Bubur Ayam simple guna periuk nasi

 Salam.

Kan aku tak sihat baru-baru ni. Ahad lepas, aku buat lah bubur ayam simple.

Guna bahan yang ada dekat rumah je. Tapi kiub pati ayam habis, jadi aku guna khidmat grabmart. Nak keluar rumah, macam tak larat. First time guna grabmart ni.

Aku tak pernah masak bubur nasi sebelum ni, jadi aku google resepi guna periuk nasi Tefal. Periuk nasi Tefal ni ada fungsi untuk masak bubur juga. Tak pernah try, teringin juga nak cuba kan. Biasa guna untuk masak nasi je. Kali ni baik guna untuk masak bubur pula.

Jadi ni lah rupa bubur ayam simple tak cukup bahan tu. haha




Bahan - bahan

Beras 3/4 cup (ikut sukatan cup beras Tefal)

Halia 1 inci

Kentang

Isi Ayam

Bawang putih 2 ulas

Kiub pati ayam - 1/2

Minyak Bijan 

Garam


Cara Masak

Masukkan semua bahan kecuali minyak bijan & garam

Masukkan air (ikut sukatan di periuk nasi Tefal tu)

Setkan 'porridge' di periuk nasi Tefal  (porridge 1 jam, congee 1 jam 30 minit)

Tunggu siap. Kemudian masukkan minyak bijan & garam, gaulkan sikit. Siap!



Boleh taburkan daun sup & bawang goreng ikut kesukaan korang.



first time kan guna mode 'porridge' untuk 1 jam. jadi this time try mode 'congee' pula. 1 jam setengah. dan aku lagi suka lembik macam ni. hehe.


Periuk nasi ni aku guna credit card points untuk redeem secara percuma.



keesokan hari, bawak bekal bubur je. sebab perut tak berapa sedap lagi.


Alhamdulillah, hari ni dah sembuh sepenuhnya. Terima kasih atas doa semua...



p/s: resipi ni aku share sini sebab senang untuk aku rujuk semula pada masa akan datang. hehe.





You Might Also Like

6 ulasan

  1. sedap. skali skala. layan bubur

    BalasPadam
  2. wah senang dan ringkas menu dia...
    alhamdulilah dah sihat sepenuhnya ye...

    BalasPadam
  3. Sedapnya layan bubur nasi ye. Nikmat ni syuhada

    BalasPadam
  4. Alhamdulilah, syu dah fully recover ke?
    Btw nanti kirim kan details ye kat email k ret sebab Tahniah awak salah sorg top komentar kat blog kita :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, dah fully recover isnin mggu lps tu. syukur sgt bkn covid. risau jgk.

      yeay Alhamdulilah. thanks kak ret ^^

      Padam
  5. Cantik hasil kejadiannya.

    BalasPadam