Salam.
25 Mac 2024 hari isnin 2 minggu lepas, aku berbuka puasa di Sushi King sempena Sushi King Buffet.
Tahun lepas ada pergi juga, boleh baca dekat sini.
Sushi King Buffet
Seorang RM44.60.
Lepas kerja hari tu, kami terus gerak ke Sushi King di City Mall. Biasa memang akan makan di sini, sebab dekat.
Sampai di sana agak awal, jadi kami jalan-jalan dulu di City Mall.
Dalam 6pm macam tu, kawan aku yang gerak lambat sikit dari kami dah ajak ke Sushi King, sebab dah ramai orang beratur masa ni.
Alhamdulillah, dapat masuk beberapa minit sebelum berbuka puasa.
Orang ramai dah masa ni.
Kami terus order apa yang kami nak makan, sambil tu ambil juga di conveyor belt Sushi King.
Tapi tunggu punya tunggu, air pon tak sampai lagi. Tahun lepas, dia ada sediakan jug air di tray, kalau nak boleh ambil sendiri di situ. Tapi hari tu tak macam ni.
Kami kena tekan 'bell' untuk panggil staff dia datang sebab nak minum air untuk berbuka puasa.
Air pon sampai, tapi air dia macam tak ada gula, sebab tawar betul.
Lepas tu kami tunggu la makanan yang kami order untuk sampai.
Sementara tunggu tu, kami ambil sushi yang ada di conveyor belt juga sebab takut nanti dah habis masa 1 jam 20 minit. Had waktu makan untuk buffet ni adalah selama 1 jam 20 minit.
Last-last masa kami pon dah nak hampir habis, tapi sushi nya tak sampai-sampai. Dah inform staff dia banyak kali, tapi ada la sikit daripada yang kami order sampai.
Bila dah habis masa tu, kami tengok order kami yang sebelum ni dah kena cancel.
Jadi, agak kecewa la di situ, sebab katanya buffet. Tapi tak dapat makan apa yang kami nak pon.
Tapi kami fikir positif, maybe sebab baru day 1 buffet jadi diorang pon kelam kabut, tak expect orang ramai.
yakiniku don & spicy ramen
Aku tak kecewa sangat, sebab banyak ambil sushi yang ada di conveyor belt tu terus.
Malas nak tunggu lama.
Berbaloi tak? bagi aku berbaloi la, tapi lamaa betul menunggu.
Salam.
Esoknya 14 Feb 2024, aku hiking lagi di Bukit Padang.
Bila datang rajin tu, memang akan pergi hari-hari.
Aim nak hiking dalam 3x seminggu macam tu.
Aim saja la, dapat buat ke tak tu, belakang kira. haha
View petang tu sangat cantik.
Boleh nampak Gunung Kinabalu.
Jarang-jarang nampak waktu petang.
Salam.
Tinggal beberapa hari lagi dah nak habis kita berpuasa. Tak lama lagi bulan Ramadan bakal berlalu pergi.
Aku baru nak update menu berbuka 13 Ramadan (24 Mac 2024) yang lepas.
Disebabkan hari jumaat dah makan buffet, hari sabtu & ahad pula aku kerja.
Jadi hari ahad tu, lepas balik kerja terasa nak makan ayam goreng korea.
Biasanya aku akan beli di Chicken Factory.
Owner kedai makan di orang korea kalau tak salah aku. Ayam goreng dia lagi sedap daripada yang aku makan di Korea pada Februari yang lepas.
Masa makan ayam goreng di Korea, aku teringat ayam goreng korea yang ni. Tak sabar rasa nak balik KK makan ayam goreng ni haha.
Aku biasa beli set ni - ayam goreng korea spicy (RM40) di grabfood.
Makan sambil tengok drama korea - Queen of Tears.
Salam.
Ni hiking lebih kurang kali ke 16 untuk tahun ni.
Macam biasa, aku hiking di Bukit Padang juga pada 13 Feb 2024.
Kali ni hiking petang juga, lepas balik kerja.
View yang sama, hari yang berbeza..
Bulan puasa ni tak dapat hiking sangat, sebab cuaca panas betul.
Banyak kebakaran di KK baru-baru ni.