Salam.
Jumaat 2 minggu lepas aku dan kawan sekerja makan di Nyonya House. Sebelum ni pernah makan Nyonya House di Imago Mall & Suria Sabah Mall je.
Nyonya House ni baru buka berdekatan dengan hospital aku. Jadi kami jalan kaki je ke sana masa lunch jumaat yang lepas.
Tengok dulu menu apa yang ada,
Antara menu yang ada di sini
Aku order Nasi Goreng Kampung
sebiji macam dalam gambar menu
Portion dia besar, memang kenyang sangat. Padahal masa ni pun aku tak lapar sangat, tapi nasib baik la boleh habis juga.
Membazir pula kalau tak habiskan.
Nasi goreng tomyam dia pon sedap juga. Next time boleh ke sini lagi, sebab dekat je dengan tempat kerja.
Salam.
Malam tadi aku dengan kawan aku Wahid (Wahidah) makan di Richiamo Coffee.
Kami makan agak lewat juga la.
Petang tu aku pergi ambil Wahid di hotel dia. Dia datang dari Tawau jumaat hari tu untuk kursus di KK.
Dia sakit leher, lepas kelas spinning di Tawau baru baru ni, jadi aku bawak di pergi massage.
Kami ke Attiya, sebab situ tempat dia proper dan harga pon boleh tahan juga.
Lepas massage, kami terus ke Imago pula sebab dia nak survey phone.
Tak survey pon, dia terus beli haha.
Beli Iphone 15 Pro di Switch Imago.
Lepas dah settle urusan beli phone, tukar screen protector dan cari new casing baru lah sempat nak makan.
Masa ni dah nak dekat pukul 10 malam, jadi aku ajak dia makan di area Aeropod je sebab tak lama lagi mall nak tutup dah. Baik keluar awal sebelum stuck dalam jem nanti.
Mulanya nak ke Daily Coffee sebab dia tutup 12 tengah malam, tapi tak jadi.
Kami makan di Richiamo Coffee je, sebab aku tak pernah makan lagi di sini. Dia tutup pukul 11 malam, sempat lagi.
Sebab dah malam, tak banyak menu yang ada, tapi nasib baik masih ada menu nasi je. Fuhh. Dah la tengah kelaparan masa ni. Masa massage tadi pun perut dah berbunyi kelaparan.
Aku dan Wahid order benda yang sama,
Daging Masak Lemak Cili Padi
Sedap juga la. Boleh repeat lagi nanti.
Salam.
Malam tadi aku oncall, tapi balik lambat dari hospital sebab ada kerja nak kena siapkan dan tunggu kawan aku juga.
Jadi malam tadi kami late dinner di Upperstar. Takde la lambat sangat sebenarnya, tapi kalau ikut waktu makan aku memang dah lambat la, pukul 9 malam baru makan.
Terasa penat sangat dengan oncall semalam. Jadi malam tu banyak kami order makanan. Tapi aku sempat ambil 2 gambar ni je la.
Aku makan di sana dengan Pini & Fathin.
Aku order chicken chop
deep fried chicken wing ni kami kongsi
Memang kenyang juga la semalam, banyak betul makan.
Dan minggu ni baru 2 hari pergi hiking, lepas tu takde mood dah nak pergi.
Maybe sebab hiking partners aku cuti, jadi aku pon tak ada mood juga nak pergi.
Salam.
Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada semua.
Hari Raya Aidiladha tahun 2024 ni aku tak balik Penang, sebab tiket flight agak mahal & aku akan balik ke Penang dalam masa lebih kurang 3 minggu lagi.
Kawan-kawan aku ada yang balik ke kampung masing-masing, ada juga yang tak balik macam aku.
Jadi aku & hiking partner aku (Isma) & adik dia plan untuk hiking ke Bukit Botak lagi.
Untuk bulan Jun 2024, ni kali ke 3 aku ke Bukit Botak.
Alhamdulillah, bulan ni tak busy sangat.
Macam biasa, kalau nak hiking di Bukit Botak, memang kena gerak awal dari rumah. Kalau tak, nanti panas sangat di atas Bukit Botak tu.
Jarak rumah aku ke Bukit Botak tak jauh sangat, dalam 20-30 minit driving je. Waktu pagi tak banyak kereta, jadi cepat je sampai.
Isma & adik dia park di rumah aku & kami drive ke Bukit Botak.
Alhamdulillah, pagi ni sampai awal. Sebelum matahari terbit lagi. Jadi dapatlah ambil gambar sunset & Gunung Kinabalu yang nampak sangat jelas.
1 jam lebih juga perjalanan naik & turun Bukit Botak ni.
Penat hiking, kami makan di Guan's Kopitiam pula.
Nasi Lemak Sambal Sotong
lepas tu, sambung oncall pula untuk hari ni..
...Selamat Hari Raya Aidiladha 2024...
Bye!
Salam.
Ahad lepas, aku dan kawan aku (Leha & Auni) join KK City Half Marathon 9 Jun 2024.
Macam biasa, aku ambil 10km je, sebab tak mampu nak ambil lebih. Tak train untuk running, sebab biasanya aku akan hiking je.
Jadi ahad lepas, aku solat subuh dulu di rumah dan terus ke starting point di Kompleks Sukan Likas.
Flag off pukul 5.30pagi. Nasib baik subuh masuk awal, boleh solat subuh di rumah dulu sebelum keluar.
Sepanjang 10km tu, aku berjalan dengan Leha je. Sebab Auni dah laju ke depan.
Aku lari sekejap 300m pun dah start sakit kaki, jadi jalan laju je lah selepas tu. Ada la kejap-kejap lari sikit.
Lagipun 10km ni fun run je, takde timing. Tapi aku cuba juga untuk habiskan kurang dari 2 jam.
Lepas dah habis 10km, ambil medal & roti dan bergambar. Kemudian, kami cari tempat untuk breakfast pula.
Gigih singgah ambil handphone di kereta dulu sebelum ke finishing line.
Sebab phone tinggal dalam kereta je masa lari, sebab malas nak pegang.
Mula-mula nak makan nasi lemak, tapi tak banyak pilihan kedai yang kami tau.
Jadi aku ajak diorang makan di The Warung je. Sana dia buka awal juga.
Aku order nasi goreng lalap. Portion dia besar.
Memang kenyang sampai ke petang.
Salam.
Sabtu minggu lepas aku cuti. Jadi petang tu aku dan kawan aku keluar untuk makan di City Mall.
Dia nak try Happy Potato dan beli egg tart di Little Dozo.
Little Dozo di City Mall ni baru je buka juga. Dia tak jual makanan, hanya jual minuman dan egg tart kalau tak salah aku.
Little Dozo ni sama dengan Dozo Nanyang Coffee House yang pernah aku makan hari tu, cuma tak ada makanan berat sahaja.
Happy Potato
Kami beli cheesy popcorn & wedges, waffle fries.
Di Little Dozo pula, aku beli air cheesy watermelon. Tapi lagi sedap yang Majeztea punya lagi.
Kawan aku pula beli Golden Coffee.
Portuguese Egg Tart
Beli 6 percuma 1. Sedap. Boleh beli lagi.
Ok bye!