SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA

 

Salam.

Jom join giveaway ni korang.





SUPRISE yang pernah aku dapat,


Antara SUPRISE yang pernah aku dapat adalah pada tahun 2020. Masa tu, aku dan kawan-kawan pergi roadtrip ke Tambunan, seminggu sebelum birthday aku.

Aku ingatkan bercuti biasa aje. Kitorang memang kerap travel/ roadtrip sama-sama.

Hari kejadian tu aku postcall, jadi dalam kereta aku tidur je la. Dari KK ke Tambunan lebih kurang 2-3 jam perjalanan juga la.

Jadi bila dah check in tu aku terus baring di bilik, sebab penat postcall tak hilang lagi. Malam oncall tu sangatlah eventful. Aku tak dapat tidur langsung seingat aku.

Tak lama lepas aku tidur sekejap, ada kawan aku sorang lagi yang bergerak dari Keningau ke Tambunan pon sampai. Dia gerak asing, sebab dari Keningau kan.

Dia masuk bilik dan ajak aku pergi makan tengahari di bilik Eddy (dia sorang je lelaki, jadi dia tidur 1 bilik asing). Dia dah siap masak dari KK, sebab tau susah cari makanan dekat situ. 

Aku pon dengan semangatnya bangun la kan sebab lapar walaupun masih mengantuk.

Bila aku masuk ke bilik kawan aku, tiba-tiba aku dikejutkan kan dengan 'Happy Birthday, Syu!'

Memang terkejut betul aku time ni. Sebab tak perasan langung diorang prepare barang dan kek semua tu. 

terharu sangat masa ni dengan diorang. Memang ni antara SUPRISE yang aku akan ingat selamanya.




Siap ada hadiah lagi. Aku tak perasan langsung hadiah yang diorang bawa ni. 



Paling best, aku tak bawak pon baju cantik ke ape ke. Kawan aku siap bawak extra baju untuk aku pakai. Lols. 

Tukar baju cantik kejap untuk ambil gambar, lepas tu makan. Haha.




Tamat 22 Sept 2021




You Might Also Like

14 ulasan

  1. Hahah best kan bila ada org buatkan surprise bday utk kita.. Haha knret pernah dpt surprise kena tempek telur busuk hahaha.. Mmg terkejut dibuatnya.. Lawak marah hepi semua ada.. Mmg takkan lupa la insiden bday prank by sislin 😂

    BalasPadam
  2. Good luck Syu.
    Bestnya Syu dapat surprise! Mesti jadi kenangan manis dalam hidup.

    BalasPadam
  3. seronoknyaaa.. plan kawan-kawan kaksyu pun lancar je sebb dh akk sendiri keletihan hahaha. sampai ke kita pulak rasa seronoknya

    BalasPadam
  4. All the best tau. Syu belum ada kesempatan lagi nak join 😁.

    BalasPadam
  5. paling best kalo dapat suprise pada ulang tahun kelahiran kan? Suprise memang best laa.

    btw, All the best Syu! :)

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum, saya singgah di sini dari GA yang sama.. Best of luck to you dan semoga ada rezeki..Wah, memang suprise tue...

    https://www.shikinrazali.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    BalasPadam
  7. Seronoknya birthday Surprise Syu. Alhamdulillah dikelilingi kawan yang baik.
    Semoga ada rezeki dapat surprise gift Aien pulak lepas ni.

    BalasPadam
  8. wahhh bestnyaa birthday surprise tu <3 sweet betul kawan-kawan siap bawakan baju dari awal lagi hahaha

    BalasPadam
  9. sama la masa member buat surprise birthday tu memang tak expect bila masa mereka prepare haha. singgah dari GA yg sama. good luck :D

    BalasPadam
  10. Awwww cutenyaaa kawan2. Best kan dapat surprise dari kawan2. kalau dorang ingat pun dah happy dah

    Blogwalking dari GA yang sama . Semoga ada rezeki :D

    https://theathra.blogspot.com/2021/09/suprise-giveaway-by-aienienka.html

    BalasPadam
  11. Memang betul2 surprise.. haha.. Semoga dimurahkan rezeki selalu kak.. Take care.. All the best for segmen ^^

    BalasPadam