dapat juga makan durian akhirnya..

 

Salam.

Musim durian dah nak habis, baru aku dapat makan durian tahun ni.

Kalau boleh balik Penang, dah lama dapat makan durian. Tapi sebab sorang-sorang dekat Sabah ni, tak rajin pula nak membeli durian sebiji sebiji dan kopek sendiri.

Alhamdulillah, kawan baik (Pini) beli durian dan tolong kopek kan sekali durian tu. Siap letak dalam tupperware lagi.

Mulanya dia offer nak hantar pegi hospital (aku oncall hari tu), tapi takut nanti kuat pula bau durian ni. Jadi aku cakap la, nanti kalau aku free dapat balik rumah kejap, aku singgah pegi ambil rumah dia.

Tapi... bila cakap kalau free tu.. Tiba -tiba jadi busy. Ada patient unstable la, dan aku kena tolong kawan aku. So, bermalam la aku dekat hospital. Tak sempat nak pegi makan durian.

Keesokannya, bila dah cukup rehat lepas oncall, barulah aku ke rumah Pini dan makan durian di sana.



Pemandangan dari balkoni rumah kawan aku, ada tasik belakang tu.



Happy sangat, sebab teringin daripada awal musim durian lagi.

Aku tak ada lah makan banyak sangat, cuma nak rasa je lebih.

Bila dah dapat makan seulas dua pon dah cukup bahagia. Terubat rindu nak balik kampung sikit.


Seulas kebahagiaan....



Aku tak sure pula ni durian jenis apa, sebab dapat dalam tupperware terus kan. Gigih kawan aku tolong kopek kan.

dah la tangan dia tak berapa okay, ada ligament problems. Terharu sangat..




You Might Also Like

8 ulasan

  1. Alhamdulilah akhirnya rezeki dapat juga merasa doyan tahun ni ye...!
    Arghh tetiba cam nk makan doyan lagi ni hahha...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, merasa jugak awak makan durian, baik betul kawan tolong kopekkan utk awak...

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dapat makan durian. Suami Kak Amie siap bagi amaran kalau kakak ikut dia ke pasar. Katanya: Jangan beli durian. Hahahaaaa....sebab dia dah mabuk durian.

    BalasPadam
  4. makan2 silakan syu heheee..lepas gian hehee

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah . Dapat juga ya makan durian

    BalasPadam
  6. mama tetiba craving durian la pulak

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah... Akhirnya merasa jugak Syu makan durian. Memang terharu ada kawan yang baik hati bagi durian siap kopek lagi walaupun sakit ligamen tu ha. Gigih dia. Cantik view balcony rumah. Feel macam bercuti pulak sambil makan durian.

    BalasPadam
  8. Sedapnya durian! saya mengidam hehe"

    Jom mulakan bisnes anda dengan buat produk jenama sendiri

    BalasPadam