Salam.
Malam tadi masa tengah-tengah scroll grabfood terasa nak makan Borenos Fried Chicken pula.
Sebenarnya tengah mencari korean fried chicken di grabfood, tapi macam tak menarik pula nampak.
Teringat la Borenos, terus la aku order Borenos.
Sekarang ni memang akan makan Borenos je kalau nak makan ayam goreng. Dah tak banyak pilihan. KFC & McD memang tak makan lama dah.
Cuma baru-baru ni ada try balik ayam goreng KFC, tapi tak sedap macam dulu lagi. Ayam dia makin kecil pula tu.
Jadi tinggal lah Borenos sahaja. Yang penting, sedap juga.
Aku beli set nasi & 3 ketul ayam goreng.
Aku request thigh & paha je, tapi terselit juga wings. Tak apa lah, yang penting bahagian ayam yang aku nak ada.
Aku order di foodpanda je, malas nak keluar sebab hujan lebat. KK dah seminggu hujan lebat sebelah petang sampai ke malam.
tapi sejak petang semalam, hujan masih turun tanpa henti sampai la sekarang. Banyak dah tempat yang banjir. huhu
Semoga dipermudahkan urusan mangsa-mangsa banjir..
Salam.
My Nasi Kandar Hameed Kota Kinabalu
Restoran nasi kandar ni dah buka sejak beberapa bulan yang lepas lagi. Tapi baru bulan lepas baru aku rasa nak cuba makan nasi kandar di sini.
Ramai yang review cakap lebih kurang macam nasi kandar di Penang juga.
Biasanya kalau di KK aku akan beli Nasi Kandar Chombi je. Tapi susah sikit sebab nasi kandar ni kena pre-order (ada seminggu sekali je) dan kalau nak pick up sendiri tu agak jauh dari tempat aku dan kalau guna grab pula dalam belas-belas ringgit. Tak berbaloi kalau beli sebungkus tapi harga delivery pon lebih kurang sama dengan harga sebungkus nasi kandar.
My Nasi Kandar Hameed ni senang sikit, sebab nak makan bila-bila pon boleh je ke kedai, cuma tak ada dalam grab atau foodpanda lagi la.
Sejak cuba sekali bulan lepas (masa ni mintak orang tolong bungkuskan sebab nak cuba je) tapi lepas tu dah 2 kali pergi makan di kedai.
Aku suka ayam goreng dia sebab sentiasa panas & rangup.
Ni kali pertama makan (19 Ogos 2025)
Kak Ida tolong bungkus masa dia makan tengahari.
Ni kali kedua makan (20 Ogos 2025)
Masa ni makan sekali dengan housemates di kedai dia. Diorang nampak aku makan sehari sebelum tu dan nak cuba juga.
Aku ambil 2 ketul ayam goreng pula kali ni.
Banyak juga lauk yang ada
Senarai harga lauk
kawan-kawan aku. Diorang ambil peria goreng. Aku rasa sikit, sedap!
-- Padahal esok tu balik Penang sekejap, tapi tak makan pun nasi kandar di sana.
Kali ketiga makan (8 Sept 2025)
Masa ni baru balik dari Jepun, rasa craving nak makan nasi kandar pula.
Sanggup meredah hujan lebat (KK sekarang setiap petang akan hujan sampai ke malam)
Macam biasa akan ambil nasi, ayam goreng & telur masin.
Nak makan peria goreng tapi dah habis pula haritu. Jadi, ambil bendi saja. Tapi dapat 1 je bendi.
Setakat ni masih belum jemu lagi untuk makan di sini. Kalau ada masa dan teringin nak makan nasi kandar lagi, mesti aku akan ke sini.
Salam.
Pagi sabtu tu kami bangun lambat sikit, sebab sampai Kuching pun dah tengah malam. Nak setel check in airbnb pun makan masa juga, sebab parking airbnb kami kena diambil orang. Jadi kena call orang tu dulu dan kena tunggu orang yang mengambil parking tu alihkan parking pula.
Bila dah check in tu, bukan nya terus tidur. Rasanya nak dekat 2 pagi baru tidur malam tu.
Esoknya memang tak plan untuk keluar awal pun. Kami keluar untuk breakfast nak dekat pukul 9 pagi dah.
Pagi tu dah plan nak makan di Laila Cafe sebab hari ahad dia tutup.
Alhamdulillah, masa sampai ni barisan tak panjang sangat. Tak sampai 10 minit beratur dah dapat tempat duduk.
Menu
Order siap-siap sebelum dapat meja
Kami order mee kolok sorang satu. Order mee rojak ayam juga untuk makan sama-sama.
Mee rojak ayam
Sedap mee rojak ayam dia, recommended!
order bun juga, dapat sorang 1 ketul.
Tak lama lepas tu mee kolok pon sampai.
Mee kolok untuk 3 orang
Aku order mee kolok daging lebih.
sedap!
Kalau ke Kuching lagi next time, memang akan singgah makan di sini.
Salam.
Trip kali ni merupakan kali ke-lima aku ke Kuching, Sarawak. Sejak dari tahun 2023 - 2025 setiap tahun pergi ke Kuching.
Selalunya ke sini sebab nak jalan-jalan cari makan la biasanya. Dari Kota Kinabalu ke Kuching ada direct flight, cuma 1 jam 30 minit sahaja.
Kali ni kami naik Firefly untuk ke Kuching, tiket pergi balik tak sampai RM300.
Untuk penginapan, kami sewa airbnb je. Senang sikit. Kali ni aku pilih untuk tinggal di Vivacity Mall. Harga ok lah, untuk 1 rumah dalam RM420. Kami bertiga sahaja, jadi seorang tak sampai RM150 pun.
Untuk kereta pula, kami sewa kereta Axia - sewa daripada orang yang pernah kami sewa sebelum ni juga. RM200 untuk 2 hari penuh (ambil kereta jumaat petang, hantar semula kereta ahad petang). Lagi senang, kereta ni kami ambil di airport dan hantar semula di airport juga.
Flight kami pada awalnya tengahari, tapi delay sampai pukul 9.25pm. Mulanya delay sekali je, lepas tu delay lagi sekali. Nasib baik ada bagi notifikasi awal.
Kami bergerak ke airport selepas selesai solat isyak. Sampai di airport, terus pergi cari makan dulu. Tak banyak pilihan kedai makanan yang ada di airport KK ni. Last-last pilih untuk makan di Old Town White Coffee.
Mulanya nak makan nasi lemak ayam goreng & sotong, tapi dah tak ada. Tinggal BBQ chicken je lagi.
Aku buat keputusan untuk order nasi lemak biasa je.
Masa makanan sampai, dah dengar pengumuman boarding flight kami. Awal pula boarding kali ni.
Jadi makan la dengan cepat, tak sampai 10 minit pun.
Lepas tu terus boarding, tapi masih ramai lagi orang tengah boarding juga la.
Kami tak terlambat..
Ingatkan nak tidur dalam flight, tapi rasa tak selesa pula nak tidur. Jadi tengok la drama yang ada dalam phone.
Sampai di airport Kuching, jumpa kawan di sana dan terus check in airbnb.
Kawan yang sepatutnya sampai lambat sikit dari kami, tapi jadi awal dari kami sebab flight kami delay nak dekat 10 jam juga la daripada waktu asal.
Kuching Trip Julai 2025
Day 1
- Breakfast di Laila Cafe
- Minum kopi di Flat_Kch
-Lunch di Oriental Kopi
-Waterfront Kuching
-Nasi kandar Line Q
Day 2
- Breakfast di Mi Kolok Hj Salleh
-Fort Margherita
- Kafe Earthlings
-Kafe crumbs.
Salam.
Lepas dah beberapa bulan tak makan nasi lemak di KK, pagi sabtu (19/7/2025) aku dan Fathin pergi makan di Nasi Lemak Cyber.
Kali ni tak pergi hiking pon, sebab malas nak bangun awal pagi untuk hiking haha.
Lagipun lutut macam masih sakit sejak trip ABC & Gunung Kinabalu bulan Jun yang lepas. Jadi, biarlah lutut rehat dulu buat sementara waktu.
Aku order nasi lemak ayam masak merah + telur mata. Nak sambal kerang, tapi tak ada pula. Ada sambal paru je, tapi tak rasa nak makan paru pula.
Nasi lemak aku & Fathin
kali ni tak makan karipap, nak makan nasi lemak je.
Balik tu, aku bungkus lagi untuk makan tengahari nanti. Malas nak fikir nak makan apa.
Salam.
2 minggu lepas (awal bulan Julai 2025), aku ada balik ke Penang lagi.
Kami ke Sungai Petani untuk jalan-jalan cari makan.
Sebelum balik kami singgah Kopi Bunga dulu untuk beli mantou & clam untuk mak aku.
Ni kali pertama aku try kopi di sini. Aku cuba signature drink dia - Kopi Bunga.
Memang ada bunga dekat atas kopi tu.
Kami beli dalam takeaway cup je, sebab ramai orang juga di kafe tu dan perut masih kenyang.
Sekitar kafe Kopi Bunga
Antara menu yang ada,
snacks
drinks
Kopi Bunga
Wefie dulu
p/s: Mak aku sekarang kena admit ward disebabkan masalah buah pinggang, doakan semoga mak aku diberikan kesembuhan ya. Amin..






















