Salam.
- Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
- Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Salam.
Kan aku tak sihat baru-baru ni. Ahad lepas, aku buat lah bubur ayam simple.
Guna bahan yang ada dekat rumah je. Tapi kiub pati ayam habis, jadi aku guna khidmat grabmart. Nak keluar rumah, macam tak larat. First time guna grabmart ni.
Aku tak pernah masak bubur nasi sebelum ni, jadi aku google resepi guna periuk nasi Tefal. Periuk nasi Tefal ni ada fungsi untuk masak bubur juga. Tak pernah try, teringin juga nak cuba kan. Biasa guna untuk masak nasi je. Kali ni baik guna untuk masak bubur pula.
Jadi ni lah rupa bubur ayam simple tak cukup bahan tu. haha
Bahan - bahan
Beras 3/4 cup (ikut sukatan cup beras Tefal)
Halia 1 inci
Kentang
Isi Ayam
Bawang putih 2 ulas
Kiub pati ayam - 1/2
Minyak Bijan
Garam
Cara Masak
Masukkan semua bahan kecuali minyak bijan & garam
Masukkan air (ikut sukatan di periuk nasi Tefal tu)
Setkan 'porridge' di periuk nasi Tefal (porridge 1 jam, congee 1 jam 30 minit)
Tunggu siap. Kemudian masukkan minyak bijan & garam, gaulkan sikit. Siap!
Boleh taburkan daun sup & bawang goreng ikut kesukaan korang.
p/s: resipi ni aku share sini sebab senang untuk aku rujuk semula pada masa akan datang. hehe.
Salam.
Dah seminggu tak update blog dan blogwalking.
Bukan sibuk, cuma tak sihat je. Alhamdulillah, hari ni dah bertambah sihat sikit. Baru la boleh online, dan menulis sikit.
Semuanya bermula hari selasa (15/6/21) hari tu. Hari isnin aku oncall, agak penat dari oncall yang biasa la. Tapi biasanya lepas dah qada tidur dan rehat, akan kembali okay.
Cumanya hari selasa malam tu (hari aku postcall), aku start demam. Memang rasa seram sejuk badan (chills) dan sakit sakit badan (myalgia).
Aku cuma telan panadol je malam tu, harapnya cuma penat. Tapi bangun pagi esoknya, badan masih lemah. Walaupun dah tak rasa demam. Aku ambil keputusan untuk mesej HOD (head of department) a.k.a boss aku, mengatakan yang aku tak sihat dan akan ke staff clinic untuk assessment terlebih dahulu. (sejak musim Covid-19 ni, boss aku dah inform semua staff awal-awal, kalau tak sihat jangan pergi kerja. Pergi ke staff clinic terus untuk assessment terlebih dahulu).
Jadi, hari rabu tu aku pon ke staff clinic untuk check up. Aku pon tak boleh nak 'diagnose' diri sendiri sakit ape, sebab cuma ada demam dan sakit-sakit badan je. Macam 'viral symptoms' je. Aku syak aku penat je sebab oncall.
Tapi, disebabkan kita berada dalam pandemik Covid-19, aku kena check Covid-19 test (swab PCR). Jadi, aku dapat MC (medical certificate) 2 hari dan mengambil swab PCR untuk Covid-19.
Balik je dari staff clinic, perut aku mula meragam. 'abdominal cramps' dah start, diikuti dengan 'diarrhea' cirit birit. Hari rabu tu tak berapa teruk lagi, tapi hari khamis, aku kena masuk tandas hampir setiap jam. Khamis malam tu tak dapat tidur langsung sebab asyik terbangun sebab sakit perut dan perlu ke tandas.
Oh ya, pagi khamis tu dah check swab PCR aku, Alhamdulillah negatif. Tapi sebenarnya, aku agak risau juga, sebab kerja di hospital kan. Walaupun dah guna standard PPE termasuk N95 mask ketika di hospital tapi masih ada risiko juga untuk terkena jangkitan Covid-19. Masa tu rasa lega sangat sebab result negatif.
Tapi, itu lah..... khamis malam tu aku start cirit birit yang teruk pulak.
Jumaat pagi tu, aku ke staff clinic untuk reassessment. So, masa reassessment aku bagitahu la 'symptoms' yang aku alami dalam masa 2 hari tu.
Disebabkan cirit birit adalah salah satu simptom Covid-19, aku diarahkan untuk mengambil swab PCR kali kedua pula.
Antara ubat yang aku dapat selepas 2nd visit di staff clinic. aku diberikan antibiotics (doxycycline) sekali sebab diarrhea yang teruk.
Alhamdulillah, result kali kedua pon negatif juga. Cirit birit aku pon beransur bagus pagi ni jika dibandingkan dengan 4 hari lepas. (khamis & jumaat malam tak dapat tidur langsung sebab sakit perut sangat dan cirit birit). Aku rasa ni lah cirit birit aku paling teruk yang pernah aku alami.
Aku harap ianya cuma food poisoining saja.
Doakan aku ya korang, supaya cepat sembuh.
Rasa agak sedih juga, dengan homesick lagi bila sakit macam ni.
dan yang sedihnya, tak dapat makan sangat sebab takut makin teruk. huhu
Ok, itu sajalah coretan hari ni.
Happy weekend guys!
Salam.
Weekend lepas dapat juga mencuba ayam goreng korea di Chicken Factory ni.
Nak order dari tahun lepas, tapi asyik tangguh je haha. sebab kalau makan sorang sorang je tak best. Kena makan ramai-ramai.
Makan sambil layan movie.
Bye!
Salam.
Alhamdulillah, rezeki dapat cash dari mamapipie @ kak adda.
Aku dapat capture no bertuah di blog mamapipie. Bukan first time tau, banyak kali juga lah. hehe.
Kali ni dapat capture no yang hampir dekat dengan 2.8 juta. Tak sempat nak dapat nombor yang ngam-ngam 2.8 juta. dapat tangkap no yang hampir-hampir je. nasib baik mamapipie terima juga.
Thanks mamapipie@ kak adda. Semoga makin dimurahkan rezeki lagi ya.
oh ya, di blog mamapipie sentiasa ada pencarian pengunjung bertuah. kerap-kerap lah singgah di blog mamapipie ya.
Bye!
Salam.
Masih cuti lagi kan hari ni. Jadi semalam, housemate aku, Hajar ada buat egg tart.
Atas permintaan kawan kami, Pini.
Kiranya request sebelum dia balik for good la. Pini request egg tart.
Aku pula request turkish rice pudding. Nyums, tak sabar nak makan nanti. Hehe.
Resipi? aku tak tau haha. Sebab hajar yang buat.
Nanti kalau aku rasa nak buat sendiri, baru aku minta resipi daripada Hajar.
Malam tadi dah cuba sebiji egg tart, memang sedap.
p/s: tak sabar nak tunggu turkish rice pudding pula.
Sorry, kebelakangan ni blog aku berkisarkan pasal makanan pula. sebab masih belum ada mood nak tulis entri travel.