Nasi Goreng Kangkung

 

Salam.

Ternampak resepi ni dekat blog Busyra. Kebetulan ada beli kangkung hari tu. Tapi tak guna lagi.

So, dapat idea untuk buat nasi goreng kangkung. Jadi lah untuk breakfast weekend ni.

Simple-simple je, sebab sorang je yang makan pun.

Housemate diet, so makan sorang je lah. Haha.



Aku send gambar ni dekat akak aku. Lepas tu dia tanya, sikit nye makan? aku jawab la. tak sikit, banyak macam biasa. lepas habis 1 pinggan ni, aku tambah lagi. haha.

Terasa sihat, sebab banyak kangkung..


Ada baki lagi. aku simpan dalam tupperware, boleh makan untuk breakfast esok.


Resipi simpan sini senang untuk rujukan aku semula nanti. haha


Bahan- bahan


Nasi 

Kangkung

Telur (aku guna 4 biji, sebab isi ayam dah habis)

Daun bawang (aku guna ni sebab ada banyak baki lagi, nak habiskan haha)



Cara Masak

1. Masukkan minyak, tumis daun bawang.

2. Pecahkan telur dan kacau.

3. Masukkan nasi, kangkung dan garam secukup rasa. Kacau lagi.

4. Siap!



p/s: korang makan apa hari ni?


You Might Also Like

12 ulasan

  1. Makan nasi goreng juga, tapi bubuh kacang panjang.

    BalasPadam
  2. Nasi goreng kampung kita suka tapi nasi goreng kangkung kita kureng sket hahaha..
    Macam mengacau la kangkung tu unless kita buat kangkung goreng belacan...
    hahaha mcm2 la k ret nikan, padahal sma je haha

    BalasPadam
  3. sedapnyaaa..kak shida suka kalau byk2 sayur ni..like <3

    BalasPadam
  4. Menarik juga.. Tapi kalau banyak sangat kangkung memang letak ke tepi sikit..

    BalasPadam
  5. Nasi goreng yang paling mudah dan sedap. Tambah ikan bilis goreng. Tak cukup satu pinggan.

    BalasPadam
  6. sedap nasi goreng kangkung!
    td dh breakfast nasi lemak aje.. haha

    BalasPadam
  7. tambah telur dadar garing...pergh

    BalasPadam
  8. Aaaaaa sedapnyaaaa. Breakfast tadi cucur ubi lunch Sambal sotong malam diet :P tibahhhhh nanti fikir nak makan apa hehe

    BalasPadam
  9. sedap dan berkhasiat. mama mmg suka kangkung

    BalasPadam
  10. Sedap nasi goreng kangkung. Saya pun baru masak 2 hari lepas. 2 hari breakfast ulang masak menu sama sebab ada stok kangkung.

    BalasPadam