Ongoing drama korea yang aku tengok sekarang

 

Salam. 

Ni antara drama korea yang aku tengah tengok sekarang. Masih ongoing lagi semua drama ni, dalam bulan/ bulan depan baru akan habis.


Blue Birthday

Mengisahkan Oh Ha Rin yang boleh kembali ke masa dahulu untuk mengetahui punca kematian kawan baiknya 10 tahun lepas ketika birthday dia.





Hospital Playlist 2

Kisah 5 orang doktor pakar yang merupakan kawan baik dari zaman universiti. Setiap hujung minggu mereka akan berkumpul dan menyanyikan sebuah lagu. Band mereka dari zaman universiti lagi. Best juga lagu-lagu yang dinyanyikan mereka.





The Devil Judge

Mengisahkan Kang Yo Han (Ji Sung) yang merupakan seorang hakim untuk 'live court show'. Dia mempunyai cara yang tersendiri untuk menghukum penjenayah.

Aku tengok drama ni sebab Ji Sung, dan jalan cerita dia boleh tahan juga la.






The Witch's Diner

Mengisahkan Jo Hee Ra (Song Ji Hyo) yang merupakan seorang 'witch'. Orang yang terdesak/ dalam kesusahan akan datang ke restoran dia dan makan makanan yang dimasak oleh dia. Selepas makan, 'wish' diorang akan dimakbulkan, tetapi ada bayaran yang dikenakan.

Drama ni aku tengok sebab Song Ji Hyo je. Jalan cerita dia unik la.




Selamat menonton..



You Might Also Like

5 comments

  1. dalam banyak2 ni witch diners je akak layan pun sebab ada ji hyo hehehhe

    BalasPadam
  2. Terpaling nak tengok The Witch's Dinner tu sebab ada Song Ji Hyo :)

    BalasPadam
  3. Banyak sebenarnya cerita yang tengah beratur menunggu..selalunya cerita yang on-going ni, saya akan tabahkan hati tunggu at least 6th atau 7th episode..baru puas hati marathon :P haha

    BalasPadam