Nota Harian - day 2

Salam.


Hari kedua nota harian. Hari ke 30 PKP.


Nota Harian - day 2


Pagi ni macam biasa. Bangun, breakfast dan siap-siap ke tempat kerja.
Kemudian, pergi ke pasar untuk restock barang basah selama 2 minggu.

Mulanya, pergi ke Pasar Lido. Beli segala sayur yang ada dalam list masakan 2 minggu kami.
Tapi ayam dan daging halal takde pulak jual dekat situ.
Jadi ke Pasar Besar KK juga la lepas tu.

Plan nak beli ayam dan daging. Beli ayam 2 ekor RM30, daging batang pinang RM25 sekilo.
Ni first time aku beli daging sendiri, biasanya parents je yang beli kalau dekat Penang.
Lepas tu, singgah cari ikan juga kat situ. H beli ikan ape entah, aku tak tau nama. Then tengok sotong banyak gila dan harga sangat murah - RM10 sekilo.
Pasar Lido tadi aku tengok harga macam lebih RM10. So terbeli jugak sotong, tapi setengah kilo je lah. haha.


Total habis beli barang basah tadi dalam Rm140. Bahagi 2, jimat sangat.
Time PKP ni lah baru ada masa nak masak sendiri. Biasanya masak juga, tapi kalau aku sorang-2, aku masak ikut mood. Kalau rasa nak masak, then masak la. Kalau tak order foodpanda atau grabfood je.

Since ada H yang rajin masak, aku pon rajin juga la tolong-tolong prepare barang masak. Haha.

So, lunch tadi kami makan Nasi + ikan kerisi goreng + sotong masak thai cili padi + masak lemak putih suun dan fucuk. H yang masak. Aku masukkan ikan dalam air fryer je. Hihi.






Rezeki dapat housemate yang rajin masak.



---Tamat Nota Harian - day 2 ---



You Might Also Like

0 ulasan