Makan Claypot Chicken Rice di Yee Fung Laksa

 

Salam.

Hari ni aku postcall. Walaupun tak penat sangat oncall semalam, hari ni mesti akan tidur juga. Sebab tu tak suka sangat oncall hari sabtu, sebab hari ahad pun akan habis dengan tidur.

Kiranya takde weekend la aku minggu tu. 

Minggu depan pon oncall hari sabtu juga. Harap-harap good call la.

Pagi tadi lepas dah thumb out, aku dan kawan oncall aku Joshua pergi breakfast.

Biasanya kami akan makan di Kwong Sup Ikan, tapi sebab baru je makan situ minggu lepas, kami ke tempat lain pula untuk breakfast.

Bila nak breakfast kan, mesti tak tau nak makan apa. Dia cadangkan makan di Fook Yuen atau Yee Fung Laksa, aku pilih nak makan Yee Fung Laksa.

Yee Fung Laksa ni famous dengan laksa dia la, seperti nama kedai dia.

Tapi aku kurang sikit laksa, jadi aku makan la claypot chicken rice. 

Hari ni ahad, jadi ada Gaya Street Market, tapi nasib baik tak ramai orang.

Rasanya ramai orang KK kena Covid atau kena kuarantin sebab kontak rapat Covid. Iya lah, department aku je dah 10 orang kena dalam 2 minggu ni. Huhu.


Ok la, berbalik kepada tajuk entri ni.



 

Ni lah claypot chicken rice yang aku order.

Biasanya siap lambat, tapi sebab tak ramai orang cepat je dah dapat makanan.

Macam biasa, sedap..


Dah kenyang, balik rumah tidur!



Yee Fung Laksa (Laksa Yee Fung)

127, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 

88000 Kota Kinabalu, Sabah



p/s: Jadi diri semua orang, Covid makin banyak..



You Might Also Like

5 comments

  1. you take cake of yourself too Doctor!

    BalasPadam
  2. Selamat beristirehat.. Tengok doktor oncall nak makan pun tak sempat. Penat badan. Kalau tengok cousin balik dari oncall memang tak larat masuk bilik tak keluar dah.. :)

    Nasi claypot tu nampak sedap.

    BalasPadam
  3. Sedapnya makan claypot chicken rice. Terasa panas berwap, pelan-pelan sudu ke mulut.
    Di sekolah Kak Amie, hari ini sudah 17 guru positif, murid dah tak terkira jumlahnya, tapi entahlah... masih beroperasi!

    BalasPadam
  4. Aahhh nasi Claypot memang sedap. Ada 1 tempat langganan kalau di Jakarta, masakan Claypot macam ni. Saya suka sangat, karena seperti comfort food bagi saya. Bingung nak makan apa, Claypot pasti yg jadi pilihan 👍.

    Belum pernah visit Kinabalu, teringin sangat. So far hanya setakat KL, Penang, Kedah, Ipoh, tiap kali ke malaysia. Harap kalau pandemi nih berakhir, bisa visit Kinabalu juga :).

    BalasPadam
  5. Risau kes makin menaik sekarang. Cepat betul merebak omicron ni.
    Tak pernah lagi makan nasi dalam claypot. Biasa kalau claypot ni makan sizzling je lah Syu.

    BalasPadam