Salam.
Malam tadi lepas berbuka aku ternampak coffee shop ni di Grabfood.
Tiba-tiba rasa nak minum kopi pula.
Nampak kopi vietnam Kee Nguyen, terus rasa nak cuba.
Teringat kopi vietnam yang biasa minum di Peppermint.
Aku dengan akak aku order 2 jenis kopi.
Latte & Yogurt coffee.
Lepas berbuka, sampai la grabfood ni di rumah.
Aku agak kecewa juga la dengan packaging dia, dia bungkus dalam plastik je. Lepas tu tak ada label pula yang mana satu.
Macam kopi beli di kedai mamak je aku rasa.
Sebab dah kecewa dengan packaging dia, aku dah low expectation la dengan rasa kopi ni.
Aku expect dapat dalam plastic cup. Biasanya kan macam tu.
Harga dia lebih kurang Zus Coffee tapi packaging hmm.
Aku semestinya suka Zus Cofffee lagi.
Ini la 2 jenis kopi yang aku order.
Rasanya yang sebelah kiri tu latte, kanan tu yogurt coffee.
Yogurt Coffee
Hmm, agak pelik rasa dia. Tak kena dengan tekak aku.
Latte
Tak sempat pula nak cuba ni. Akak aku cakap boleh tahan la rasa dia.
Overall aku rasa kopi ni dari segi packaging dia aku kurang suka & flavour kopi yang aku pilih pula tak kena.
Maybe next time nak cuba lagi, tapi pergi beli di kedai la kot. Aku tak berapa suka packaging dia yang macam ni.
Or maybe kena beli saiz besar la kot. Maybe..
Korang dah pernah cuba ke kopi ni?
p/s: esok raya!
Salam.
Macam dah lama nak cuba makan Happy Potato ni, tapi 2 hari lepas (18 April 2023) baru dapat makan.
Petang tu ada jamuan raya di jabatan aku. Masa berbuka tu tak banyak sangat makan (konon nak jaga portion kan). Lepas tu tak kenyang pula.
Disebabkan aku oncall (passive) pada malam tu, jadi rasa nak minum air yang manis & makan snacks.
Kawan aku bagi suggestion untuk cuba Happy Potato, ok la menarik juga. Hari tu ke Imago, nampak kiosk Happy Potato ni, nak beli masa tu tapi kenyang pula masa tu so tak jadi beli.
Chatto Coffee pula aku yang teringin nak cuba, sebab nampak ada nurse beli hari tu. Bila puasa kan, semuanya pon nampak sedap, haha
Aku order di grab je Chatto Coffee & Happy Potato ni. Lepas isyak, sampai la makanan tu di ward aku. Boleh la anggap moreh kan.
Chatto Coffee
Caramel Macchiato
sedap kopi dia, tapi manis sangat. Aku tak kacau habis pun syrup di bawah tu.
Triple Chocolate Milk
ni kawan aku punya. Aku rasa sikit, sedap juga. memang kaw chocolate dia.
Happy Potato
aku order 3 jenis snacks
Nugget (Hot & spicy), Fries & chicken pop (cheezy mayo)
sedap! boleh repeat lagi next time.
Salam.
Alhamdulillah, dah selamat sampai di Penang semalam.
Kali ni dari KK ke Penang aku naik Firefly pula. Rasanya macam kali pertama naik Firefly setakat ni.
Biasanya aku naik flight Air Asia je, tapi sejak route KK-Penang direct dah tak ada sejak bulan 3 baru- baru ni (kalau tak salah aku), terpaksa lah naik Firefly pula.
Sebab nak transit di KL selama beberapa jam memang sangat memenatkan. Pernah dah cuba bulan 3 yang lepas. Fuhh, tak tahan dengan penat & bosan tu.
Itu yang kali ni masa apply warrant ticket, aku dah remarks dekat situ untuk direct flight je.
Rasa macam tak sanggup transit di KLIA2 pula, sebab fikirkan nak naik turun flight 2 kali, dan paling penat ketika nak tunggu boarding tu. Kalau flight tu delay, haa tunggu je la lama lagi kat situ.
Kalau ada kawan ok juga kot, tapi sebab sorang-sorang kan, memang la terasa bosan yang sangat ketara.
Boleh je nak tengok Netflix sementara menunggu tu, tapi macam kena sentiasa alert la dengan keadaan sekeliling. Mana tau tiba-tiba dah boarding, aku pula duk busy layan drama sampai tak perasan haha.
Yang tak bestnye flight aku kali ni, aku tak boleh check in online. Banyak kali dah cuba nak check in online di apps MAS, tapi tak dapat. Lepas tu aku nak cuba check in di Firefly apps juga, tapi sama. Masih tak dapat juga..
Akhirnya aku buat keputusan untuk ke KKIA (KK Airport) awal sikit la, untuk check in di kaunter sana je.
MasyaAllah, ramai betul orang semalam. Aku beratur nak dekat 1 jam lebih juga la. Kaunter yang dibuka pon sikit. Aku memang cuak sangat dah masa tu, sebab tak check in lagi kan. Masa aku check in di kaunter & drop luggage, sebenarnya dah kurang 45 minit sebelum flight departure time. Nasib baik tak ada masalah dan aku tengok ramai lagi orang beratur belakang aku.
Dah siap check in, aku terus masuk ke departure area dan tunggu untuk boarding.
Boarding pula macam tak berapa sistematik aku rasa. Tapi biasa la, aku rasa ni tak ada masalah sangat.
dan biasanya akan dapat makanan kalau warrant ticket ni.
Aku dapat nasi lemak + mineral water.
kalau naik Airasia, akan dapat makanan & juga government box tu (ada snacks, drink).
So, bagi aku, aku rasa aku lagi prefer AirAsia flight berbanding dengan Firefly.
Sedih betul, kenapa la route KK - Penang direct dah tak ada sekarang. huhu
Nampaknya, jarang-jarang la balik Penang lepas ni, kecuali sanggup transit.
Salam.
Syu join ya. Harap sempat lagi. Sibuk betul sekarang ni.
"Saya suka tengok Uyum kerana Uyum budak yang sangat baik, selalu teman Nina ke mana-mana saja. Lepas tu suka tengok gelagat Uyum yang comel.''
Tamat 14 April 2023
Salam.
Minggu ni aku staycation di Hyatt Centric Hotel, Kota Kinabalu sempena birthday kawan baik aku, Pini.
Memang setiap kali birthday kami, kami akan staycation sama sama.
Birthday aku tahun lepas, kami stay di Monocolo Boutique Hotel.
Kali ni kami pilih untuk stay di Hyatt Centric Hotel, KK sebab hotel ni baru lagi. Kalau tak salah aku, baru buka tahun lepas.
Hotel ni sangat strategik, sebab hotel di tengah bandar KK. Boleh jalan kaki ke untuk ke Gaya Street, Suria Sabah Mall pun dekat sangat. Betul-betul berdepan dengan hotel ni je.
Selain tu, ada Jesselton Mall juga berdekatan sini. Jesselton Mall sebelah Suria Sabah Mall aje. Memang dekat sangat.
Hotel ni Pini book guna World Hyatt apps, dapat lah dalam RM337 termasuk tax. (Termasuk dengan breakfast sekali, tapi sebab bulan puasa kan, boleh tukar kepada sahur).
Sahur dia harga RM55 untuk seorang. Makanan yang disediakan adalah nasi briyani dengan 4 pilihan lauk dan juga dessert, kurma dan jus/ kopi.
Hyatt Centric Hotel Lobby
Bilik di Hyatt Centric Hotel, Kota Kinabalu
katil King
view dari balcony
ada maggi, biskut. Tapi ni kena beli la. ada harga di situ.
shower room. Sangat besar dan bersih.
Nutty Pistachio Cake. Sedap sangat!
Sahur di Hyatt Centric Hotel, Kota Kinabalu
Aku pilih set nasi briyani + ayam goreng berempah, Pini pula pilih set nasi briyani + daging masak kurma. Sahur dihantar dari 2-4.30am. Sahur kami sampai dalam pukul 3.30am. Awal juga la, tapi ada banyak masa untuk makan juga sebab portion dia besar.
sahur dia hantar dalam bekas tiffin. sangat unik.
makanan dia sedap juga.
So, next time maybe boleh stay sini lagi.
Happy Birthday Pini!
Salam.
Dah lama tak update blog. Nak dekat 2 minggu juga la. Memang agak busy kebelakangan ni, pastu bila ada masa pula, mood nak update blog tu tak ada.
Banyak nak update sebenarnya. Trip ke Bali haritu pon tak update lagi. Ni dah nak masuk trip lain pula bulan depan nanti ni.
harap-harap rajin la update blog nanti.
Ni last day lunch. Makan Nasi Ayam Penyet.
Alhamdulillah, kenyang.
Besok pula akan start puasa.
Tahun ni berazam nak diet betul-betul masa bulan puasa. Harap-harap kuat lah.
Dah siap book Buffet Ramadhan awal-awal lagi sebab nak dapatkan harga early bird.
Tak banyak, 2 buffet je. hehe.
Korang pula?
Salam Ramadhan semua..






















