Salam.
Ni kisah 2 Disember yang lepas, semasa aku di Penang.
Lepas balik dari KWSP, aku ke sana dengan kakak aku. Plan nak ke Maxis Centre dengan Huawei.
Lepas dah ke 2 tempat tu, memang dah sampai masa untuk makan tengah hari. Walaapun pagi tu dah breakfast di Pak Mat Western, tapi cepat juga dah lapar balik.
Pusing kejap food court AEON Mall BM, tapi tak banyak kedai makan yang buka. Nak makan Sushi King, tapi teringin nak makan ramen la pula. Tak pernah lagi aku makan di Ichiban Ramen sebelum ni. Kiranya ni kali pertama la walaupun kedai tu dah lama di situ.
Ichiban Ramen
Antara menu yang ada;
Order online juga;
scan QR code dan order
Aku order Spicy Chicken Ramen. Takut kalau tak pedas nanti cepat muak.
Tapi rupa-rupanya tak pedas sangat pon. Rasa muak la juga lepas tu.
Yang kuah merah pekat tu Mala Ramen.
gyoza - side dish
Sedap juga.
Macam biasa, wefie dulu sebelum makan. Simpan di sini sebagai kenangan.
Total dalam RM50+ untuk 2 orang makan. Ok la, bukan selalu kan.
Bye!
Salam.
Aku balik ke KK dari Penang pada hari ahad 4 Disember yang lepas. Flight aku pada sebelah petang, jadi ada la masa lagi pagi tu duduk di rumah.
Awal pagi nya dah bangun awal untuk makan nasi lemak hijau, jadi bangun lambat sikit la pagi tu.
Ingatkan takde pergi mana-mana dah. Tiba-tiba akak aku ajak ke Family Mart, dan dia nak singgah beli Zus Coffee juga lah.
Aku pon ok je, boleh la pergi makan oden. Lama pula tak makan kan.
Dah ke Alma singgah Family Mart beli Oden, dan ambil Zus Coffee (order secara pick up). Kami pusing-pusing area situ pula cari kedai nasi campur.
Oden family mart
Aku tak beli coffee, sebab nanti nak naik flight. Susah kalau asyik nak ke toilet.
So aku beli Australian Hot Chocolate. Sedap juga!
Teringin pula nak makan nasi campur sebelum balik ke KK nanti. Jauh juga la mencari, sebab hari ahad kebanyakan kedai nasi campur yang biasa kami beli tutup.
Akhirnya sampai ke Kulim, Kedah kami mencari nasi campur. Jauh betul. Lebih kurang 45 minit ke sejam juga la dari rumah aku.
Beli bungkus je, lepas tu balik makan di rumah dengan mak aku. Lepas tu tak sempat rehat sangat dah, sebab dah nak kena gerak ke Penang Airport pula.
Jarak dari rumah aku ke Penang Airport tak jauh sangat, dalam 45minit macam tu dah sampai kalau jalan tak jem.
Mak dengan kakak aku drop aku dekat airport je, lepas tu terus balik. Aku pon terus je masuk boarding area, sebab tak sampai sejam dah nak boarding flight. Sebab tak ada luggage yang nak check in kan, jadi boleh la datang ke airport lambat sikit.
Boarding pass pon tak payah print, sebab kalau tak ada luggage memang tak ada barcode untuk print boarding pass pun, guna mobile boarding pass je. Ni untuk Air Asia lah ye.
ok bye!
Salam.
Hari ni aku ke KWSP untuk urusan pengeluaran akaun 2 KWSP. Ingatkan nak settle masa cuti di Penang haritu, tapi terlupa bawak balik satu dokumen. Huwaa. Penat je pergi KWSP hari tu. Nasib baik akak aku ok je teman aku ke sana.
Jadi hari ni ada kesempatan, aku ke KWSP cawangan KK kejap. Alhamdulillah, orang tak ramai dan senang sangat berurusan dengan staff KWSP. Semua nya sangat helpful.
Cuma aku tak biasa ke KWSP cawangan KK ni, besar juga kawasan dia. Aku parking di belakang mana entah, jadi jauh juga nak kena jalan. Tak jumpa pula pintu utama KWSP ni haha.
Next time kena parking betul-betul depan bangunan, dekat sikit dengan pintu masuk dia.
Cara keluarkan Akaun 2 KWSP untuk urusan beli rumah
Di sini, aku senaraikan dokumen yang perlu ada.
Aku beli rumah daripada pihak pemaju.
Dokumen penting yang kena ada;
-IC (tak perlu photocopy pon)
-Loan offer dari bank (kena bawak original & copy)
-Surat SPA (original & copy)
Kena bawak both original dan copy sebab staff KWSP akan tengok yang original juga. Yang copy diorang akan ambil.
-Surat lawyer (lawyer aku bagi surat sekali, aku bawak je. Optional)
3 dokumen di atas je paling penting yang kena bawak ye.
Sebelum ke sana, aku ada baca juga borang mana yang patut isi. Aku dah donwoad dan print 2 mukasurat yang penting dan perlu di-isi je.
Borang KWSP 9C (AHL) dan Senarai Semak Dokumen
ni lah borang penting yang kena isi. Boleh juga isi di sana, tapi bagus isi siap-siap je. Senang dan cepat sikit nanti.
Dah ada semua dokumen dan borang di atas, walk in je ke mana-mana cawangan KWSP berdekatan.
Dulu kena buat temujanji online, sekarang boleh walk in dah macam biasa.
Urusan di kaunter dengan staff KWSP tak lama, lebih kurang 10-15 minit je. Sangat cepat.
Dah siap, kena tunggu dalam masa 15 hari. Kalau dah lulus, diorang cakap akan dapat SMS.
Jadi, aku tunggu je la buat masa sekarang.
Salam.
Tengah malam tadi makan nasi lemak juga. Beberapa bulan lepas, mak aku ada cerita pasal nasi lemak hijau ni.
Nasi Lemak Hijau ni dijual seawal 2 pagi, dan dah berapa kali mak aku makan.
Ayah aku akan ke kedai dan bungkus nasi lemak untuk makan di rumah.
Jadi bila aku balik kali ni, ayah aku cakap akan beli lagi. Jadi awal pagi tadi ayah aku pergi beli Nasi Lemak Hijau ni dan bungkus untuk kami.
Ayah aku pergi dalam pukul 2 pagi dan balik dalam pukul 2.45 pagi. Ayah aku cakap ramai juga orang beratur, itu yang lambat.
Sanggup bangun awal pagi untuk makan nasi lemak ni. Mulanya ayah aku ajak makan di sana, tapi aku malas pula nak makan di kedai awal pagi macam ni. haha.
ayah aku letak lauk sambal sotong & ayam goreng.
Beli 4 bungkus dengan harga RM35. Aku rasa murah juga la, sebab ada sambal sotong dan ayam.
Sambal dia bagi aku ok juga la. tak ada lah yang sedap sangat-sangat, tapi sedap juga la.
lepas makan tak boleh terus tidur, jadi tengok drama kejap lepas tu baru lah sambung tidur.
Hari ni last di Penang, petang nanti akan naik flight balik ke KK, Sabah.
Ohh, cepatnya cuti habis, baru je rasa sampai Penang.
Esok dah kerja balik (oncall pula tu). Sila bertabah...
Salam.
Pagi ni aku makan nasi lemak lagi. Kalau boleh, hari-hari nak makan nasi lemak kalau balik Penang ni. Sebab dah balik KK, Sabah nanti susah nak cari nasi lemak yang sambal dia sedap.
Ingatkan pagi ni tak nak makan sebab nak simpan perut untuk makan di kenduri tengahari nanti, tapi macam tak boleh tahan pula. Dah biasa breakfast, kalau tak makan memang rasa lain macam.
Jadi aku scroll la foodpanda, cari kedai nasi lemak yang ada. Ada banyak pilihan juga, tapi aku pilih ZM Nasi Lemak Campur.
ZM Nasi Lemak Campur
Aku tanya mak dengan akak aku nak nasi lemak ape, diorang cakap tak nak.
Tapi aku beli je la lebih sebab nak cukupkan free delivery. Nasib baik beli lebih.
Aku punya - Nasi Lemak Ayam Goreng + telur mata
Aku beli nasi lemak sotong, nasi lemak sosej dan nasi lemak biasa juga.
Nasi lemak sotong mak aku makan separuh, katanya sedap. Tapi tak boleh makan habis, sebab takut nanti kenyang sangat.
Aku la yang habiskan lagi separuh tu.
Akak aku pula makan nasi lemak sosej. memang beli untuk akak aku pon.
total RM18.10
Agak mahal juga la kalau ikutkan, ni ada vouher foodpanda jadi harga dia ok-ok la.
Salam.
Hari ni akak aku ambil cuti juga. Aku nak ajak akak aku ke KWSP untuk urusan beli rumah.
Sebelum ke sana, kami singgah di Pak Mat Western dulu untuk breakfast. Kedai makan Pak Mat Western ni sangat lah dekat dengan rumah aku, tak sampai 1km pun.
Pak Mat Western
Aku selalu nampak di facebook pasal breakfast di Pak Mat Western ni yang agak murah.
Jadi ni lah masanya untuk aku cuba.
Rupanya sekarang di Penang nak order makanan secara online je. Mudah sangat.
scan dulu qr code yang ada di meja. lepas tu akan ke website ni. pilih je nak order ape.
Ni yang kami order.
Nasi lemak - 2, Teh Tarik , white coffee dengan Roti Telur Goyang. Total RM 8.15.
Lama juga tunggu order siap. Maybe dalam 10 minit macam tu. Orang agak ramai masa ni.
Sempat lagi ambil gambar.
Tak lama lepas tu nasi lemak pon sampai. Nak tunggu roti telur goyang sampai sekali baru nak makan, tapi lambat juga.
Last-last kami makan je dulu.
wefie dulu sebelum makan
Dah nak habis makan nasi lemak, baru roti telur goyang sampai.
Roti telur goyang
Nasi lemak dia besar juga portion, jadi memang sangat kenyang.
Jadi jenuh juga la nak habiskan roti pula lepas tu walaupun aku share dengan akak aku.
sambal dia pedas, sedap. nasi dia agak kurang lemak di situ. Itu pendapat aku la.
tapi harga dia sangat berbaloi.
Next time boleh datang makan sini lagi.























