Beli green tea online sebab nak dapat FREE mug

 

Salam.

Kebanyakan barang yang aku beli online adalah makanan.

Kimchi pon aku beli online je. Sampai kawan aku cakap, kat Sabah tak ada ke sampai kena beli online. Haha.

Aku jawab la, malas nak pergi beli dekat kedai. Beli online lagi senang, tekan-tekan je. Lepas tu tunggu barang sampai dekat klinik. (aku guna alamat klinik untuk pos barang, sebab senang. Kalau letak alamat rumah sewa, sampai ke sudah la tak dapat barang. Jarang ada dekat rumah terutamanya ketika hari bekerja. Baik letak alamat hospital je senang. Barang sampai, nanti akan ada nurse post dalam group. Pernah sekali tu, hari hari barang sampai haha.  Aku jawab la, ni je sumber kebahagian time COVID macam ni. Nak travel tak boleh, shopping je lah kerja nya. Oopss)

Hari tu tengah survey green tea dekat shopee. Terjumpa seller ni. Murah kot harga green tea dekat situ, ada banyak jenis pula tu.

Ternampak pula Ahmad Green Tea sekotak 100 bags green tea, dapat FREE mug. Harga cuma beza RM1 dengan green tea yang sama tapi tanpa mug.

Apalagi, aku ni pantang nampak benda FREE, terus akan beli. Jadi berkotak la aku beli. Tak tau la bila akan habis. Nasib baik sekarang dah jadi habit minum green tea hari-hari..





Harga sekotak ni cuma RM16.90




Ni lah mug nye. Cantik kan?


Tapi tu la. dah sold out la pulak. Terlambat share sini.


Kalau korang nak tengok green tea lain, boleh la cari kat sini. Tengah ada promo juga dekat situ.




Bye!



You Might Also Like

13 ulasan

  1. geng la kita! pantang nampak ada free gift laju je grab haha

    BalasPadam
  2. Dulu-dulu suka juga collect mug percuma ni.. Sekarang keterujaan untuk mengumpul dah hilang.. Haha

    BalasPadam
  3. alahai.. cun nye mug diaaa. suka warna tuu

    BalasPadam
  4. Asalam..ziarah blog ini...follow dah blog ni ya..

    BalasPadam
  5. Cantik mug. Kak Amie pun suka kumpul.

    BalasPadam
  6. Bagus minum green tea syu!
    mug cantik! berbaloi hehee

    BalasPadam
  7. Cantik mug tu . Lepas ni boleh menikmati green tea dalam mug khas

    BalasPadam
  8. Murahnyaaa berbaloi ilerrrr dapat mug pulak tu

    BalasPadam
  9. Jadi habit dah beli online sekarang sejak dah tak boleh nak keluar merata kan. samalah kita, pantang ada benda percuma. Sebolehnya nak ada yang free gift kalau compare harga lebih kurang. Cantiklah mug tu. Habis pulak dah. huhu

    BalasPadam
  10. betul. time covid skrg x boleh ke mana, shopping online ni terapi minda untuk kita. haha.

    BalasPadam