Salam.
Nak dekat sebulan tak update blog. Takde mood sangat nak update blog bulan Ramadan yang lepas bila dah balik ke Kota Kinabalu haritu.
Tahun ni, aku kena beraya di KK dahulu. Petang tu baru naik flight balik ke Penang.
Untuk raya tahun ni, aku tak guna warrant ticket (tiket free) untuk balik ke Penang sebab kena isi borang baru pula. Perlukan beberapa borang penting yang takde dengan aku masa tu.
Jadi aku beli flight ticket sendiri je raya kali ni (lebih kurang RM700+ juga la lepas tambah luggage etc)
Raya pertama di Kota Kinabalu
Kami buat style potluck, dan beraya di rumah aku.
Walaupun kami beraya jauh daripada family, tapi tetap meriah juga pagi tu.
Banyak makanan yang ada. Ada yang masak, ada yang beli.
Aku pula beli lemang, kelupis & kuah kacang.
bihun goreng (Aisya) & rendang daging (Ratna)
Laksa Sarawak - Isma masak
ada lagi yang dimakan, tapi tak ambil gambar
Deko raya di lobi rumah aku. Baru perasan, sebab dah lama tak keluar ikut lobi. Biasanya terus ke parking bawah je.
Tengahari tu, kami ke open house kawan sekerja di Tg Aru. Lepas tu baru kawan-kawan aku hantar aku ke airport untuk balik ke Penang.
masa ni flight dah nak landed, tapi tiba-tiba terbang semula ke atas.
setengah jam kemudian baru selamat landed di Penang International Airport.
Sampai di Penang pukul 5.30 petang.
Balik rumah, makan nasi dengan lauk gulai puyuh.
lepas makan, terus tidur sebab kepenatan.
Salam.
Sehari sebelum puasa aku dan akak aku jalan-jalan di Aeon Mall berdekatan rumah kami.
Tak ada plan nak beli apa pun, saja nak jalan-jalan je.
Aim nak cari roti dan pergi Kenangan Coffee je.
Kenangan Coffee
Sejak tahu Kenangan Coffee dah buka di Aeon Mall, excited nak pergi.
First time minum masa 2 tahun lepas di KL kalau tak salah.
Kali terakhir minum bulan Jan 2025 yang lepas di Jakarta. Tak sempat lagi nak buat entri travel di Jakarta bulan Jan yang lepas.
Ramai juga orang di Kenangan Coffee ni.
Aku order Creamy Latte
-sedap, coffee dia tak kuah sangat
akak aku pula order Avocado Coffee
-rasa avocado lagi kuat dariapada kopi
harga tak murah sangat
Jemput minum
Salam.
Sambungan daripada cerita sebelum puasa.
Selepas makan di Ayam Gepuk Original, aku dan akak aku singgah ke Sunway Carnival Mall pula.
Tujuan utama ke sana adalah untuk beli kopi di Cafe Amazon. Lama tak minum. Biasanya kalau balik Penang mesti aku akan ke sini untuk beli kopi di Cafe Amazon.
Tapi sekarang dah ada banyak branch Cafe Amazon di sekitar rumah aku. Ada lagi 2 tempat selain Sunway Carnival Mall kalau tak salah - Auto City & Aeon Alma.
Sebab perut masih kenyang, kami jalan-jalan di bahagian bawah - area makanan.
Ingatkan nak tengok tengok je, tapi terbeli juga. Akak aku beli popcorn pelbagai perisa di situ, aku pula beli ice cream mixue.
Murah je, RM2 untuk 1 kon ice cream ni. Tapi agak manis juga la bagi aku.
Lepas dah puas jalan di mall, baru kami singgah beli kopi sebelum balik. Aku je yang beli kopi di Cafe Amazon, akak aku beli di Zus Coffee.
Iced Latte Amazon
p/s: Selamat berbuka semua..
Salam.
Selesai facial, kami singgah makan ayam gepuk dulu di Ayam Gepuk Original.
Lama tak makan ayam gepuk, kali terakhir makan masa pergi KL 2 tahun yang lepas.
Dekak KK tak banyak pilihan ayam gepuk, banyak ayam penyet & geprek je.
Jadi craving nak makan ayam gepuk ni sebab kawan aku selalu share gambar ayam gepuk yang dia selalu makan.
sebelum ni tak pernah teringin nak makan sangat ayam gepuk ni.
Menu yang ada
Aku pilih set D, sebab nak makan kubis goreng dia.
Sambal level 2. Confident betul aku pilih sambal level 2 dia.
Order & bayar dulu sebelum makan.
Tunggu dalam beberapa minit juga sebelum makanan siap.
Makanan dah siap
Ni set D
Wefie dulu
Penat juga nak habiskan set ni, sebab nasi banyak dan sambal dia sangat pedas walaupun level 2. Sepatutnya tadi ambil level 1 je.
Bibir aku bengkak lepas makan ayam gepuk ni. Penangan terlampau pedas.
Next time nak cuba level 1 je la. Serik dah ambil level 2. haha
Salam.
Tujuan utama ke Estika Medispa adalah untuk akak aku buat lip treatment sebenarnya.
Aku ikut sekali sebab nak buat facial, dah beberapa tahun tak buat facial. Jadi macam teringin la juga nak buat facial lagi.
Akak aku yang ajak ke Estika Medispa ni. Aku tak pernah dengar pun pasal tempat ni sebelum ni.
Estika Medispa ni terletak berhampiran Sunway Carnival Mall.
Masa kami ke sini, kena isi borang pendaftaran dulu. Lepas tu masuk ke bilik konsultasi untuk face screening kot. Best juga sesi konsultasi tu sebab kita tahu apa masalah kulit kita & rawatan yang dia akan cadangkan.
ruangan menunggu
Selepas konsultasi, aku pilih untuk buat deep facial cleanse je. Dia suggest rawatan yang menggunakan microneedle tapi sebagai regular blood donor, aku tak berani ambil risiko tu. haha, Nanti 6 bulan tak dapat menderma darah.
Bilik rawatan
Rawatan lebih kurang 1 jam lebih. Lepas rawatan rasa muka bersih sangat.
Walaupun terpaksa menahan kesakitan whitehead & blackhead kena cabut sebelum tu.
Berbaloi la aku rasa.
Muka happy lepas habis rawatan muka
Aku dan akak aku ambil pakej sekali sebelum rawatan tu (ada 10 sesi rawatan, kami bahagi 2 orang dapatlah 5 sesi setiap seorang & ianya kena digunakan dalam masa setahun).
Nasib baik tak ambil pakej yang banyak sebab awal-awal tu diberitahu masa untuk habiskan pakej adalah unlimited. Tapi masa sign borang, ditulis setahun je. Maybe ikut berapa banyak sesi juga la kot. Lupa nak tanya dah.
Nampaknya, kena kerap balik Penang la kalau macam ni.
Lepas facial, kami perut pun dah lapar. Jadi kami singgah makan dulu di kedai berdekatan situ juga.
Salam.
Ni cerita 2 hari sebelum puasa.
Kalau balik ke Penang, mesti akan makan nasi lemak berlauk. Susah nak cari nasi lemak sedap & kena dengan tekak aku di KK, Sabah.
Biasanya kalau teringin nasi lemak semenanjung, aku akan makan atau beli di Nasi Lemak Cyber.
Pagi jumaat tu, akak aku bawak aku beli nasi lemak berhampiran masjid area rumah aku.
Akak aku ambil cuti 2 hari juga. Nak rehat & jalan- jalan sebelum berpuasa.
Nasib baik kedai nasi lemak ni buka, kalau tak terpaksa pergi jauh sikit untuk cari nasi lemak sedap yang biasa kami makan.
Antara lauk yang ada.
Macam dah tak banyak lauk yang tinggal.
Aku beli nasi lemak + sambal ayam + telur mata.
Makan sambil tengok drama china - Love of the Divine Tree. Hihi
Tapi nasi lemak pagi tu kurang sikit rasa dia, sebab nasi dia macam tak berapa masak lagi. huhu
Salam.
Kali pertama makan Mat Chicken & Burger adalah masa balik ke Penang tahun lepas.
Masa ni memang ramai orang, beratur agak lama juga la.
Tapi hari khamis minggu lepas, masa aku beli lagi nasib baik tak ramai orang sangat beratur.
Selain beli ayam goreng dan burger, aku nak beli coffee dia juga. Lama tak minum.
Akak aku baru beli 2 hari lepas, dia cakap harga kopi dah naik.
Tapi sebab dah lama tak minum, beli aje lah.
Aku beli Iced Latte. Akak aku beli Iced Strawberry Matcha.
Mat Coffee
Resit Mat Chicken & Burger
Beli 1 set 2 ketul ayam, 2 burger
aku suka burger ayam dia. patty ayam dia tebal.
Salam.
Hari khamis yang lepas, sampai je Penang terus aku ke Zus Coffee untuk beli Zus Curry Puff Neck Pillow.
Kawan aku (Pini) dah pesan awal-awal lagi untuk belikan dia Zus Curry Puff Neck Pillow ni.
Di Sabah tak ada, ada dijual di Semenanjung Malaysia je.
Nasib baik banyak branch berdekatan rumah aku yang masih ada neck pillow ni.
Tapi yang tak bestnye kena beli 3 karipap zus dulu baru dapat beli bantal karipap ni.
Jenuh juga la nak habiskan karipap zus ni.
Zus Curry Puff Neck Pillow
Boleh tukar kepada neck pillow. Tapi tak cuba lagi.
Bukan beli 1 je, tapi beli 2.
Salam.
Salam 1 Ramadan semua.
27 Feb 2025 (khamis) yang lepas, aku balik ke Penang.
Last balik Penang pada tahun lepas - Disember 2024.
Ok la, 2-3 bulan sekali balik kampung kan.
Tujuan utama balik ke Penang tahun ni semestinya sebab nak berpuasa sekali dengan keluarga. Rasanya macam dah lama sangat tak balik awal Ramadan/ berbuka puasa dengan keluarga.
Tahun 2022 yang lepas ada la balik ke Penang untuk berpuasa sekali. Dah 2 tahun tak berbuka puasa sekali dengan keluarga rupanya.
Sebabnya, aku balik beraya di Penang selepas hari raya pertama berturut-turut pada 2 tahun yang lepas.
Kali ni macam biasa, naik Firefly untuk balik dari KK ke Penang. Tak sampai RM400 pun untkuk return flight. Berbaloi sangat.
sebelum flight take off di KKIA
selepas flight landed di Penang International Airport
Perjalanan hampir 3 jam tu aku habiskan masa dengan tengok drama di netflix (download siap-siap) dan tidur.
Aku bangun pukul 4 pagi untuk siap-siap ke airport. Flight pagi tu pukul 6.25 pagi. Kebelakangan ni flight Firefly ke Penang ada awal pagi je.
Sebelum ni ada petang, tak perlu la bangun awal dan ambil extra cuti.
dah selamat sampai di Penang, mak dan ayah aku menunggu di luar untuk ambil aku di Bayan Lepas.
Kami tak balik ke rumah terus, tapi ke Balik Pulau dulu untuk makan kari ikan jenahak.
Aku tak craving sangat, tapi boleh la nak makan, dah lama juga tak makan kari ikan yang sedap.
Masa kami sampai di kedai tu, sepatutnya dah buka tapi tukang masak pula belum sampai. Jadi ayah aku bawak jalan-jalan dulu di sekitar Teluk Bahang. Banyak pokok durian di tepi jalan, tapi buah nya belum ada.
Sejam lepas tu, kami ke sana semula. Alhamdulillah, lauk semua dah siap ada.
Eryna Cafe Curry Claypot
Kari ikan
Lauk pauk lain
Lauk yang kami ambil
aku makan ayam goreng & kari ikan.
Mahal juga kari ikan sekarang eh, seketul nak dekat RM10 juga.
Tapi rasa dia macam tak se-sedap yang aku makan dulu.
p/s: macam nak ke bazar ramadan kejap lagi. lama betul tak pergi.
Salam.
Bukit pertama yang aku hiking untuk tahun 2025 ni adalah Bukit Botak.
Rasanya dah 2-3 bulan tak hiking, sejak balik dari Gunung Fansipan pada Nov 2024 yang lepas.
Jadi hari tu rasa macam kena training lagi untuk naik gunung seterusnya pula. Takut badan tiba-tiba terkejut lepas dah lama tak hiking.
Hari ahad (9 Feb 2025) yang lepas aku dan Aisya hiking di Bukit Botak.
Kami bergerak dari rumah aku lepas solat subuh. Sampai di sana dalam pukul 6 pagi macam tu. Masih gelap lagi masa ni.
Tapi orang dah ramai, penuh kereta parking tepi jalan.
Kami pun naik la slow-slow, sambil tengok sunrise.
Gunung Kinabalu
sunrise & Gunung Kinabalu
Sampai di puncak selepas hampir 50 minit mendaki.
bergambar di puncak
Lepas turun, singgah makan di BTC Luyang dulu sebelum balik ke rumah.
Makan roti telur