Nasi Kandar Berahi, Putatan

 

Salam.

Sabtu yang lepas, aku ada program di hospital bersama beberapa orang kawan sekerja aku.

Breakfast dah beli Fook Yuen, jadi kena fikir untuk lunch pula.

Masalah besar betul bila fikir pasal lunch ni, sebab tak tau nak makan apa kan.

Jadi, aku tanya la sorang kawan aku ni, ko nak makan apa.

Terus dia cakap nasi kandar..

Nasib baik haritu ternampak kedai Nasi Kandar Berahi, Putatan dah ada dekat foodpanda.

Sebab dari Putatan kan, jadi kos penghantaran dia RM7.90. Nasib baik akaun foodpanda aku adalah foodpanda pro, jimat lah delivery fee di situ.

Aku order lebih kurang 10 bungkus juga la. 

1 bungkus RM12.

Boleh pilih sama ada ayam, daging atau ikan.

Lepas tu ada pilihan sayur pula - acar, kubis, peria goreng

Telur pon boleh pilih sama ada nak telur masin, telur rebus atau telur goreng.

Boleh add on begedil juga.


Aku nak add on begedil, tapi terlupa. Jadi nak beli balik untuk begedil je macam tak berbaloi. sebab free kos penghantaran untuk order RM25 dan ke atas bagi akaun foodpanda pro.

Takpelah, next time kita order dengan begedil sekali..


Nasi Kandar Berahi, Putatan



Pilihan aku adalah ayam goreng, kubis dan telur masin.

Alhamdulillah, kenyang..


Rabu minggu ni pula, kawan aku repeat order nasi kandar ni lagi. 

Nak order begedil time ni, tapi tak ada pula dalam pilihan masa tu. huwaaa..


Tapi, dapat lah makan sebungkus lagi (hancur diet) haha.


 diet aku, kalori defisit, so boleh la nak makan. Asalkan petang tu pegi jogging. 


Jadi, ada 2 pilihan nasi kandar di KK untuk aku pilih sekarang. Sama ada Nasi Kandar Berahi di Putatan ataupun Nasi Kandar Chombi (kena pre-order) di Cybercity.

Kiranya kalau teringin nak makan tiba-tiba, boleh je order dekat foodpanda.

Terubat lah homesick tak dapat balik kampung lagi kan..


K bye!

You Might Also Like

8 ulasan

  1. Last makan nasi kandar masa kat Kulim. Tahun 2010. Rindu nak makan. 😭

    BalasPadam
  2. sedapnya..tapi satu je akak failed bila makan nasi kandar macamni, portion nasi dia berlambak. akak jenis makan sikit. kadang jenuh nak perabiskan..

    BalasPadam
  3. Sedap.. Plan asal lunch td mmg nak nasi kandar. Tp dh terlewat malas nak tukar haluan.. Nasi ayam aja sudha

    BalasPadam
  4. Nama nasi kandar dia lain macam. Saya jenis kurang makan nasi kuah banjir macam nasi kandar. Tapi makan tu boleh je. Semoga ada rezeki Syu dapat makan dengan begedil nanti next order.

    BalasPadam
  5. Menggoda betul nasi kandar yang dah soaked dengan kuah begitu :)

    BalasPadam