Mat Chicken & Burger

 
Salam.

Lama betul tak update blog. Tak adalah busy sangat sebenarnya, tapi tak sempat nak update blog.

Baru-baru ni aku balik Penang (kali terakhir balik Penang bulan 7 hari tu). 3 bulan lebih juga la tak balik, bertahan juga rupanya.

Jadi alang-alang balik Penang, aku teringin nak try makanan baru di Pak Mat Western iaitu Mat Chicken & Burger.



Macam biasa, kalau nak beli di sini memang kena beratur (sentiasa ramai orang).


Antara menu yang ada


Lepas dah order, kena tunggu order siap pula. Lebih 30 minit juga la dekat sini, tapi sanggup tunggu juga la.

Mulanya aku nak order set 5 ketul ayam, tapi katanya tak ada. Jadi aku order set 3 ketul ayam dengan 3 burger ala carte.

Akak aku dah pernah try beberapa kali, tapi dia beli melalui foodpanda je sebab malas nak beratur panjang.


Ayam goreng dia masih panas + saiz boleh tahan, sedap juga la aku rasa.

untuk burger pula, biasa-biasa je rasa dia.


Harga - harga standard fast food


Repeat? maybe boleh kalau rajin nak beratur haha.



You Might Also Like

2 comments

  1. Bagus marketing mereka dalam Facebook. Sentiasa berlegar-legar apabila scroll FB.

    BalasPadam
  2. Hehheee... bab beratur tu yang kena fikir 11 kali.

    BalasPadam