Kuching Trip Julai 2025 - Breakfast di Laila Cafe

 

Salam.

Pagi sabtu tu kami bangun lambat sikit, sebab sampai Kuching pun dah tengah malam. Nak setel check in airbnb pun makan masa juga, sebab parking airbnb kami kena diambil orang. Jadi kena call orang tu dulu dan kena tunggu orang yang mengambil parking tu alihkan parking pula.

Bila dah check in tu, bukan nya terus tidur. Rasanya nak dekat 2 pagi baru tidur malam tu.

Esoknya memang tak plan untuk keluar awal pun. Kami keluar untuk breakfast nak dekat pukul 9 pagi dah.



Pagi tu dah plan nak makan di Laila Cafe sebab hari ahad dia tutup.


Alhamdulillah, masa sampai ni barisan tak panjang sangat. Tak sampai 10 minit beratur dah dapat tempat duduk.


Menu

Order siap-siap sebelum dapat meja


Kami order mee kolok sorang satu. Order mee rojak ayam juga untuk makan sama-sama.


Mee rojak ayam


Sedap mee rojak ayam dia, recommended!

order bun juga, dapat sorang 1 ketul.

Tak lama lepas tu mee kolok pon sampai.


Mee kolok untuk 3 orang


Aku order mee kolok daging lebih.


sedap!

Kalau ke Kuching lagi next time, memang akan singgah makan di sini.



You Might Also Like

5 comments

  1. Apa khabar Syu?
    Lama tak singgah. Dapat jamu mata mi kolok...sedapnya Syu!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah sihat Kak Amie. Cuma sekarang jarang jarang buka blog.
      Lama x singgah dekat blog Kak Amie. Nanti ada masa syu blogwalking ya..

      Padam
  2. alamak, theme kita sama pulak..hahahah..anyway..sedapnya makanan..lapar terus ha

    BalasPadam
  3. Tak pernah makan mee kolok lg.. nampak sedappp

    BalasPadam