhamdulillah...semoga terus diberi kesembuhan...mmg kena extra tc...dah boleh stat pkai facemask semula bila keluar rumah...

    BalasPadam
  3. Di hospital lagi macam2 keskan..

    ammi ni setiap hari naik public transport pun bertambah risau. Mudah2an Allah lindungi kami para pejuang public transport daripada wabak

    BalasPadam
  4. Semoga cepat sembuh... kes naik ni kena sentiasa berwaspada..

    BalasPadam
  5. Ramai betul rakan rakan blogger yang kena covid. Kes makin banyak...

    BalasPadam
  6. covid dah menyerang balik... semoga cepat sembuh syu... kat rumah kita ni pun 2 org dah tumbang.. nasib kali ni yang kena tak teruk sangat... ni semua dah sihat walafiat...

    BalasPadam
  7. Semoga cepat baik Dr. Syu. Terus kuat melawan si C19.

    BalasPadam