Pengalaman berbuka puasa di dalam flight

 

Salam.



Alhamdulillah, dah selamat sampai ke kampung halaman - Penang untuk cuti raya.

Tahun ni aku memang nak pilih untuk slot balik raya pertama - sebelum raya.

Dah lama aku tak balik kampung sebelum raya.

Biasanya aku balik bila dah raya. Sama ada hari raya pertama (malam) atau hari raya kedua.



Dan untuk kali ni aku cuti lama sikit, sebab dah beberapa tahun balik raya sekejap sangat kan.

Jadi kali nak berbuka puasa dengan keluarga dan nak ke bazar ramadan juga.

Tak sama bazar ramadan di Sabah dengan Semenanjung.


Masa nak apply warrant ticket, company yang incharge tak call pon sebelum book flight ticket. Biasanya & sepatutnya mereka kena call dulu sebelum terus book. Sebab dalam borang warrant ticket sekarang dah tak ada ruang untuk isi timing. Ada untuk isi tarikh perjalanan sahaja.


Jadi, dalam 2 minggu juga la aku tunggu timing flight aku untuk balik ke Penang berjaya di tukar.

Flight asal balik dari KK awal pagi. Memang aku tak nak timing tu, sebab tak nak ambil cuti extra

Akhirnya setelah menunggu 2 minggu aku dapat tukar timing yang aku nak iaitu pada pukul 6 petang.


Aku naik flight MAS, jadi kena transit di KL dulu. Dari KK ke Penang takde direct MAS.




menunggu boarding




sunset - sebelum flight take off


Waktu berbuka puasa di KK adalah pada pukul 6.29 petang, jadi aku ingat sama juga la timing berbuka masa di dalam flight.

Rupa-rupanya lambat sikit. Mula-mula flight attendant buat pengumuman waktu berbuka puasa pada 7.01 petang. Tapi beberapa minit selepas tu, tukar pula ke pukul 7.02 petang. Kiranya hari ni puasa lebih 30 minit daripada biasa la.



makanan sampai awal, dalam 6.40pm macam tu



ada kurma juga

masa ni terasa masa sangat lama nak berlalu


Bila dah pukul 7.02 petang, aku pon pandang kiri kanan, tak ada yang berbuka lagi. Tapi lepas dah nampak seorang berbuka, yang lain pun ikut berbuka sekali.

7.03pm baru ada pengumuman selamat berbuka puasa daripada cabin crew.



Makanan berbuka puasa hari ialah ayam salted egg & nasi.

Alhamdulillah, kenyang juga la.


Tapi nanti sebelum naik flight ke KL, aku akan masuk ke MAS Golden Lounge dulu untuk makan & solat lagi.




Deco di MAS Golden Lounge 



Antara makanan yang aku makan

masa ni perut aku masih lapar lagi, macam tak kenyang makan makanan dalam flight tadi




salad & buah buahan pula


Alhamdulillah, kenyang. Sambil makan, sambil tengok drama China untuk menunggu waktu flight ke Penang pula.





You Might Also Like

0 comments