Nasi Padang Food Court TRX

 

Salam.

Minggu lepas, aku dan kawan-kawan aku ke KL. Tujuan utama aku ke KL kali ni sebab nak jalan-jalan cari makan di KL, sambil tu aku nak tukar bateri Iphone 14 Pro aku.

Aku dah book appointment beberapa hari sebelum lagi. Flight kami dari KK ke KL seawal 5.20pagi jumaat minggu lepas. Tak tau la kenapa pegi book flight terlampau awal sangat. Terpaksa la bangun awal pagi jumaat tu (kami ambil cuti rehat sehari).

Setelah selamat sampai di KL dan tinggal luggage di airbnb area Bukit Bintang, kami naik grab je untuk ke TRX (sebab cuaca hujan, kalau tak macam nak jalan kaki je ke sana).

Kami sampai awal sebelum waktu appointment tukar bateri iphone, jadi jalan-jalan sekejap sekitar TRX. Ingat nak tinggalkan phone dulu dan baru pergi makan.


cantik deco christmas di TRX






10 minit sebelum pukul 12 tengahari (waktu appt aku dekat apple TRX), kami ke sana semula. Dia buat diagnostic check dulu. Phone aku tak ada masalah lain kecuali bateri je yang dah kurang (77%) selepas hampir 3 tahun guna. Staff dia cakap kalau nak trade in iphone aku boleh dapat RM2000. Banyak juga la. Tapi aku tak sanggup lagi, sebab sayang lagi dengan phone lama ni (dah la beli yang 1 TB terus dulu).



Lepas dah tinggalkan phone di Apple TRX, kami pon pergi cari makanan untuk lunch. Sebenarnya tak tahu nak makan ape juga la, jadi kami ke food court. Aku nampak kedai nasi padang, terus aku dah aim nak makan yang ni je.


Total RM28.60


Bagi aku ok la harga dia, sebab 2 jenis lauk kan. Siap makan, kami jalan-jalan tengok kedai je sebab memang tak plan nak shopping pun.




You Might Also Like

7 comments

  1. hushhh sedap tu lauknya. terung berlado ni peberet akak. Apa lagi ikan keli berlado.

    BalasPadam
  2. Akak pi TRX pun suka pi food court dia...tempat lain sis x mampu dik...hahahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la. mahal harga dkt situ.. tapi kalau sekali sekala boleh la kot.. hihi

      Padam
  3. Kalau kat TRX tu memang standard price lauk macam ni..
    Cantiknya christmas decor kat TRX. Naniey belum pernah sampai lagi kat situ. Anak anak je selalu pergi sebab dorang ikut nenek.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu la. tak terasa sgt sbb harga dkt kk pon lebih kurang juga..
      betul, cntik deco christmas situ, tema putih..

      Padam
  4. First time LZ pergi TRX makan di Samtai sebab terlalu ramai manusia.. Kalau lapar nasi, memang best makan nasi padang sebab banyak pilihan lauk.. Nampak sedap ikan keli goreng dan sayur terung.

    BalasPadam