Salam.
Lama betul aku tak update blog, dah nak habis bulan Oct pon. Baru ada 1 entri untuk bulan ni. haha.
Aku Agak sibuk kebelakangan . Nak update blog, blogwalking pon tak sempat.
Hujung minggu ni cuti, aku berehat je dekat rumah. Nak pergi roadtrip, tapi tak ada kawan yang free.
Nak pergi roadtrip sorang-sorang malas pula. Jadi aku buat keputusan untuk berehat di rumah je 2 hari ni.
Semalam aku binge eating & binge watching drama.
Aku tengok drama Korea baru, Dali & The Cocky Prince. Not bad la. Dah sampai episod 10 aku tengok. lagi 6 episod belum keluar lagi, jadi kena tunggu next week la.
Hometown Cha Cha Cha pula ada lg 2 episod terakhir belum tengok. Tu kena tunggu mood, baru akan habiskan 2 episod terakhir.
Eh, berbalik kepada tajuk.
Aku nak share Sambal Tuhau yang dibeli hari tu.
Kawan aku ada order makanan yang dijual The Sixpack Chef sebelum ni. Dia ada letak sambal tuhau. Sedap pula sambal dia.
Bila tau ada dijual asing sambal tuhau juga, apa lagi. Aku pon orderlah, peminat tegar sambal kan.
Oh ya, ape tu tuhau?
Tuhau adalah makanan tradisi suku Kadazan-Dusun. Ia merupakan sejenis tumbuhan dalam kategori yang sama sepertu halia dan lengkuas. Ia juga dikenali sebagai Upak Kechalak. Pokoknya berbatang panjang dan mempunyai daun yang kurus dan panjang.
credit: sini.
p/s: Hari ni nak blogwalking ke blog korang semua, sebelum start binge watching drama lagi. hehe
Salam.
Bila tau 1 Oct 2021 dah boleh rentas zon, happy sangat.
Terus teringat Kundasang, dan ajak kawan pergi Kundasang hari Sabtu semalam.
Kawan aku 2 orang tu oncall hari ahad, tapi sanggup pergi daytrip juga. At least boleh keluar dari KK, pergi jalan-jalan sekejap dekat Kundasang pon jadi la.
Perjalanan dari KK ke Kundasang memakan masa 1 jam lebih - 2 jam bergantung pada cuaca dan traffic hari tu.
Alhamdulillah, selamat pergi dan balik walaupun daytrip.
Aku selalu akan overnight di sana, tapi minggu ni tak dapat sebab 2 orang kawan yang pergi dengan aku akan oncall keesokannya. Nak tukar oncall, tapi semua orang ada plan masing-masing.
Jadi, dah siap plan nak pergi lagi ke Kundasang minggu depan untuk bermalam di sana.
Kundasang pergi setiap hujung minggu pon takpe. haha.
Daytrip ke Kundasang, Sabah
Jam 8pagi kami berkumpul untuk naik 1 kereta je. Plan nak makan pagi di Bakut Kantin di Tuaran, tapi bila sampai tu dah ramai orang dan tak ada meja pula. Cancel plan untuk makan di situ dan terus gerak ke Kundasang.
Kami pergi dengan kawan aku lagi seorang (dia naik 1 kereta dengan laki dan anak kecil dia). Kami jumpa di situ dan bergerak sama-sama ke Kundasang.
Sampai je di Kundasang dalam pukul 11 lebih macam tu, terus singgah kedai untuk makan.
Kedai yang aku biasa makan di Pekan Kundasang, sorry lupa nama kedai.
Makan nasi ayam dan chicken wings dia.
Aku rasa harga dekat kedai ni dah makin mahal.
Lepas makan tu, nampak kedai dim sum dekat sebelah. Singgah tapau dimsum pula.
Aku tak ada plan nak ke mana-mana pun, cuma nak jejakkan kaki di Kundasang dan hirup udara segar je.
Sebab tau kebanyakan tempat masih belum buka, dan kanak kanak tak dibenarkan masuk lagi.
Desa Dairy Farm, Kundasang
Selepas makan, kami ke Desa Dairy Farm untuk bergambar di luar je. Tempat kebiasaan kalau datang Kundasang, mesti akan singgah sini.
Tapi Desa Dairy Farm ni belum buka lagi lah. Tak sure bila akan buka.
Dan dah ada homestay sebelah Desa Dairy Farm ni. Ada juga kiosk jual minuman dan waffle di situ.
Singgah lagi beli minuman dan waffle (diet dilupakan untuk hari ni).
Tak dapat la masuk cafe cantik ni..
Bergambar je la kami di situ.
Kemudian turun semula ke Pekan Kundasang untuk beli sayur sebelum balik ke KK.
Ketika membeli sayur, lebat pula hujan di luar.
Kami singgah makan dan minum di Hooga Cafe yang baru dibuka May 2021 yang lepas. Cafe tu kami nampak masa nak ke Mesilou tadi tu.
Hooga Cafe, Kundasang
Kami order snacks je dan makan sambil menikmati pemandangan Kundasang yang tenang dan cantik.
Dalam pukul 4 petang, hujan pon dah semakin reda. Pulang lah kami ke KK.
Rasa happy sangat dapat ke Kundasang selepas berbulan tak ke sana. salah satu cara aku de-stress kan diri.
Bye!
Salam.
Ni cerita ahad 2 minggu lepas.
Tiba-tiba tekak terasa nak makan maggi. Buka la laci maggi dekat dapur, ada beberapa pilihan maggi yang boleh dipilih.
Untuk kali ni, aku pilih Shin Ramyun. Rasa nak makan maggi korea pula.
Aku letak enoki mushroom sekali dalam maggi ni.
Buka peti ais, ada 2 kimchi yang baru dibeli di Shopee hari tu.
Radish Kimchi beli di Shin , dan cabbage kimchi beli di Marimogo.
Dua-dua kimchi ni masih elok dalam plastik, tak sempat nak buka lagi.
Ni lah masa yang terbaik untuk merasmikan 2 jenis kimchi tu. Haha.
2 jenis pilihan kimchi.
Stir Fried Kimchi dibeli di Marimogo.
ada 4 pek kecil dalam ni. 1 pek boleh la 1-2 kali makan.
dan
Radish kimchi beli di Imshin.
Banyak pula makanan korea lain yang ada dijual di sini bila aku check shopee. Nak kena tengok barang apa lagi boleh beli ni. hihi
Salam.
Hari ni aku tak bawak bekal makanan aku. Semangat je masak malam tadi, dah masak untuk 2-3 hari punya bekal.
Tapi ingatkan nak puasa hari ni. jadi tak bawak la bekal makanan tu. Tak jadi pulak puasa, jenuh fikir nak makan apa time lunch tadi.
Last-last aku scroll grabfood ternampak subway. Ada 50% off guna kod 'hotdealsgf' kan. So, beli la 2 makanan. Subway bread dengan meatball Dalam RM26+. Guna kod diskaun, tinggal dalam RM17+ selepas tambah dengan kos penghantaran.
Siap ada tulis nama dekat plastik. Sebab biasanya mintak rider tinggalkan dekat lobi je bila makanan sampai. Ada masa, baru turun ambil.
Tapi tadi dah sampai, terus aku turun, sebab dah terasa hypo (baca :hypoglycemia) tu. haha
Salam.
Sabtu yang lepas, aku ada program di hospital bersama beberapa orang kawan sekerja aku.
Breakfast dah beli Fook Yuen, jadi kena fikir untuk lunch pula.
Masalah besar betul bila fikir pasal lunch ni, sebab tak tau nak makan apa kan.
Jadi, aku tanya la sorang kawan aku ni, ko nak makan apa.
Terus dia cakap nasi kandar..
Nasib baik haritu ternampak kedai Nasi Kandar Berahi, Putatan dah ada dekat foodpanda.
Sebab dari Putatan kan, jadi kos penghantaran dia RM7.90. Nasib baik akaun foodpanda aku adalah foodpanda pro, jimat lah delivery fee di situ.
Aku order lebih kurang 10 bungkus juga la.
1 bungkus RM12.
Boleh pilih sama ada ayam, daging atau ikan.
Lepas tu ada pilihan sayur pula - acar, kubis, peria goreng
Telur pon boleh pilih sama ada nak telur masin, telur rebus atau telur goreng.
Boleh add on begedil juga.
Aku nak add on begedil, tapi terlupa. Jadi nak beli balik untuk begedil je macam tak berbaloi. sebab free kos penghantaran untuk order RM25 dan ke atas bagi akaun foodpanda pro.
Takpelah, next time kita order dengan begedil sekali..
Nasi Kandar Berahi, Putatan
Pilihan aku adalah ayam goreng, kubis dan telur masin.
Alhamdulillah, kenyang..
Rabu minggu ni pula, kawan aku repeat order nasi kandar ni lagi.
Nak order begedil time ni, tapi tak ada pula dalam pilihan masa tu. huwaaa..
Tapi, dapat lah makan sebungkus lagi (hancur diet) haha.
diet aku, kalori defisit, so boleh la nak makan. Asalkan petang tu pegi jogging.
Jadi, ada 2 pilihan nasi kandar di KK untuk aku pilih sekarang. Sama ada Nasi Kandar Berahi di Putatan ataupun Nasi Kandar Chombi (kena pre-order) di Cybercity.
Kiranya kalau teringin nak makan tiba-tiba, boleh je order dekat foodpanda.
Terubat lah homesick tak dapat balik kampung lagi kan..
K bye!
Salam..
Jom join korang. Syarat pon simple je..
Syu suka singgah blog Kak Shida sebab ada banyak informasi terkini dan juga blog kak shida menceritakan tentang kisah harian / lifestyle genre.
Blog kak shida pon ringan dan cepat loading dan yang best blog kak shida warna biru, warna favourite syu.. hehe
Tamat 2 Oct 2021