Nota Harian - day 1

Salam.

Hari ni merupakan hari pertama PKP Fasa ke 3.
Disebabkan agak bosan, jadi aku bercadang untuk menulis blog hari-hari mengenai kehidupan harian aku. 
Even tak buat apa sangat pun, aku saja nak tulis something.
Pengalaman aku menjalani kehidupan seharian sepanjang PKP dan juga Covid-19.
Boleh aku baca balik pada masa akan datang.


Nota Harian - Day 1


Minggu ni aku split team. Jadi pergi kerja macam biasa. Then around 5-6pm aku akan ke hospital untuk punch out.
Aku tak terkesan sangat dengan PKP. Sebab aku masih boleh pergi kerja macam biasa. Cuma aku hari-hari kena lebih berjaga-jaga la sebab aku kerja di hospital. Walaupun bukan frontliners, tapi aku masih berisiko tinggi.
Bak kata boss aku, OWN SAFETY FIRST. Kena sentiasa berjaga - jaga. Kita tak tahu siapa yang merupakan pembawa Covid-19 (asymptomatic carrier). Jadi kita perlu berjaga-jaga dengan setiap orang.
Perlu maintain jarak selamat (safe distance) sekurang-kurangnya 1 meter.



----



Bulan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi. Dalam 8 hari je lagi. 
Ramadhan tahun ni sangat berbeza dengan Ramadhan yang pernah aku jalani sebelum ni.
Tahun ni tiada bazaar Ramadhan, tiada solat tarawikh.
Memang sangat berbeza. 

Namun bagi aku yang tinggal di Sabah, bazaar Ramadhan tak affect aku sangat sebab bazaar dia tak semeriah seperti di Semenanjung. Cuma yang paling terjejas sebab tak dapat solat tarawikh berjemaah.
dan mungkin Raya tahun ni aku tak dapat balik kampung.

Cuti terpaksa dibekukan, domestic flight pun tiada. Tapi aku dah dapat terima yang aku tak dapat balik Raya tahun ni. Aku dah siap inform family aku lagi. Berkorban je la tahun ni tak dapat balik raya asalkan Covid-19 pergi jauh dari sini.

Tapi. Yang bestnye, aku dah pindah masuk rumah baru. Aku ada housemate satu department yang boleh sambut bulan Ramadhan dan raya sama-sama tahun ni. (kalau tak dapat balik lah).

Aku dan housemate aku - H dah siap fikir menu 2 minggu pertama bulan Ramadhan tahun ni. Kami dah siap listkan barang dapur untuk 2 minggu pertama. Senang. Buat list dan pergi beli barang sekali untuk 2 minggu. Tak perlu nak keluar banyak kali terutamanya pada masa sekarang.

Ok, berbalik kepada kisah hari ni.
Macam biasa saja, pergi kerja. Layan drama/movie. Aku cuba nak habiskan drama korea The Fiery Priest. Tinggal lg 1 episod saja lagi untuk aku habiskan series tu.
Then layan drama My Runway. Not bad lah. 

Untuk lunch pulak kami makan nasi dengan sambal sotong dan sambal daging basah.
Sedap!


 Menu lunch hari ni. 15 April 2020. Hari 1 PKP Fasa ke 3. Hari ke 29 PKP.







saja close up lagi. hehe





Tea time pulak dah siap order Mcd. Order iced latte + cheese cake untuk aku, dan H iced latte + red velvet cake. Order dekat foodpanda dan dapat 40% off. So untuk 1 set latte and cake tu cuma dalam RM8 je seorang. Sangat berbaloi.



---Tamat Nota Harian - day 1---


You Might Also Like

0 ulasan