Borenos Fried Chicken

 

Salam.

Dah lama tak makan Borenos Fried Chicken. Rasanya dah beberapa bulan tak makan.

Borenos Fried Chicken ni fast food macam KFC, Mcd juga tapi hanya ada di Sabah.

Ada beza ke Borenos Fried Chicken dengan fast food yang lain?

Bagi aku lebih kurang sama je. Ikut mood nak makan fast food mana time tu.

Baru-baru ni hampir setiap minggu aku makan Mcd, jadi minggu ni rasa nak makan Borenos Fried Chicken pula.



Oopss...

Memang setiap minggu aku makan fast food sejak 2 menjak ni.

Bila lah nak diet balik. haha.

Ni kalau check cholesterol level, terutamanya LDL, confirm la tinggi. huhu


Takpe, mulai next week aku berazam untuk tak makan fast food lagi. haha




Aku beli a la carte 5 ketul ayam. Lepas tolak voucher foodpanda RM10, tinggal kena bayar dalam RM16+ je. Kira berbaloi sangat lah.



5 ketul ayam Borenos Fried Chicken.


Tapi aku tak makan semua sekaligus, makan dalam 3 ketul je..




Makan Borenos Fried Chicken sambil layan drama korea Cafe Minamdang.




You Might Also Like

0 comments