Salam.
Ni menu berbuka 2 minggu lepas, ketika aku balik sekejap bercuti di Penang.
Ni antara makanan yang ada untuk berbuka hari tu.
Selain nasi arab, aku beli mee tarik dan tooth pick lamb di Mee Tarik Warisan Asli.
Bila balik sekejap ni, rasa macam nak makan je semua benda. Tu yang time berbuka meriah betul makanan. Tapi tak dapat habiskan semuanya serentak. Simpan untuk sahur atau makan ketika berbuka pada esoknya.
Nasi Arab Lamb Shank + Ayam
Hari ni plan nak makan nasi arab yang sama juga.
Tapi ambil 2 set.
1 set ni boleh makan 2-3 orang. Hari tu mak dan adik aku yang makan set nasi arab ni. Aku cuma merasa sedikit je, sebab nampak sedap.
Hari ni kena beli 2 set, untuk 4 orang makan pula (aku, mak, adik dan kakak aku).
Ayah aku tak makan nasi arab, jadi dia makan nasi putih dan lauk gulai udang baki semalam.
Oh ya, untuk moreh pon aku dah siap fikir nak makan ape.
Aku scroll foodpanda, aku satu kedai makan yang jual bihun sup utara dan macam-macam lagi.
Aku dah pre-order foodpanda. Order 3 bungkus sup ayam dan 1 bungkus nasi goreng ayam. Order diam-diam je, nanti dah sampai baru bagitau mak.
Mak aku bising kalau beli makanan banyak, takut nanti tak habis.
Tapi jangan risau, ada aku dan adik aku yang makan agak banyak. haha
Nasi arab tu beli di kedai makan berdekatan dengan rumah je.
Nama kedai tu Yahya Western Food. Selain nasi arab, ada juga makanan western yang lain. Tapi belum pernah cuba lagi.
Ok, untuk besok pon dah ada list makanan yang nak dimakan. Harap-harap time raya nanti kedai makan buka awal. Banyak lagi dalam list makanan yang nak dimakan.
Nasi kandar dah makan semalam, tapi tak berapa kena dengan tekak.
Roti sosej auntie anne pon dah makan semalam.
Ape lagi ya?
Salam.
Tahun ni aku berkesempatan untuk berbuka puasa untuk di Buffet Ramadhan sebanyak 3 kali sahaja.
Di 3 hotel yang berbeza. 1 hotel je yang kitorang dah plan dari awal, yang lagi 2 tu ad hoc je.
Hyatt Hotel, KK (9 April 2022)
Ni Buffet Ramadhan yang pertama untuk tahun 2022. Aku makan di sini bersama Pini dan kawan-kawan dia.
Hari tu birthday Pini, dan kami staycation di Hotel Luma. Malam nya Pini cadangkan untuk makan Buffet Ramadhan di Hyatt Hotel.
Sempat ambil gambar makanan yang nak dimakan je.
RM168 seorang.
Shangri-la Hotel Rasa Ria Tuaran (21 April 2022)
Jarak hotel ni dari KK agak jauh, lebih kurang 45min hingga 1 jam juga. Dan kalau salah timing, boleh stuck dalam jem sampai 2-3 jam juga.
Kami memang dah plan untuk bergerak awal ke sini hari tu.
Alhamdulillah, tak sangkut dalam jem dan kami sampai agak awal.
Ada la masa nak snap gambar sikit. Lepas nampak makanan, terus lupa nak snap gambar lain. haha.
Ada banyak juga pilihan makanan, rambang mata nak pilih. Dan yang bestnye, makanan dia sedap..
RM88 seorang (beli voucher early bird, weekday)
Shangri-la Hotel Tg Aru, KK (25 April 2022)
Plan untuk makan di sini dengan staff ICL. Mulanya nak makan minggu sebelum tu, tapi ada hal yang tak dapat dielakkan. Jadi, kami ke sini isnin baru-baru ni. Hari ni je yang aku free sebelum balik ke Penang nanti. Hari selasa oncall, hari rabu ada plan makan lagi.
Aku dan kawan aku sampai sini lambat. Ingatkan time kami sampai tu, orang tengok makan, dan tak ramai yang nak mengambil makanan.
Tapi... Ramai betul orang yang beratur dan makanan pon lambat kena topup semula. Agak mengecewakan bagi aku.
Buffet Ramadhan yang paling aku tak suka antara ketiga-tiga hotel ni.
macam biasa, gambar kena ada.
RM99 seorang.
Antara semua, yang paling best mesti lah Shangri-la Hotel Rasa Ria Tuaran.
Next year kalau masih dekat Sabah, aku akan ke sini lagi insyaAllah.
Salam.
Hari tu tiba-tiba teringin nak makan sundubu jjigae. Sebab dah scroll grabfood/ foodpanda tak ada makanan yang terasa nak dimakan.
Terus terfikir nak buat sundubu jjigae sendiri. Pernah nampak di ig ada beberapa orang pernah share resipi, so aku buka balik video tu dan tengok.
Barang dah ada semua, cuma perlu keluarkan daripada peti sejuk je. Dan tak banyak barang pun nak kena guna sebenarnya.
dan satu lagi sebab aku nak rasmikan periuk baru yang aku dapat masa exchange gift hari tu daripada kawan aku Ruru. Semangat sikit nak masak guna periuk baru.
Bahan- bahan yang diperlukan untuk sundubu jjigae ni:
- Kimchi (aku guna stir fried kimchi yang dibeli di Marimogo, dah cukup rasa)
-Tauhu Lembut
-Gochujang
-Isi Ayam (aku takde daging, jadi guna 1 keping dada ayam )
-Minyak Bijan
-Bawang holland (aku guna 1 biji, kalau ikut resipi separuh je)
-Daun bawang
-Cili padi (nak bagi pedas, baru sedap)
-Telur (tak ada dalam gambar)
Cara masak sundubu jjigae:
Masukkan semua bahan kecuali tauhu lembut (bawang holland, cili padi, daun bawang, ayam, kimchi, gochujang, minyak bijan) ke dalam periuk dan masukkan air.
Tunggu sampai mendidih dan masukkan tauhu lembut, akhir sekali masukkan telur.
Siap!
Hasilnyaa..
aku masak setengah jam sebelum berbuka, boleh makan time panas-panas nanti.
Makan dengan nasi biasa je (aku guna parboiled rice). Lain kali nak kena beli bekas nasi korea yang stainless steel tu juga la.
Baru feeling makan dekat kedai korea. hehe
p/s: Tak sabar nak balik kampung hari ni.
Salam.
Akhirnya dapat juga jejakkan kaki ke Bazar Ramadhan tahun ni.
Selepas beberapa tahun, dapat juga pergi.
Aku pergi di Bazar Ramadhan berdekatan dengan rumah aku je.
Rasanya macam dah tak banyak gerai yang ada. Tapi aku rambang mata juga la, macam nak beli je semua makanan.
Nasib baik dapat kawal nafsu makan, ambil yang mana betul-betul akan dimakan je.
oh ya, ni cerita minggu lepas masa aku balik Penang baru-baru ni, , baru sempat nak tulis entri haha.
Jom tengok makanan apa yang di Bazar Ramadhan Alma.
Nasi lauk campur.
Aku beli sambal ikan keli, dah lama tak makan.
Ayam masak merah. Lauk ni favourite ayah aku, setiap kali bulan puasa mesti akan ke sini untuk beli.
Salah satu tujuan aku balik ke Penang sebab nak makan ayam masak merah ni juga la.
Ada sate ayam & daging.
Aku beli 10 cucuk sate ayam, 10 cucuk sate daging
kuih muih, mak aku yang beli. Ada tepung bungkus etc
Nasi Kandar. Aku tengok je, sebab nak beli esok dekat kedai nasi kandar kegemaran aku.
Kami pergi ke bazar dalam pukul 4 petang, orang tak ramai sangat lagi.
malas nak bersesak.
Popia goreng.
Sedap popia dia, sangat rangup.
Gerai pasembur.
Cucur udang
Beli 2 biji cucur udang, yang lain-lain beli tauhu goreng, sosej goreng, telur goreng.
Tak boleh beli banyak, takut nanti tak habis.
Salam.
Ni cerita bulan lepas, masa kawan aku (ex-housemate) Hajar dari KL datang jalan-jalan di KK, Sabah.
Saja nak jumpa aku dan Pini katanya dan lama jugak tak ke Sabah.
Dia siap buat list makanan untuk dimakan di KK ni haha.
Siangnya dah penat dia berjalan, makan dan minum ditemani Pini (aku di Kudat masa ni, jalan -jalan dengan kawan aku Inah).
Jadi malam nya pula kami janji untuk makan seafood sama-sama di Todak Waterfront.
Dulu masa dia kat sini, hampir setiap bulan kami datang makan seafood di sini, tak pon di Pasar Filipina. Tapi sejak Covid-19 melanda, memang dah tak ke sini. Kedai seafood pon tak dibuka masa tu.
Kiranya ni dah 2 tahun lebih baru jejak semula makan seafood di sini.
Biasanya aku makan di Gerai Nadirasa. Ada banyak pilihan gerai yang boleh dipilih tapi ni lah kedai maka yang aku selalu singgah. Selalu aku buat entri berkenaan gerai ni, tapi dekat blog lama lah. Maksudnya, entri-entri tu semua dah tak ada 😔
Gerai Nadirasa, Todak Waterfront
Kami pilih 3 jenis lauk je, konon nya takut tak habis. Hajar dan Pini masih lagi kekenyangan dengan food trip diorang. Aku pula tak lapar dan tak kenyang sangat masa ni.
Ikan siakap bakar, ketam sambal ke (lupa dah haha), dengan sotong goreng tepung
Salam.
Lama tak update blog. Agak busy bulan ni.
Hari ni dapat lah online kejap, aku sengaja ambil cuti untuk berehat. Esok akan balik ke Penang selama beberapa hari - nak ke Bazar Ramadhan haha.
Sejak aku kerja di Sabah dari tahun 2014, rasanya aku dah tak pernah ke Bazar Ramadhan di Semenanjung lagi.
Iya la, masa awal-awal di Sabah kan zaman HOship (housemanship), zaman yang ko tak kisah pun ko dapat balik beraya ke tidak. Asalkan ko boleh tamatkan HOship dengan jayanya.
Lepas habis HOship, bermula pula zaman MOship sampai lah sekarang. Jarang ambil cuti time bulan puasa, biasanya ambil cuti nak dekat raya ataupun balik beberapa hari selepas raya.
Jadi, tak dapatlah ke Bazar Ramadhan di Semenanjung. Di KK, Sabah ada je Bazar Ramadhan, cuma memang lain la daripada di Semenanjung. Banyak makanan dan kuih muih yang best tak ada. Kebanyakan gerai Bazar Ramadhan di KK menjual sayap ayam. Yang lain, makanan biasa saja.
Susah nak jumpa kuih muih macam di semenanjung ni.
Itu yang tahun ni plan nya, nak balik cuti sekejap di Penang pada bulan Ramadhan, antara sebab nya adalah untuk ke Bazar Ramadhan haha.
Selain tu, mesti lah nak jumpa family tersayang, dah lama tak balik ke Penang. Dah hampir 4 bulan tak balik berjumpa keluarga.
Ingatkan nak tunggu raya je, tapi hari tu aku ada beli AirAsia Super App yang berharga RM639 kan, jadinya dapat lah tiket murah return KK - Penang - KK yang berharga RM 46 sahaja.
Nak bagi lagi berbaloi beli AirAsia Super App tu, kena lah kerap beli tiket kan.
Next month akan ke Kuching pula. Tak pernah lagi jejakkan kaki ke Sarawak. Harap-harap tak ada halangan untuk ke sana nanti.
Plan nak ke Sarawak dari tahun 2020 lagi, tapi tak dapat pergi sebab Covid-19. Nasib baik dapat convert jadi Air Asia credit points. Boleh guna untuk beli tiket lain pula.
Eh, tiba-tiba banyak pula cerita pasal Air Asia ya. haha.
Ok la, itu saja update kali ni, Nak blogwalking ke blog korang jap.
gambar takde kaitan haha
Selamat berpuasa semua !