Salam.
Hmm, risaunya tengok keadaan Covid-19 di negara kita.
Kes makin bertambah, hari ni dah cecah nak cecah 10 000 kes. Esok tak tau la macam mana. Rasanya akan makin teruk.
Aku pon nampak makin ramai pesakit dan staff hospital yang kena Covid-19 dalam minggu ni. Di wad aku saja, dah 2-3 pesakit dan 2 staff yang kena.
Alhamdulillah, Covid-19 PCR test aku 2 hari lepas negatif.
Kena check PCR sebab ada contact dengan pesakit Covid-19.
Kawan sekerja aku pula dah 2 orang yang family mereka dijangkiti Covid-19.
Rasanya ni gara-gara Omicron variant la ni. Harap-harap semua yang kena penyakit Covid-19 ni tak teruk sangat dan dapat sembuh sepenuhnya. Aminn..
Kes Covid-19 di Malaysia hari ni - 9,117 kes.
Sabah pula 1,205 kes.
Semoga semuanya cepat sembuh.
Semoga kes Covid-19 makin berkurang.
Semoga kita semua patuh SOP.
p/s: Adakah tahun ni tak dapat balik beraya lagi?
Ni dah masuk tahun ke-3 tak balik beraya lah kalau macam tu. huhu..
Salam.
Kali ni aku ke Hong Kong Kitchen yang terletak di Bayan Lepas untuk makan dim sum. Aku tau pasal tempat ni masa blogwalking.
Biasa sebelum ni kalau nak makan dim sum halal di Penang, aku akan ke Canning Dim Sum bersama akak aku. Mak aku tak akan join sekali, sebab tak minat sangat. haha.
Kami berdua aje lah yang suka makan dim sum ni. Tapi biasanya akan bungkus juga dim sum bawak balik untuk mak aku.
Kami gerak dalam pukul 9 pagi lebih, tak sampai 40 minit perjalanan ke sini. Jalan agak sibuk juga, sebab hujung minggu kan.
Hong Kong Kitchen, Bayan Lepas
Ni antara menu yang ada.
Kami tak order banyak sangat, sebab takut tak habis.
Ni lah antara yang kami order:
Shrimp dumpling, fried shrimp roll
Sebelum balik, kami bungkus fried shrimp roll untuk mak, 2 set.
Total makan di Hong Kong Kitchen RM78.30
Boleh ke sini lagi next time kalau nak makan dim sum. sedap juga.
Hong Kong Kitchen
Lebuh Bukit Kecil 6, KRYSTAL POINT, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
016-428 2526
Descriptio
Bye!
Salam.
Ni cerita minggu lepas. On the way nak Helen Spa Sembulan, nampak ada orang jual durian dekat sebelah Bataras Hypermarket.
Aku dengan Pini dah excited, cakap lepas massage nanti ni kita singgah beli durian di situ. Harap-harap masih ada lagi.
Lepas massage, terus singgah ke situ sebelum balik. Kalau tak salah dia jual durian timbang jugak kot.
Tapi bukan durian tu yang aku nak beli, tak pandai nak kopek pula nanti.
Aku beli yang dah siap dikopek dan letak dalam polisterene.
Last makan durian tahun lepas dalam bulan 9.
Nampak dekat kotak tulis RM18, tapi time nak bayar dia cakap RM15 je.
Alhamdulillah.
Isi durian ni nampak elok, sebab baru je dikopek.
Pini beli 2 bekas, aku beli 1 je.
Cukup la untuk sekadar rasa bila teringin. Nasib baik jenis tak makan banyak sangat durian.
Kalau tak, confirm dah beli berbekas dah.
Kalau di Penang ni, biasanya ayah aku beli durian longgok atau timbang, lepas tu balik dan kopekkan.
Kitorang tunggu tepi je, tunggu masa untuk makan lepas dah dikopek hehe.
Tiba-tiba homeisck pula. Padahal baru je balik minggu lepas. huwaa..
Salam.
Hari kedua CNY. Nasib baik cuti, hehe.
Hari ni baru sempat nak buat entri hadiah yang dapat daripada Kak Amie sempena penghargaan menjadi salah seorang yang meninggalkan komen di blog Kak Amie dan juga berjaya meneka daerah yang Kak Amie belum pernah pergi lagi di Sabah.
Blogger lain semua dah update, aku je yang belum update lagi.
Hadiah sampai time aku balik Penang haritu. Dah balik KK, busy dengan kerja pula.
2 hari ni la ada masa nak online update entri, blogwalking, binge watching drama. hehe
Ni lah hadiah yang aku dapat. Banyak kan?
-Kain batik 2 helai
- Buku Kembara Hikmah
-Keychain
-Brooch owl
-Coin purse bentuk ikan
-
Terima kasih sangat-sangat Kak Amie atas hadiah yang diberikan.
Semoga makin dilimpahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik ya..
suka brooch owl ni, comel.
Buat korang yang suka baca entri pasal makanan dan travel di Sabah, boleh la ke blog Kak Amie.
Banyak entri menarik ada di sana.
Selamat membaca!
Salam.
Ni cerita hari Ahad, time aku oncall. Minggu ni 3 kali EOD (every other day, selang sehari) aku oncall start dari hari selasa minggu lepas.
Ramai yang dah cuti utk CNY kan, jadi yang mana tinggal la akan oncall. Tapi nanti time Raya Puasa, mereka pula la yang akan oncall.
Hari oncall Ahad baru-baru ni agak busy dan penat. Bila penat je, aku mesti akan craving benda yang manis dan sedap. sebab tu la diet selalu ke laut.
Scroll la grabfood, nampak Majeztea.
Terus teringat minuman favourite aku iaitu Cheese Milk Tea. Aku beli sekali dengan fries sebab nak cukupkan minimum harga untuk guna voucher grabfood. haha
Ni lah cheese milk tea favourite aku di Majeztea.
Atas tu ada layer cheese tau.
Minum sejuk-sejuk, memang sedap..
Tiba-tiba rasa macam nak order lagi hari ni. hmmm..
Sebelum ni aku suka minum One in A Melon.
Yang tu pon sedap.
Majeztea ni ada dekat Kota Kinabalu je. Dah ada beberapa cawangan dah.
So kalau yang datang ke KK, aku cadangkan korang cuba la minuman ni. Malas nak ke kedai dia, order guna foodpanda atau grabfood je. Senang!
Bye!