Salam.
Kalau balik ke Penang dan nak makan bihun sup. aku akan beli di sini.
Kedai ni tak jauh dari rumah aku, dalam 10km je.
Biasa beli bungkus dan makan di rumah, sebab lagi selesa.
Twin Cafe Sup88, Simpang Ampat
Kedai makan ni dah banyak berubah daripada kali pertama aku ke sini sampai sekarang. Makin maju dan famous.
Packaging pon ada nama kedai sendiri, dan harga pun aku rasa dah naik.
Tapi tulah, harga makanan di kedai sekarang makin mahal. Nak murah, masak sendiri la kan. Haha.
Macam biasa, aku beli bihun sup ayam sebungkus untuk aku, dan akak aku beli nasi goreng ayam.
Total RM14.
banyak isi ayam dia. aku suka ayam macam ni kalau makan bihun sup, daripada isi ayam yang dicarik halus.
Kami singgah di sini selepas balik dari Balik Pulau, pergi makan di Eryna Cafe Curry Claypot.
Saja beli siap-siap walaupun perut masih kenyang, sebab bila dah sampai rumah nanti nak keluar tu malas dah. Dengan cuaca yang panas terik, baik duduk di rumah je.
Aku rasa KK tak ada lah sepanas di Penang (maybe aku yang tak rasa panas sangat di KK sebab duduk dalam bangunan hospital yang ada aircond je kot).
Twin Cafe Sup88
2B, Jalan, Taman Puteri Gunung, 14120 Simpang Ampat, Penang
Salam.
Ni kisah hari ni.
Makan di Eryna Cafe Curry Claypot, Balik Pulau
Aku, mak dan kakak aku makan di sini tengahari tadi.
Tak tau dah kali keberapa makan di sini, bulan 11 tahun lepas time aku balik Penang pon ada singgah makan di sini.
Sanggup drive pergi ke Balik Pulau untuk cari kari ikan ni.
Sedap kari ikan dia, lain daripada yang lain.
Dekat blog lama aku, aku ada buat entri pasal kedai makan ni juga, tapi tu lah blog dah hilang.
Kami sampai dalam 11 pagi lebih, orang tak berapa ramai sangat. Maybe sebab hari Jumaat kot.
Biasanya beratur juga la time nak order kari ni.
Macam biasa, kami akan pilih bahagian isi ikan (ikan jenahak kalau tak salah aku) sorang seketul.
Ada lauk lain juga selain kari ikan, macam ayam goreng, ikan goreng, sambal sotong, sambal udang dan sayur-sayuran.
aku biasanya akan ambil seketul ayam goreng. Kuah sambal sikit. Cukup dah.
Lepas tu makan dengan semangkuk kari ikan. Sedap kuah dia, memang kena dengan tekak aku.
Sebelum balik, tapau 3 ketul ikan lagi (ada bahagian ekor dan isi) untuk ayah dan adik aku.
Biasa memang kami bertiga je pergi makan sini sebab ayah dan adik aku kerja. Memang akan bawak balik kari ikan ni untuk mereka berdua makan malam nanti.
Kalau korang ke Penang, boleh la singgah makan kari ikan di sini.
Recommended!
Eryna Cafe Curry Claypot,
Jalan Kuala Sungai Pinang, 11000 Balik Pulau, Penang.
Bye!
Salam.
Salah satu tempat yang kami nak pergi dalam trip ni adalah CU Mart.
Aku rasa KL Trip kali ni lebih kepada makan je. haha.
Berat aku naik dalam 3kg dalam masa 3 hari di KL. Huwaa.
Lepas tu balik KK kejap, oncall dan postcall kemudian aku fly balik Penang pula.
Memang bertambah-tambah la berat aku lepas ni.
Tapi takpe, insyaAllah next week akan start 'diet' semula. Harap-harap kuat.
CU Mart ni dekat Penang pon ada ada, dan aku memang plan nak pergi pun time balik Penang kali ni.
Tapi alang-alang dekat KL, singgah je la dulu kan.
Kami berempat pergi naik grab je ke CU Mart ni. Jarak dari JW Marriot Hotel ke sini dalam 1KM.
Hajar cakap baik naik grab, sebab kalau naik kereta nanti kena hadap 'jam' dan susah nak cari parking pula.
Jadi naik grab la kami ke situ.
Masuk je CU Mart, terus ke kaunter dia dulu untuk order corndog, tteokbokki, dan lain-lain.
Kat sini je kami spend RM70+.
Dah siap order, tengok lagi barang dalam CU Mart tu, dan kami bayar RM70+ lagi. Ok la kan, untuk 4 orang.
Bukan selalu nak makan banyak macam ni kan.
Ingatkan nak makan di kedai je, tapi meja penuh pula. Jadi balik makan di bilik hotel je la.
Ni la hasil tangkapan kami di CU Mart malam tu. haha.
Bye!
Salam.
Entri berkenaan KL Trip 2022 lagi.
Kalau boleh, aku nak tulis semua entri berkaitan KL Trip ni. Sebab biasanya, aku cuma ada mood tulis 1-2 entri je, lepas tu ke laut. haha.
Mencuba %Arabica Coffee di Pavilion KL
Hajar cakap kalau ke Pavilion KL, boleh la cuba coffee ni. Tengah famous/viral sekarang.
Alang-alang ke Pavilion, aku pon cuba la coffee ni.
Masa mula-mula lalu kedai ni, aku tengok ramai sangat orang tengah beratur. Jadi aku cakap next time la try kalau datang sini lagi.
Tapi bila nak keluar Pavilion, nampak tak panjang sangat dah barisan, aku pon oklah, jom beratur.
Dalam 10 minit beratur, sampai la turn kami order coffee.
Tak banyak sangat pilihan yang ditawarkan.
Aku ambil Mocha Coffee. Ada nama lain, tapi aku lupa.
Harga 1 cup dalam RM20.
Bagi aku,
rasa dia biasa-biasa je. Starbucks lagi sedap kot. Zus Coffee pun lagi sedap aku rasa.
dan harga dia sangat pricey.
Ni first time aku cuba, dan maybe yang terakhir, kecuali ada yang belanja haha.
Dekat sini ada juga dijual merchandise %Arabica.
dan harga dia hanya mampu tengok je 😂
Bye!
Lama tak join giveaway. Aku ambil cuti 2 hari untuk balik Penang, ada la masa nak buka blog buat entri dan blogwalking. hehe
Target untuk tahun 2022,
ada aku tulis dalam entri ni sebelum ni. Tapi aku tulis balik sini. haha.
- Nak diet betul-betul, untuk dapatkan berat ideal (so far belum start lagi, sebab asyik jalan sana sini, makan itu ini). insyaAllah next week start.
- Nak travel luar negara, harap-harap Covid dah okay nanti.
- Nak daki Gunung Kinabalu, sampai ke puncak (awal bulan hari tu dah naik Mount K, tapi tak sampai puncak sebab cuaca tak mengizinkan, plan nak repeat lagi nanti).
Bye!