Salam.
Minggu lepas merupakan kali kedua aku kena jangkitan Covid-19.
Kali pertama pada tahun lepas, 21 Nov 2022. Aku antara orang yang paling lambat kena masa ni. Hampir semua orang dah kena, aku baru kena. sedih juga la masa ni.
Kali kedua kena Covid-19
Hari isnin petang (4/12/23) tiba-tiba aku start batuk. Tapi aku rasa macam normal je untuk aku sebab seminggu yang lepas aku baru je baik batuk chronic yang agak teruk selama sebulan, siap buat CXR lagi tapi Alhamdulillah, dah okay lepas aku ambil antibiotics.
Isnin malam pula aku dah start rasa macam tak sedap badan, demam. Bangun hari selasa tu aku pergi kerja macam biasa, tapi masa ni memang rasa tak sedap badan macam demam tu, dah memang ready pakai sweater (sebab kena pergi auditorium sebab ada kursus hari tu). Tapi masa dalam kursus tu tak dapat focus, sebab dah pening kepala. Waktu rehat tu aku balik jabatan aku kejap lepas tu aku cuba untuk rehat kejap. Bila bangun tu rasa macam tak boleh tahan dah, macam kena MC juga hari tu.
Tapi sebab kes Covid-19 banyak kan sekarang, aku pon mintak Pini tolong check Covid-19 (nasal swab), dan negatif. Oh ya hari isnin tu pun aku ada check Covid-19 juga, dan ianya negatif.
Jadi aku pon ke staff clinic dan dapatkan MC. Aku dapat MC selama 2 hari sampai hari rabu. Balik rumah je, aku terus makan ubat (PCM, batuk, selesema) dan tidur. Bangun sekejap untuk makan dan solat je. Tapi memang rasa badan sangat-sangat lah penat.
Sambung tidur lagi lepas tu, tapi asyik terjaga sebab terbatuk dan sakit-sakit badan, demam panas. Memang tak dapat tidur sangat pun.
Hari rabu aku sambung tidur lagi, sebab badan masih letih. Tapi tak suspek Covid-19 lagi, sebab dah 2 kali check kan, tapi negatif. Rabu petang tu baru la rasa macam okay sikit, demam dah kurang, batuk masih ada tapi makin bagus.
Hari khamis aku pergi kerja macam biasa, sebab aku oncall (sepatutnya oncall hari rabu, tapi sebab MC jadi tukar dengan kawan oncall hari khamis). Masa ni rasa macam nak demam lagi, batuk pon masih ada. Tapi sebab ambil ubat sentiasa kan, jadi badan macam boleh tahan lagi.
Lepas tu aku terfikir untuk check Covid-19 lagi, sebab bila fikir balik macam symptoms Covid-19 hari tu je, tapi tak seteruk hari tu. Sepanjang kerja hari khamis tu memang aku tak bergaul sangat dengan orang, memang menjarakkan diri sebab tak sihat kan.
Tengok-tengok positif pula ujian Covid-19 kali ni. Tapi sebab aku check time nak balik kerja dah, jadi tak affect sangat la kerja aku. Aku sambung passive oncall di rumah je malam tu.
Lepas tu isi details di apps Mysejahtera. Kena HSO dari 7-11/12/2023 (5 hari).
Memang rehat je la sepanjang di rumah sebab masih tak sembuh sepenuhnya lagi. Bila bagitau parents aku, mereka risau pula. Makin banyak kan case Covid-19 sekarang. Rakan sekerja aku pon ramai yang kena. Jadi berhati-hati lah semua yaa.
Alhamdulillah, hari selasa dah balik kerja, dan makin sembuh. Cuma batuk ni je susah nak hilang sepenuhnya.
Salam.
Ni cerita 2 bulan lepas. Baru nak update dekat blog.
Aku dan 2 orang kawan (Pini & Sarah) ke Kuala Penyu pada hari ahad 29 Okt 2023.
Dah lama tak buat roadtrip dalam Sabah. Aim nak ke Pantai Batu Luang je.
Sebenarnya nak ke sana dari bulan 8, tapi masa tu aku tak sihat pula, jadi cancel la plan ke sana.
Lepas tu masing-masing busy pula. Ahad masa tu la kami sama-sama free, dapat la ke sana akhirnya.
Kami bergerak dari KK dalam pukul 10am macam tu. Memang sengaja gerak lambat, sebab tak ada plan nak ke mana-mana selain ke Pantai Batu Luang.
Sebelum tu, kami singgah makan nasi campur di Pok Loh Ikan Bakar di Putatan dulu.
Pok Loh Ikan Bakar
Dah lama tak makan di sini, banyak juga pilihan lauk pauk dia.
Aku pilih untuk makan nasi putih + kari kaki ayam + telur dadar dan ikan pari bakar.
Boleh tahan harga dia, RM17 semuanya. Air aku minum air kosong je. Ikan pari bakar tu harga dia RM10, aku rasa ok la harga dia.
Dah kenyang, kami memulakan perjalanan ke Kuala Penyu. Perjalanan dari KK ke Kuala Penyu dalam 1 jam 45 minit ikut maps, tapi kalau ikutkan keadaan jalan yang tak berapa okay sangat selepas dari Papar, dalam 2 jam juga la perjalanan ke sana.
Kami singgah di Pekan Kuala Penyu dulu untuk jalan-jalan situ. Kemudian, kami cari toilet dan solat.
Nak tengok sunset di Pantai Batu Luang, macam awal juga la. Jadi kami singgah makan dulu di kedai di Kuala Penyu.
Makan di Pekan Kuala Penyu
Ada banyak kedai makan hipster juga dekat area situ. Kami berhenti situ sebab nak ke coffee shop sebenarnya. Tapi nampak ada banyak pula kedai makanan.
Ada Kopi Cafe, Moroso, Golden Box dan Uncle Bob.
Kami makan Hawaiian Pizza beli di Moroso Pizza, dan chicken popcorn beli di Golden Box.
Hawaiian Pizza
Sambil minum air kelapa sejuk, memang best sangat.
Cuaca macam biasa, agak panas. Tapi boleh tahan juga.
Selepas makan, kami pusing-pusing lagi sekitar situ. Kami singgah di Pantai Tempurung dan juga Tempurung Seaside Lodge sambil tunggu waktu sunset untuk pergi semula ke Pantai Batu Luang tu.
Pantai Tempurung
Tempurung Seaside Lodge
Di Pantai Batu Luang tak ada tempat untuk menunggu, jadi kami ke tempat lain terlebih dahulu. Alang-alang dah sampai sana.
Pantai Batu Luang
Nak turun ke bawah, kena guna tangga.
Ni gambar awal yang kami ambil, masa ni panas lagi.
Kami ke sana lagi sekali masa sunset.
memang sangat cantik view masa sunset di sini.
Dah habis tengok sunset, kami singgah solat dulu dan balik ke KK.
daytrip yang sangat santai dan best!
Salam.
Hari ni scroll di Tiktok, ternampak minuman baru dari Chagee. Sejak dua menjak ni suka pula minum milk tea Chagee selepas mencubanya kali pertama beberapa bulan yang lepas.
Nampak macam menarik Osmanthus Long Jing Milk Tea ni.
Jadi tadi aku pon order lah. Aku order delivery je, nak pick up malas pula.
Kena la bayar delivery fee nak dekat RM7 juga. Tapi takpelah, bukannya selalu order juga haha.
Next time order dekat foodpanda je la, boleh guna diskaun juga.
yang ni aku order guna whatsapp/website - chagee mini program. Sebab boleh kumpul points.
sebab utama aku register hari tu sebab nak dapat voucher RM15 dia juga.
Sekarang masih ada lagi voucher tu kalau korang nak. boleh klik link ni --> CHAGEE
dan sekarang ada promo code juga untuk yang nak mencuba Osmanthus Long Jing Milk Tea Chagee ni.
Tapi favourite aku tetaplah
- Glutinous Green Milk Tea
- Da Hong Pao Milk Tea
aku suka minuman dari Chagee ni sebab tea dia bau wangi dan rasa premium tu memang ada, dan yang penting tak manis sangat. Secukup rasa je.
Salam.
Sejak tukar department baru, ada masa untuk lunch terutamanya hari jumaat sebab waktu rehat dia panjang sikit.
Boleh keluar makan di luar. Jadi setiap minggu, kena plan siap-2 untuk makan di mana hari jumaat tu.
Macam jumaat minggu lepas, kami makan di Ramenya Imago. Kali kedua dah aku makan di sana, tapi malas betul nak update di blog.
Jumaat hari ni kami pilih untuk lunch di Seoul Garden Hotpot, Suria Sabah. Tiba-tiba teringat nak makan Spicy Beef Hot Plate dia. Baru je makan bulan lepas, rasa nak makan lagi pula sebab sedap.
Lagi satu, boleh singgah di Chagee juga, untuk redeem free voucher regular milk tea tu.
Sabtu lepas, sebelum naik flight ke Medan sempat lagi singgah beli Chagee di KLIA2 sebab nak dapatkan free gift dia.
Aim nak dapat barang, tapi dapat voucher. Happy juga sebab dapat free 1 regular milk tea lagi.
Akak aku dapat RM5 off voucher. Ada kawan aku yang dapat voucher, ada juga yang dapat shower gel Body Shop. Aku bersyukur & dah happy walaupun dapat voucher milk tea je. Nak beli banyak tak boleh, sebab nanti dah nak boarding flight. Tak larat nak habiskan 1 large milk tea tu, sebab memang banyak.
Ok, berbalik kepada Seoul Garden Hotpot.
Ni lah yang aku order tadi. Nasi kena tambah asing dan aku tambah telur mata juga.
Kawan aku yang lain pon ada yang ambil menu yang sama Spicy Beef Hot Plate juga.
Spicy Beef Hot Plate
Ada chagee sekali
Overall, kami semua puas hati dengan makanan walaupun harga dia agak pricey sikit.
Macam set aku - sekali dengan nasi & telur mata = RM33. Sekali sekala boleh la kan.























