Salam.
My Nasi Kandar Hameed Kota Kinabalu
Restoran nasi kandar ni dah buka sejak beberapa bulan yang lepas lagi. Tapi baru bulan lepas baru aku rasa nak cuba makan nasi kandar di sini.
Ramai yang review cakap lebih kurang macam nasi kandar di Penang juga.
Biasanya kalau di KK aku akan beli Nasi Kandar Chombi je. Tapi susah sikit sebab nasi kandar ni kena pre-order (ada seminggu sekali je) dan kalau nak pick up sendiri tu agak jauh dari tempat aku dan kalau guna grab pula dalam belas-belas ringgit. Tak berbaloi kalau beli sebungkus tapi harga delivery pon lebih kurang sama dengan harga sebungkus nasi kandar.
My Nasi Kandar Hameed ni senang sikit, sebab nak makan bila-bila pon boleh je ke kedai, cuma tak ada dalam grab atau foodpanda lagi la.
Sejak cuba sekali bulan lepas (masa ni mintak orang tolong bungkuskan sebab nak cuba je) tapi lepas tu dah 2 kali pergi makan di kedai.
Aku suka ayam goreng dia sebab sentiasa panas & rangup.
Ni kali pertama makan (19 Ogos 2025)
Kak Ida tolong bungkus masa dia makan tengahari.
Ni kali kedua makan (20 Ogos 2025)
Masa ni makan sekali dengan housemates di kedai dia. Diorang nampak aku makan sehari sebelum tu dan nak cuba juga.
Aku ambil 2 ketul ayam goreng pula kali ni.
Banyak juga lauk yang ada
Senarai harga lauk
kawan-kawan aku. Diorang ambil peria goreng. Aku rasa sikit, sedap!
-- Padahal esok tu balik Penang sekejap, tapi tak makan pun nasi kandar di sana.
Kali ketiga makan (8 Sept 2025)
Masa ni baru balik dari Jepun, rasa craving nak makan nasi kandar pula.
Sanggup meredah hujan lebat (KK sekarang setiap petang akan hujan sampai ke malam)
Macam biasa akan ambil nasi, ayam goreng & telur masin.
Nak makan peria goreng tapi dah habis pula haritu. Jadi, ambil bendi saja. Tapi dapat 1 je bendi.
Setakat ni masih belum jemu lagi untuk makan di sini. Kalau ada masa dan teringin nak makan nasi kandar lagi, mesti aku akan ke sini.