Salam.
Entri berkenaan KL Trip 2022 lagi.
Kalau boleh, aku nak tulis semua entri berkaitan KL Trip ni. Sebab biasanya, aku cuma ada mood tulis 1-2 entri je, lepas tu ke laut. haha.
Mencuba %Arabica Coffee di Pavilion KL
Hajar cakap kalau ke Pavilion KL, boleh la cuba coffee ni. Tengah famous/viral sekarang.
Alang-alang ke Pavilion, aku pon cuba la coffee ni.
Masa mula-mula lalu kedai ni, aku tengok ramai sangat orang tengah beratur. Jadi aku cakap next time la try kalau datang sini lagi.
Tapi bila nak keluar Pavilion, nampak tak panjang sangat dah barisan, aku pon oklah, jom beratur.
Dalam 10 minit beratur, sampai la turn kami order coffee.
Tak banyak sangat pilihan yang ditawarkan.
Aku ambil Mocha Coffee. Ada nama lain, tapi aku lupa.
Harga 1 cup dalam RM20.
Bagi aku,
rasa dia biasa-biasa je. Starbucks lagi sedap kot. Zus Coffee pun lagi sedap aku rasa.
dan harga dia sangat pricey.
Ni first time aku cuba, dan maybe yang terakhir, kecuali ada yang belanja haha.
Dekat sini ada juga dijual merchandise %Arabica.
dan harga dia hanya mampu tengok je 😂
Bye!
Lama tak join giveaway. Aku ambil cuti 2 hari untuk balik Penang, ada la masa nak buka blog buat entri dan blogwalking. hehe
Target untuk tahun 2022,
ada aku tulis dalam entri ni sebelum ni. Tapi aku tulis balik sini. haha.
- Nak diet betul-betul, untuk dapatkan berat ideal (so far belum start lagi, sebab asyik jalan sana sini, makan itu ini). insyaAllah next week start.
- Nak travel luar negara, harap-harap Covid dah okay nanti.
- Nak daki Gunung Kinabalu, sampai ke puncak (awal bulan hari tu dah naik Mount K, tapi tak sampai puncak sebab cuaca tak mengizinkan, plan nak repeat lagi nanti).
Bye!
Salam.
Entri berkenaan KL Trip lagi.
Kena buat entri untuk dibaca pada masa akan datang, kenangan indah. hihi
Kalau tak baca lagi entri sebelum ni, boleh ke sini --> KL Trip Jan 2022
Hi Tea di Ritz Carlton Hotel, KL
Kami book slot untuk Hi Tea di Ritz Carlton Hotel, KL pada pukul 12 -2.30pm.
Kami terus tinggalkan kereta di JW Marriot Hotel alang-alang nak check in situ nanti kan. Hotel ni ada jalan bersambung di dalam, jadi kami ikut jalan dalam hotel je la.
Sampai je di J.W Marriot Hotel , terus ke reception untuk check in. Bilik kami dah available masa ni, tapi sebab nak Hi Tea dulu, jadi kami drop luggage je la di situ.
Hajar cakap bilik kami dapat upgrade dari standard room yang kami book, dan yang bestnye dapat connecting room yang kami minta. Alhamdulillah.
Kami bertiga sampai dulu, Eddy sampai lambat sikit. Dia gerak dari rumah kakak dia, naik grab.
Sampai je situ, macam biasa mestilah ambil gambar. Tapi sebelum tu, kami order dulu tea yang kami nak minum.
Aku lupa nak ambil gambar teh sebab excited sangat reunion kan. Gambar makanan tak banyak.
Gambar berempat je yang banyak,
Masa ni perut tak lapar sangat sebab dah makan berat - Nasi Lemak Wanjo pagi tu.
Jadi, ngam lah Hi Tea ni untuk alas perut sebelum dinner nanti.
Reunion- Kami berempat. Sorang dari Kelantan (balik for good 2 bulan lepas), sorang memang orang KL (dah balik for good lepas raya tahun lepas) dan 2 orang pula dari Sabah..
sempat lagi berhenti ambil gambar time nak jalan balik ke JW Marriot Hotel.
Kadang-kadang je melawa, kena la ambil gambar banyak sikit. haha.
Bye!
Salam.
Kami ke sana untuk reunion dengan Hajar (ex housemate aka bff) & Eddy.
Dah lebih 6 bulan tak jumpa Hajar sejak dia balik ke KL for good.
Eddy pula dalam sebulan lebih, dia pon dah balik Kelantan for good.
Geng kami (The Bimbos - ni nama group je tau, kami bukan bimbo haha)
cuma tinggal aku dengan Pini je la di KK, Sabah sekarang.
Kami ke KL hari jumaat (14 Jan 2022), flight dalam pukul 7 malam macam tu. Lepas kerja, Pini ke rumah aku park kereta dan kami naik grab utk ke KKIA (Kota Kinabalu International Airport). Jarak rumah aku ke airport tak sampai 10km pon, tapi sebab waktu balik kerja jadi agak 'jam' sikit. Dalam 20-30 minit baru sampai ke airport. Biasanya tak sampai 10 minit pon ke KKIA.
Sampai di Airport, terus ke kaunter untuk print boarding pass dan masuk ke boarding gate. Flight boarding lambat sikit, tapi gerak on time.
Sampai di KLIA dalam pukul 9.40 malam.
Kami naik grab je ke rumah Hajar di area Publika sana. Sampai je rumah Hajar, makan dulu. dah request dengan Hajar nak makan maggi goreng kedai mamak. haha.
Lepas makan, sembang-sembang kejap then terus tidur.
Penatnya tu, haha.
Esoknya, kami plan nak bangun lambat (tidur balik lepas Subuh). Ingatkan nak makan Nasi Lemak Wanjo di kedai dia, tapi sebab nak sleep in lagi, tapau je la.(husband Hajar yang tolong pegi tapau).
Bangun pagi tu, terus makan je. Sedap nasi lemak Wanjo ni. Kuah dia memang best, kat KK Sabah susah nak dapat.
Tu yang Hajar belikan kami nasi lemak, tau dah kami rindu makanan Semenanjung.
Lepas breakfast kami ke hotel untuk staycation.
Tapi sebelum check in, kami Hi-Tea dulu di Ritz Carlton Hotel.
Ni nanti aku cerita next entri. Kalau rajin buat haha.
Salam.
Cafe Haru ni antara coffee shop yang aku selalu singgah la.
Minggu ni je, dah 3 kali pergi haha. Kawan aku Atim, datang dari KL. Ni antara cafe kegemaran dia, jadi wajiblah singgah sini.
Dalam tak sampai seminggu, 2 kali kami singgah makan di Cafe Haru ni. Masa hari dia sampai dan sebelum balik.
Aku kalau ke coffee shop, suka minum iced coffee lagi daripada hot coffee.
Tapi sebab lukisan di hot coffee ni cantik, jadi aku pilih untuk minum hot coffee je. Hehe.
Cafe Haru ni sangatlah dekat dengan rumah aku, hari-hari lepak di sini pun takpe. Tapi duit lah habis macam tu je. haha
tteokbokki dan hotteok
Ni pula hot latte. Cantik lukisan dia, comel sangattt.
Makan time Atim baru sampai di KK.
Ni pula Hot Mocha. Comel juga lukisan dia.
Baru je makan tadi sebelum hantar Atim ke airport.
makan dengan tteokbokki lagi.
Sedap tteokbokki dia, memang antara menu yang wajib makan bila datang ke sini.
Ada lg menu lain sebenarnya, tapi ni juga lah favourite.
Ok, nanti nak lepak lagi Cafe Haru untuk study (kononnn).
Oh ya, di KK ada 2 branch Cafe Haru. 1 di area Lintas, 1 lagi di Hilltop Luyang.
Bye!
Salam.
Selamat Tahun Baru 2022 !
Tahun ni, azam yang sama juga macam tahun lepas..haha
Azam Tahun Baru 2022
-Nak diet & rajin bersenam, dapatkan ideal weight
-Tukar department, insyaAllah pertengahan tahun (next week kena hantar surat transfer dah)
-Nak further study, ambil master program insyaAllah
-Naik Mount Kinabalu, doakan..
-Travel at least 1 negara luar (kalau Covid dah okay, insyaAllah)
-Nak kahwin.. Kalau ada jodoh haha. setiap tahun ada azam ni. haha
-dan banyak lagi... hahaa
Semoga tahun ini lagi baik dari tahun sebelumnya..