Salam.
Happy weekend semua. Minggu ni aku tak ke mana-mana, jadi ada masa di rumah.
Semalam (sabtu), aku ke Centre Point untuk derma darah. Memang dah sampai masa (setiap 3 bulan) untuk menderma darah. Biasanya aku derma darah di HQE2 je. Tapi alang-alang tau ada big blood donation drive, tunggu je lah derma di sana. Biasanya akan dapat banyak goodies.
tengahari semalam aku dan kawan aku pon ke Centre Point untuk menderma darah di sini. Orang agak ramai masa ni. Tapi katanya, ramai lagi sebelah pagi tadi nya.
Macam biasa isi borang, dan check darah merah (hb) dan tekanan darah. Alhamdulillah, lepas semuanya. Pernah beberapa kali juga aku tak lepas untuk derma darah sebab hb rendah (tapi masa tu aku derma darah 2 bulan sekali la. lelaki je yang boleh derma darah 2 bulan sekali sebab setiap bulan tak ada blood loss.)
Kali ni pon sekali cucuk je dah berjaya dapat. Darah pon mengalir dengan laju, jumlah 450mls sahaja. Setakat ni kalau derma darah biasanya okay, tak pening. Pernah sekali je dulu beberapa tahun lepas aku derma darah dan pening. Kena duduk dan rehat lama sikit baru lah okay.
dah siap derma darah, beratur pula dan ambil sijil. Best juga dapat sijil, boleh simpan. Kalau tak ada event macam ni, tak dapat lah sijil.
Ni lah goodies yang aku dapat.
ni yang dalam beg merah tu.
Ni lah semua barang yang ada dalam 1 beg tu.
Kalau penderma yang menderma lebih 20 kali ke atas, akan dapat 1 lagi extra bag dan nama diorang akan dipanggil atas stage.
Aku dah lebih 20 kali, tapi buku sebelum ni hilang. Buku sekarang sampai 19 kali je. Takpelah, tak ada rezeki.
Salam.
Semalam nampak dekat IG story kawan aku hujan lebat tak berhenti-henti di Penang.
Lepas tu bangun pagi tadi akak aku send gambar banjir di kawasan rumah aku.
Rumah aku di Bukit Mertajam. Dekat situ macam ada beberapa tempat yang banjir kalau tak salah.
Dah lama tak hujan lebat macam ni sampai banjir.
Nasib baik air masih belum masuk rumah mak aku lagi. Tapi rumah jiran/ relatives aku yang rendah sikit dengar-dengar dah masuk air.
Jenuh la nak cuci nanti.
Banyak kali juga masa kecil dulu kawasan rumah aku banjir. Dulu, rumah aku selalu masuk air kalau banjir sebab rendah. Lintah di sana sini. Aku ingat lagi lintah pernah naik sampai ke paha aku.
Mula-mula mesti la jerit dulu, lepas tu tarik keluar lintah dan letak dalam baldi yang ada air sabun. Geli tu memang geli juga la. Padah suka mandi air banjir masa kecil-kecil dulu. haha. Pengalaman yang tak dapat dilupakan.
Harap-harap banjir akan segera surut dan tak makin teruk. Aminn.
Salam..
Baru perasan bulan ni tak ada entri lagi. Busy betul ya..
31 Oktober 2022: oncall last minute - ganti kawan, sebab dia tak sihat.
1 Nov 2022: Postcall. Time ni ingat nak makan dan qada tidur je. Memang penat nya tak boleh nak cakap la. Memang nak baring atas katil je rasa.
2 Nov 2022: Oncall lagi. Ni memang oncall aku pon. Masih terasa kepenatan postcall semalam yang tak hilang lagi. Ramai juga pesakit yang dirujuk dekat aku positif covid bila check. Datang ke kecemasan sebab masalah jantung, masa nak masuk ke ward, kena check covid test dulu, tup-tup positif pula. Dalam 2-3 orang la pesakit yang dirujuk kepada aku yang positif masa tu. Tapi masa aku tengah review pesakit di bahagian kecemasan, ada pesakit lain yang positif covid juga. Makin bertambah dah kes covid sekarang.
3 Nov 2022: Postcall. Shopping last minute sebelum trip ke Singapore besoknya hihi.
4 Nov 2022: Flight ke Singapore. Trip oversea pertama sejak Pandemik Covid-19 dari tahun 2020. Rindunya nak travel, dah 3 tahun tak dapat ke mana-mana gara-gara Covid-19.
Trip 2020 yang sepatutnya ke Bali pon terpaksa dibatalkan gara-gara Covid-19. Padahal masa tu Covid-19 belum di Malaysia lagi, tapi boss aku yang pujuk/paksa kami untuk cancel trip ke Bali tu. Terpaksalah.. Nasib baik dapat refund juga.
5 - 7 Nov 2022: Di Singapore!
8 Nov 2022: Balik kerja je terus oncall lagi. Ni oncall ganti kawan juga lah, dia Covid-19 positif, tak ada orang dapat ganti. Aku pon ok je lah, nak kena cari duit lebih, banyak dah berhabis di Singapore haha.
9 Nov 2022: Postcall. Ada masa kejap, buka laptop dan blogwalking. Lama tak tengok blog & blogwalking ke blog korang semua.
Singapore Trip 2022
Eh berbalik kepada Singapore Trip baru-baru ni..
Tujuan utama aku ke Singapore adalah untuk ke USS (Universal Studios Singapore).
First step sebelum ke sini, survey flight ticket dulu.
Harga boleh tahan juga, RM292 return KK- Singapore- KK. (Aku guna AirAsia SUPER+ subscription).
Kawan aku beli tak guna pass ni, flight dia RM300+ je. Kira murah la.
Sebelum fly ke sana, tambah luggage 25kg ke Singapore & 30kg balik dan bahagi 2. Total sorang untuk luggage return dalam RM157.
Ambil luggage siap-siap sebab takut nanti terlebih kg susah pula. Kena beli on the spot dekat aiport berdouble triple mahal nya.
Kami guna public transport je di sana, sampai je di airport beli Singapore Tourist Pass dengan harga 38 SGD - unlimited use untuk MRT & bas selama 3 hari. Beli pass ni senang, kalau tersesat pon, naik turun bas je, tak payah fikir bayar extra.
Exchange rate?
Tukar duit sehari sebelum pergi, aku dengan kawan aku tukar di Suria Sabah Mall - rate masa tu 1SGD = RM3.36.
Mahal kan sekarang?
Aku tukar tak banyak, 200 SGD je = RM672. Yang lain aku topup dalam Bigpay je. Senang sikit. Kira sebagai back up lah.
OKlah sampai sini je entri kali ni. Aku harap aku akan komited habiskan entri ke Singapore kali ni.
Bye!
Salam.
Tadi blogwalking kat blog Kak Amie, ternampak entri pasal pizza.
Terus rasa teringin nak makan pizza. sebenarnya dalam mood diet (konon-nya). Jadi ingatkan boleh simpan/tangguh dulu la niat nak makan pizza tu.
Tapi tiba-tiba rumah aku tak ada air, terus jadi stress kejap. Nasib baik lepas tu dah ada air, tapi air keruh la pula. Harap- harap jernih semula la air tu nanti.
Disebabkan stress kejap tadi tu, terus ter-order pizza di foodpanda (alasan je). Haha.
Chicken Confidential
Time nak order tu berkira-kira juga dalam hati, kalau tak dapat guna voucher foodpanda, tak payah order. Tapi dah rezeki kan, dapat pula voucher foodpanda. Biasanya time petang macam ni dah tak ada voucher foodpanda sebab dah ramai guna.
Voucher yang digunakan 'pesta panda'. dapat diskaun RM12.54.
Jadi pizza yang sedap ni harga dia RM12.54 juga. dan macam biasa, aku akan klik shopback dulu sebelum bayar.
Tabur chilli flakes dulu, baru makan. baru sedap bila pedas.
Alhamdulillah, kenyang.
Salam.
Sambungan trip ke Kudat hari tu.
Pantai Bak Bak ni betul-betul berdepan dengan tempat yang kami tinggal - 9 Huts on A Hill ni.
Walking distance je untuk ke pantai ni.
PANTAI BAK BAK
Kami ke Pantai Bak Bak agak lewat dah. Masa tu dalam pukul 5 petang ke atas.
Air surut, jadi tak nampak sangat air laut.
Kami jalan di persisiran pantai. Dulu masa kami ke sini, ada basikal yang disediakan jadi boleh jalan jauh sikit.
Tapi kali ni tak ada basikal, jadi jalan kaki aje lah. Tak jauh sangat kami jalan macam dalam 500 meter je dari tempat kami tinggal.
Takut pula nak jalan jauh situ, cuaca pon dah nak gelap.
Kami duduk di tebing yang disediakan di situ dan melayan perasaan.
Dan nak dekat masuk maghrib, kami pon balik semula ke huts tu.
Jalan turun ke pantai. Malam-malam lagi cantik.
Dari hut kami, dah nampak Pantai Bak Bak ni.
Salam.
Hujung minggu lepas (8-9 Oktober 2022) aku ke Kudat pula.
Weekend sebelum nya aku ke KL. Ada je kan aktiviti hujung minggu aku.
Rasa penat juga la sebab tak ada hari yang betul-betul bermalasan di rumah je. Tapi, takpe sebab jalan-jalan tu pon cara untuk destress diri sendiri.
Kali ni kawan aku, Atim pula yang datang KK dari KL. Kalau ikutkan, Atim pon sebulan sekali akan datang KK.
Sebelum ni pon dia kerja hampir 3 tahun di KK, balik KL pon sebab sambung master. Atim pon ex-housemate aku juga di KK. Kami study di UKM, sama batch. Tapi sejak dia datang kerja di KK lepas tamatkan HO-ship kami jadi rapat sebab tinggal sekali.
Atim yang ajak pergi Kudat. Nak stay di 9 huts on a hill. Sebelum ni kami pernah menginap di sini, tak salah aku pada tahun 2018. Lepas tu Atim ada pergi lagi sekali dengan rakan sekerja dia kot.
Disebabkan lama juga tak ke Kudat, aku pon setuju aje lah. Dah beberapa kali Atim datang KK tapi tak pergi jalan jauh pon. Lepak di KK je, dan join medical camp. Tak sempat lagi aku nak buat entri pasal medical camp ni.
Ok lah, berbalik kepada tajuk.
Kami tinggal di sini semalam je. Aku buat online booking di Agoda. Dan aku tak lupa juga gunakan akaun Shopback sebelum buat booking ni.
9 Huts on A Hill, Kudat
Aku book di Agoda dengan harga RM240 untuk 1 malam.
Di sini ada 9 huts je tau, sebab tu nama tempat ni 9 Huts on A Hill.
Di depan tempat ni, ada pantai tau. Walking distance je. Dari bilik pon nampak.
Nama pantai ni adalah Pantai Bak Bak.
Dulu masa aku ke sini, ada basikal yang boleh dipinjam untuk naik sekitar kawasan ni. Tapi rasanya basikal tu dah rosak sebab tak digunakan ketika Covid-19 hari tu.
Masa kami pergi ni tak semua hut full, ada juga kosong. Rasanya separuh je ada orang. Lagi separuh tu, kosong.
Jom kita tengok dalam hut ni.
Katil queen
Ada water heater juga. Tapi aku tak sure berfungsi ke tak sebab aku tak guna. Cuaca sana panas dan kering, so mandi air sejuk pon dah okay.
tempat makan di luar
Kat sini ada shared kitchen juga, lupa pula ambil gambar.
Tempat reception















