Cara rebus telur burung puyuh

 

Salam.

Cara rebus telur burung puyuh. Saja nak buat entri ni, senang untuk rujukan aku pada masa akan datang.

Tak salah aku, dah beberapa tahun tak makan telur puyuh.


Time oncall hari tu, ada sister (ketua jururawat) tanya, ada tak yang nak beli telur puyuh. Ada nurse ward sebelah yang jual.

1 bekas - 12 biji RM4. Aku rasa murah la harga dia, sebab aku biasa nampak telur puyuh yang dijual di Pick n Pay (mini supermarket) berdekatan rumah aku harga dia hampir RM10. Itu yang tak pernah beli pon, sebab rasa macam mahal.

Jadi bila dah ada yang menjual, apa lagi.. Aku cakap nak 2 bekas (24 biji telur puyuh) dengan harga RM8. Murah ke? Aku pon tak pasti. Maybe di semenanjung lagi murah kot. Dekat Sabah ni biasa harga barang memang lagi mahal. haha.



2 bekas telur puyuh (24 biji) - RM8


Bila dah beli, kena la masak kan. Aku tak ada idea sangat nak masak apa, ingat nak buat sambal telur puyuh je. Nak buat macam side dish korea macam dalam drama Its Okay to Not be Okay, tak pandai la pula.

Jadi, aku guna untuk campur dengan sup ayam yang dimasak.


Google la aku cara nak rebus telur puyuh ni. Tak pernah masak/rebus sendiri kan..

Di bawah ni cara dia..


Cara rebus telur burung puyuh


1. Masak air sampai mendidih, masukkan sedikit garam.

2. Bila air mendidih, masukkan telur puyuh dan biarkan selama 4 minit. 

3. Dah siap, sejukkan dan kupas macam biasa. 


kecil betul telur puyuh, struggle juga la nak kupas kulit dia. haha.




Ok, ni lah hasilnya. Aku guna 12 biji dulu. Lagi 12 biji kita guna kemudian ya.



Bye!


You Might Also Like

4 ulasan

  1. Salam, lama tak makan telur burung puyuh. Sedap letak dalam sup tu, terima kasih atas perkongsian, boleh la beli telur burung puyuh nanti..

    BalasPadam
  2. suka mkn telur puyuh.. sekali ngap saja... pasni balance tu rebus boleh buat masak sambal.. dapnyer

    BalasPadam
  3. eh murah tu Syu. Jarang makan telur puyuh sebab harga kat semenanjung boleh tahan mahal jugak kan. Part nak kupas kulit tu leceh jugak sebenarnya. sebab comel comel saiznya. Tapi sedap. Buat sambal telur pun sedap makan dengan nasi lemak.

    BalasPadam
  4. ammi pun taktau brp harga kat semenanjung..sbb selalu tau order je hahah.
    ammi suka letak dlm kuah lontong..sedapnya

    BalasPadam