Umea Glamping, Kundasang

 

Salam.

Ni cerita bulan lepas, baru ada mood nak update sekarang haha.

Akhirnya dapat juga aku ke Umea Glamping, Kundasang. Plan nak ke sini dah lama, tapi tak sampai-sampai.


Umea Glamping, Kundasang



Aku ke sana dengan 4 orang kawan aku yang lain pada 26-27 June 2022 yang lepas. Plan nak ke sini dah lama, akhirnya tertunai juga.

Aku book tempat ni sebulan sebelum tarikh, sebab kalau book last minute, memang selalu full.

Aku nak ambil tarikh weekend kan, jadi kena book awal. Aku book terus 2 tent, sebab ada geng lelaki dan perempuan kan.

Di sana ada 4 dome, jadi kami je dah book 2 dome. Kami ambil Narvik dan Gallivare, depan dan belakang. Gallivare besar sikit, boleh muat 4 orang dalam satu masa. Sebab kami 3 orang je perempuan, lagi la muat 1dome tu.

Lagi 1 dome, Narvik geng lelaki yang duduk. 2 orang je, memang muat sangat khemah tu.

Harga untuk 2 buah dome ni RM530. Gallivare rm280 dan Narvik Rm250. Kena book dekat website dia dan terus bayar.

Boleh cancel in case tak jadi pergi, tapi kena inform awal,  tak salah aku 2 minggu sebelum tarikh booking.


Check in time pukul 2pm dan check out pula 11am. Ingatkan check out pukul 12pm, so rush sikit la kami time check out hari tu. Kalau lewat sikit je, deposit tak akan dipulangkan. 

Deposit RM50 untuk setiap dome. 

Kami gerak dari KK dalam 9 pagi, tunggu kawan aku yang postcall pagi tu. Dia lambat sikit.

Kami semua belum breakfast, jadi kami berhenti makan di Bandar Sierra. Aku teringat pernah makan nasi lemak semenanjung di situ dulu, tapi tak sure masih ada ke tak. Kali pertama dan terakhir makan macam tahun 2018 ke 2019 dulu, sebelum Covid la yang pasti.


Alhamdulillah, kedai tu masih buka, Nasi Lemak Kukus King.



Kami pun pilih la lauk yang nak dimakan. 



aku ambil ayam goreng dan telur mata. sambal kerang tak ada.

Kalau tak, mesti 3 lauk aku ambil haha.


Dah siap makan, teruskan perjalanan melalui Tamparuli -> Pekan Nabalu --> Kundasang.

Sampai di Pekan Kundasang, semua orang pon perut masih kenyang, penangan nasi lemak pagi tadi (brunch la sebenarnya).

Kami decide untuk tapau je makanan siap-siap.

Singgah beli sayap ayam Pak Ali kalau tak salah nama dia, pergi Bataras beli barang untuk steamboat malam nanti.
Dah sampai Bataras Kundasang, beli juga la takoyaki, milk tea, kaya ball yang dijual di situ.


Kemudian teruskan perjalanan ke arah Mesilau dan akhirnya sampai ke Umea Glamping.

Mula-mula kami terlajak sikit, terlepas simpang nak masuk ke sana. 

Sebenarnya Umea Glamping ni tepi jalan je. Park kereta tepi jalan, lepas tu jalan masuk sikit ke sana.




Perut dah lapar balik, kami keluarkan makanan yang ditapau dan makan.

Lepas makan, masing-masing buat kerja sendiri dan tidur.


Sempat lagi ambil gambar A&W sebelum tidur sekejap haha.


Oh ya, situ ada peti ais di bahagian reception. Boleh simpan barang dekat situ. 


Bangun dalam pukul 5 lebih, prepare untuk buat steamboat pula.



ready for steamboat!



Kenyang makan steamboat malam tu.



Cuma Umea Glamping tak nampak pemandangan Gunung Kinabalu la. Gunung Kinabalu dekat bahagian belakang. Dekat area Golf Resort. 



Tapi tak pe, kami ke Sosodikon Hill pagi besok nya untuk tengok Gunung Kinabalu.


Oh ya, gambar setiap dome aku update next entri ya.


Bye!


You Might Also Like

1 comments

  1. Dah lama tak ke Kundasang, last rasanya 2018/2019. Masa tu belum ada lagi glamping ni.

    BalasPadam