Salam.
Cerita Jakarta 2.0. Sebab ni kali kedua aku ke Jakarta. Kali pertama adalah pada tahun lepas, 2025.
-----
Flight aku dari KK ke KL adalah pada pukul 1 petang.
Jadi kami ke KKIA (Kota Kinabalu International Airport) pada pukul 11.30 pagi. Memang pergi ke airport lambat sikit sebab pagi tu masuk kerja dulu (nak jimat cuti rehat). Masa ni dah mintak tolong kawan untuk hantar ke airport, sebab kalau naik grab risau lambat je.
Proses nak check in tak lama (kami check in baggage terus ke Jakarta sebab waktu transit di KL pon tak lama), lepas tu kami masuk ke boarding area.
Sebelum ke boarding gate, kami singgah dulu makan di Travel Club Lounge KKIA untuk makan terlebih dahulu.
Kami Enrich Gold members (sejak tahun lepas, sebab gigih juga la aku kumpul elite points untuk naik status ke gold) jadi boleh masuk ke sana secara percuma setiap kali naik MAS (Malaysia Airlines).
Isi perut dulu sebelum boarding
Kami tak lama sangat di situ sebab kejap lagi flight dah nak berlepas. 30 minit sebelum departure time, kami pon ke boarding gate.
Makanan yang dimakan di atas flight KK-KL
Walaupun kenyang lagi, tapi makan je la kan. haha.
Hampir 3 jam kemudian, kami pon sampai di KLIA.
Turun je dari flight, kami terus pergi ke area International Departure pula.
Sebelum ke boarding gate, kami masuk ke Golden Lounge Regional pula.
Ni kali pertama aku masuk di sini, besar juga la tempat dia.
Di sini, kami makan sikit dan solat sekali.
antara makanan yang dimakan
Tak lama lepas tu, kami pun naik la flight MH 725 dari KL ke Jakarta. Perjalanan memakan masa selama
2 jam 10 minit sahaja (KK ke KL lagi lama).
makanan atas flight KL - Jakarta
steamed rice with dak bokkeum tang
sedap juga la.
selepas makan, macam sempat lelapkan mata sekejap dan sampai.
Welcome to Jakarta!







