Salam.
Sejak dua menjak ni rajin juga aku makan di Nasi Lemak Cyber setiap hari sabtu kalau tak kerja.
Selalunya aku makan berdua dengan Fathin, kalau yang lain kerja.
Nasi lemak ayam masak merah + telur mata sambal + paru sambal, karipap sardin 2 biji
Nak makan kerang, tapi takde pula hari tu. Jadi ganti dengan sambal paru. sedap juga.
Jemput makan
Bye!
Salam.
Weekend lepas, team Zus Kampung Made in Malaysia berada di Imago Mall.
Alang-alang aku tak kerja sabtu tu, aku ajak la kawan-kawan pergi ke sana.
Aku ke Imago petang sikit. Awal pagi tu aku balik ke rumah lama untuk kemas barang lagi dan bawa ke rumah baru.
Lepas solat zuhur, baru kami ke Imago. Sampai je Imago, terus ke foodcourt dia dulu untuk makan. Lepas tu tiba-tiba rasa nak tengok movie pula.
Kami nak tengok movie - Speak No Evil dulu, lepastu baru akan ke booth Zus.
Lepas dah tengok movie, baru lah ke booth Zus.
Aku dapat passport cover juga sebab Zus member - Elite.
Lepas tu main game dia dan pergi redeem barang.
Yeay, dapat keychain Zus. Belum ada lagi keychain dia.
Sebelum balik, singgah di Desa kejap untuk beli gelato dia.
Terima kasih kepada Pini belanja gelato Desa.
Bihun goreng yang dimakan di foodcourt Imago Mall. Sedap juga la..
Makanan yang dibeli di GSC Cinema.
Bye!
Salam.
Sambungan daripada Trip Kuching Ogos 2024.
Pagi esoknya, kami plan untuk breakfast di Laila Cafe.
Ni first time aku ke sana.
Lepas subuh, kami terus siap-siap untuk ke sini.
Di Kuching kedai makan buka awal, jadi kalau tak nak beratur panjang kenalah gerak awal ke sana.
Laila Cafe
Masa kami sampai ni, beratur juga la. Tapi tak panjang sangat, ada beberapa orang je depan kami. Tak sampai 10 minit beratur, kami dah dapat tempat duduk.
Masa beratur tu, dah tengok menu siap-siap. Duduk je terus kami order.
Nasi ayam, mee jawa, rojak pon ada
sementara menunggu order kami sampai
Nasi ayam dia nampak macam sedap, jadi order la satu. Dengan rojak.
Boleh la kongsi makan sama-sama.
Mee kolok order sorang satu.
Aku order mee kolok ayam + daging
Overall, sedap. Next time ke Kuching boleh singgah makan di sini lagi.
Bye!
Salam.
Hari rasa macam nak beli instant ramen Jjajangmyeon.
tapi tak jumpa yang macam selalu aku beli sebelum ni - Chapaghetti.
Yang ada dekat shelf kedai tu cuma lah Samyang Chacharoni je.
Jadi aku beli juga la, sebab dah teringin kan. Nak beli loose pack takde, beli je la 1 paket (5bungkus) terus.
Jadi malam tadi baru terasa nak makan Jjajangmyeon.
Mulanya tak nak makan (nak diet konon), tapi tiba-tiba lapar pula.
Masuk ke dapur, terus ambil sepaket Chacharoni dan masak.
Samyang Chacharoni - Blackbean Sauce Ramen
lepas tu teringat ada ayam borenos tengahari tadi, jadi masukkan dalam air fryer untuk panaskan semula.
Dah siap!
Rasa dia tak pedas langsung, aku kena tambah cili flakes untuk rasa pedas sikit.
aku macam lagi suka jjajangmyeon chapaghetti lagi.
Tapi, sebelum beli yang baru kena habiskan yang chacharoni dulu.
Salam.
Antara tempat sushi yang aku akan pergi sekarang adalah Azuma Sushi, City Mall KK.
Suka pergi di sini sebab dia punya sushi murah sikit, lebih kurang harga macam sushi king, makanan dia sedap dan paling best dia dekat dengan rumah aku.
Macam selasa yang lepas, balik je kerja terus pergi ke sini.
Sebenarnya Fathin yang sebut pasal nak makan sushi dulu, lepas tu semua pun teringin. Hari yang sama juga kami pergi.
Aku aim nak makan tempura je. tapi tu lah. Ada juga lah benda lain yang di order.
Dinner di Azuma Sushi, City Mall
sotong ni wajib
ada steamed egg juga. sedap!
mushroom butter ni pon sedap
Tempura sayur
aku beli juga tempura udang, tapi lupa snap gambar
Tofu ni add-on order sebab nampak Fathin makan sedap.
Tapi ok-ok je la rasa dia.
Last-last aku yang order paling banyak & paling mahal.
Jimat ke laut.
Bye!
Salam.
Di bawah ni aku share kos mendaki Gunung Kinabalu yang terbaru pada tahun 2024.
Kos ni bukan kos book dengan agen ya, ni kami sendiri yang uruskan dari awal sampai habis.
Kalau nak senang, boleh ambil dengan agen kot. Tapi cari yang trusted agen lah ya.
Kos mendaki Gunung Kinabalu 2024
Penginapan Lemaing Hostel (termasuk permit, makanan) - RM401
Porter 1kg RM14
Mountain guide RM350 (1 guide) - 5 orang dewasa
Tiket masuk Kinabalu Park RM10
Parking Kinabalu Park RM5
Shuttle van dari Kinabalu Park ke Timpohon Gate RM10
Nak tahu kos aku mendaki Gunung Kinabalu pada tahun 2022, boleh baca di sini ya.