Salam.
![]() |
klik |
Blurb Memoir Kampung Boy - Ia mengisahkan tentang cerita kanak-kanak di zaman 1970 dan 1980-an di mana watak aku (Kenit) memaparkan aktiviti serta apa yang dialaminya ketika itu. Ketika zaman tiada gajet yang canggih, ‘aku’ dan rakan-rakannya bermain apa sahaja yang dapat menghiburkan hati mereka. Kisah ini bermula perpindahan dari Pekan, Pahang ke Johor Bahru (JB). Di JB, ‘aku’ mendapat sahabat karibnya bernama Rais dan Kajid yang memperkenalkan banyak permainan sewaktu zaman dulu, seperti main ‘gundu’, baling selipar, tarik upih pinang, permainan ‘cakar ayam’ dan sebagainya. Namun masa amat mencemburui persahabatan mereka.
Tamat 15 April 2022
Salam.
Hari tu ada beli daging 1kg di Pasar Besar KK, masa kawan aku Inah datang melawat.
Tak tau nak masak apa, jadi masak kicap pedas je la ya. Masak separuh je, kalau 1kg jenuh tak habis nanti.
2 orang makan je kan, tapi ada baki juga walaupun dah makan sekali.
Resipi dia sama je macam ayam masak kicap pedas yang aku selalu buat, cuma tukar daging je.
Daging Masak Kicap Pedas
Nak menunggu daging masak pon lama juga, supaya daging tu betul-betul empuk dulu.
Dah la perut lapar masa tu. Salah pilih menu pula, time tengah lapar nak masak daging haha.
Kalau ada pressure cooker, lain lah..
Selepas 2 jam, siap juga daging tu.
Dimakan bersama terung bakar air fryer.
Sedap pula bila tengok balik gambar makanan ni.
Tapi nak pergi pasar cari daging ni yang susah. Tak ada masa free.
Next time la cari daging kalau betul-betul teringin. Kalau tak, foodpanda/ grabfood je cari menu daging di kedai makan.
Salam.
Akhirnya weekend juga.. dapat la aku berehat weekend ni. Rasa penat betul minggu ni.
Nasib baik tak oncall weekend kali ni, dapat la cuti 2 hari berturut-turut.
Mulanya plan nak ke Maragang Hill, Kundasang hari ni. Tapi ramai pula yang tak jadi dan aku pon rasa penat sangat, tak mampu rasanya nak pergi hiking pula.
Nak berehat puas-puas je weekend ni.
Jadi, ni la masanya untuk update blog.
Scroll galeri gambar, tengok mana yang belum tulis dekat blog lagi.
Ternampak pula gambar Ketam Masak Lemak Cili Padi Nenas ni.
Bukan aku yang masak, tapi kawan aku Inah yang datang hari tu.
Memang sedap sangat. Alhamdulillah.
Makan dengan baki kangkung goreng belacan hari sebelum tu.
Ada banyak lebihan, tak baik membazir.
sedap pula nampak...
ok la, bye!
Salam.
Ni kali kedua aku makan bingsu di MyKori. Kali pertama di MyKori Dessert Cafe, Putatan.
Kali ni makan di sini pula - MyKori Dessert Cafe , Inanam.
Kafe ni tutup dalam pukul 9 malam. Jadi lepas makan di Peppermint, terus gerak ke sini pula.
ada la lagi sejam untuk lepak makan bingsu di sini.
Kami order 1 bingsu je, dengan 1 waffle.
Bukan makan berdua, tapi bertiga. Sorang lagi kawan aku datang join kami lepas tu.
Tak boleh makan banyak sangat dah, sebab kenyang lagi makan bihun sup vietnam.
Salam.
Drama korea apa yang korang layan/ tengah tengok sekarang?
Aku ada banyak yang tengah tengok, tapi tak habiskan lagi.. sebab bila dah tak tengok tu, macam boleh je tak sambung tengok.
Sebab banyak drama yang aku tengok adalah drama yang masih ongoing. Bila dah stop tengok, tak sambung-sambung pun walaupun drama tu dah habis ditayangkan.
Antaranya:
Ghost Doctor
Our Beloved Summer
Satu drama ongoing yang aku tengah tengok sekarang ni ialah A Business Proposal. Jalan cerita dia cliche sangat, adaptasi daripada webtoon.
Tapi drama cliche macam ni lah yang selalu best nak tengok. Haha
Sebab lain, adalah mesti la pelakon dia.
2 main couple ni pelakon yang aku suka.
Ahn Hyo Seop
Kim Se Jeong
Kim Min Gyu
Seol In Ah
So far, baru episod 4. Minggu depan keluar episod 5 & 6 pula.
Sekarang ni dah tak macam dulu, yang tak sabar nak tunggu next episod. Sebab tu dulu tak boleh tengok drama yang masih ongoing, sebab nanti tak keruan tunggu next episode. haha
Tadi scroll dekat facebook, ada yang share link webtoon drama ni.
Aku share dekat sini, kalau aku rajin boleh la baca webtoon dia.
Kalau tak, aku tunggu je drama dia.
Webtoon Link - Drama : A Business Proposal
Webtoon : https://mangaowls.com/single/54283/the-office-blind-date
p/s: sekarang tengah layan drama The One & Only pula. Melodrama, sedih..
Salam.
Cerita minggu lepas lagi, masa kawan aku Inah datang KK.
Salah satu wishlist makanan yang nak dimakan ialah di Peppermint.
Ni salah satu kedai makan kegemaran dia juga la. Aku pon peminat nasi ayam vietnam di Peppermint juga.
Kalau tak makan nasi ayam vietnam, aku akan makan bihun sup vietnam. Sedap!
Hari tu kami rajin ke restoran Peppermint. Inah nak makan beef stew dia, tapi dah habis. Kami datang pon waktu malam kan, mesti lah dah habis.
Jadi Inah makan nasi ayam vietnam dan aku pula makan bihun sup dia.
Kami order sorang satu kopi vietnam.
Kopi vietnam.. Kena tunggu kopi dia dah siap ditapis, lepas tu masukkan ke dalam gelas berisi ais di sebelah dia tu. Penapis kopi aku tu macam ada problem, jadi aku kena tunggu lama untuk kopi tu ditapis habis.
sabar je lah ya.
close up bihun sup vietnam.
favourite aku.
Siap makan di Peppermint, kami cari bingsu pula. Aku akan update next entri ya.
Beberapa hari lepas tu, kami beli makanan di Peppermint guna grabfood. Tercapai juga hasrat Inah nak makan beef stew dia. Nak makan di kedai masa ni tak larat sebab baru je balik roadtrip dari Kudat.
Bye!